Sebenarnya Khay ni dah lama tak ambil peduli pasal stroller. Tak tau sangat stroller terkini hehe.
Baru minggu lepas terfikir nak beli stroller yang kecil tapi selesa untuk cik Ribon. Stroller yang senang nak lipat dan paling penting jimat sikit ruang bonet kereta memandangkan anak dah bertambah ni hehe.
Bila tanya kawan dekat FB dan kawan terdekat, wah rupanya ada bermacam pilihan dan pelbagai harga. So kita pilih ikut budget. Dari berjenama hingga takde nama. Even takde jenama pun kualiti pun ok. Kita ikut kemampuan jangan ikut orang.
Dekat bawah ni antara stoller yang Khay berkenan :
1. Tavo Stroller
Stroller ni dari Korea dan harga paling murah jumpa RM599 ke RM700. Smart kan stroller ni, berkenan sungguh dihati.
2. Aldo Stroller
Stroller ni katanya memang copy BabyzenYoyo. Harga paling murah Khay jumpa RM399 (limited edition). So sangat berbaloi juga kan. Boleh tengok dekat Lazada. Cun jugak kan yang ni.
3. Joie Stroller
Stroller ni pun ok jugak tapi harga dia mahal sikit RM999. Tapi still ok harga bawah RM1k.
4. Pockit Stroller
Stroller ni pun cun jugak, boleh lipat kecil dan paling ringan hanya 4.5kg je. Ada 2 jenis yang boleh baring dengan tak boleh. Harga RM999 ke RM1199.
So mana satu pilihan korang plak? Pening juga ye nak pilih stroller ni?
Alhamdulillah Quinny Zap Xtra With Folding ni sangat serasi dengan Alee. Maybe sudah menjadi stroller idaman Alee haha. Selalunya kalau kai alihkan alee dari car seat ke stroller dia akan terjaga tapi dalam quinny ni dia boleh sambung tidur. Walaupun tak lama sebab gangguan dari bunyi orang buat kerja dekat Tony Romas ni, sempatlah kai makan sampai hbs. Then bila dia terjaga kai suapkan dia makan. Selalunya time keluar memang kai akan bekalkan makanan untuk Alee.
Abahnya pun suka bila Alee ok je dalam stroller ni, kalau tak memang dia taknak duduk dalam mesti nak melekat letak dalam bjorn. Dulu larat lagi kalau nak bergantung kat Bjorn lama2, sekarang kejap bolehlah. So far hari tu dari mula2 sampai Mall sampailah kitaorang dah balik dia mmg duduk dalam stroller je.
Seronok je kai dan suami shopping sebab anak2 semua okeh je kekekeke. Hari tu plak mothercare baru juga start sale huhu. Kebetulan plak hari tu abangnya Akyd pun nak duduk dalam buggy stroller dia tu. Memang terbaik hehee.
Btw satu lagi kai suka pasal quinny ni sebab dia punya basket tpt letak barang tu besar. Kira okehlah kan, siap boleh sumbat buggy stroller Akyd bila dia dah taknak duduk dalam stroller. Kalau Maclaren kitaorang gantungkan stroller Akyd ni.Sangat ok pakai buggy stroller ni sebab kitaorang bukanlah jenis keluar pagi balik malam hehehe. Lagipun mall yang kai pergi semua dekat2 je dengan rumah. Sebab bagi kai kalau buggy stroller ni tak berapa selesa kalau anak nak tidur. Lagipun seat dia tak boleh recline.
Ramai yang email n pm di fb tanya kat mana kai beli stroller ni. Kai beli kat babyhouz. Korang boleh buka website www.babyhouz.com. Barang boleh cod di ofis dia di Sri Damansara ataupun melalui pos. Kalau siapa yang boleh tunggu boleh beli dari Mia Fiacita dari facebook kat sini kena preorder. Kalau dari segi harga, dekat Mia Fiacita harga Quinny Zap Xtra With Folding lebih murah berbanding babyhouz.
Hurm pernah tgk tak Quinny Moodd, kalau kai pakai mpv kan confirm kai beli yang ni. Cantik gak haha ;).
Ok darling semua, harap dapat membantu. Jumpa lagi dilain entri :).
Kalau siapa yang memang mengikuti perkembangan blog kai mesti tahu stroller idaman kai apa hehe. Sebelum dapat Akyd lagi kai memang berkenan Quinny. Time tu pilihan kai Quinny buzz sebab Quinny zap 2010 time tu tak boleh pakai dari newborn. 6 bulan ke atas baru boleh pakai sebab dia tak boleh recline,tegak je kepala baby kesian plak kan satu lagi seat dia tak boleh folding sekali. Tapi banyak plak feedback dari kawan2 yang pakai Quinny Buzz katanya bulky dan makan space bonet. Ada sesetengah bonet takmuat kena letak kat seat kereta belakang. Huwarghhh sadis kan, ada juga kawan yang dah beli Quinny Buzz then jual semula sebab macam kai cakap tadi la stroller ni makan space. So setelah sepakat bersama suami, kai beli lah Maclaren Techno. Alhamdulillah time tu Akyd suka dan selesa je duduk dalam tu.
Pernah dengar kan orang cakap 'lain anak lain perangai' hehehe. Anak kai yang no 2 ni plak tak berapa suka duduk dalam Maclaren. Sebab stroller Maclaren tak facing kai, manja Alee ni hehe. Kalau duduk dalam Maclaren boleh tapi tak lama. Hari tu bincang dengan suami kitaorang nak beli stroller baru untuk Alee.
Awalnya macam korang dah baca entri sebelum ni, kitaorang nak beli Tandem/Twin Stroller. Tapi rasanya memang tak menepati dengan ciri2 yang kitaorang suami isteri nak. Yelah kalau Tandem Stroller dia bulky dan makan space bonet. Kalau Twin Stroller plak dia tak boleh facing pandang kai.
Akyd plak sekarang kalau keluar dia nak berdukong taknak jalan. Kadang2 okeh jalan2 lari2. Ada masa nak berdukong je, tak larat juga kan. Kussss semangat hehehe. So kai dah belikan buggy stroller untuk Akyd, comel je. Kecik je bila lipat siap boleh sangkut kat stroller kalau taknak pakai. So tak de la nak tolak 2 stroller kan dan dalam masa yang sama nak mengejar Akyd kalau dia berlari2.
Bincang punya bincang, kai ada survey satu stroller ni Quinny Zap Xtra With Folding memang menepati ciri2 yang selama ini dinanti. WAH GITU! Hhehehee. Stroller ni tak masuk Malaysia lagi tapi boleh beli online. Stroller ni tak bulky pun berat dalam 6kg. Best sebab seat dia boleh lipat skali dengan stroller frame. Paling penting dia tak makan space bonet. Suka sangattttttt!!!!!!!! Hari2 kai google pasal stroller ni tanpa jemu hahaha. Dia lebih kurang Quinny Zap Xtra cuma bezanya Zap Xtra tak boleh lipat seat dia dan 3 tayar. Quinny Zap Xtra with folding ni 4 tayar so lebih balance.
warna pilihan hati tentunya HITAM :)
seat boleh lipat skali dengan frame stroller
Alhamdulillah rezeki anak, kai dah belikan untuk Alee. Alee pun memang suka dan selesa duduk dalam tu. Memang Alee mengadap kai duduk dalam stroller. Bahagia dia tgk muka ibu dia tanpa jemu hahahaha.
Korang boleh tgk Video Stroller Quinny Zap Xtra With Folding, mesti jatuh cinta :). Nanti next entri kai upload pic Alee dalam stroller tu ye :).
Sebelum Alee Khaeyr lahir lagi mmg ada survey tandem/twin stroller ni. Tapi sebelum ni macam tak kisah sangat sebab Alee masih kecil dan kalau keluar Alee duduk dalam bjorn. Lately macam dah tak larat nak gendung anak kalau lama sangat hohoho 'alasan ke' ;p. Tengah pening fikir stroller mana yang ok dan berbaloi dibeli untuk Akyd Kharamy & Alee Khaeyr. Asalnya nak beli stroller lagi satu je tapi ntah lah macam terfikir nak beli Tandem /twin stroller pula.
Tandem stroller memang agak bulky ntah2 kalau kai nak angkat keluar dari bonet sendiri pun tak larat muahahahhaha. Tandem stroller ni besar dan akan makan space bonet kereta tu pun kalau muat letak dalam bonet kalau tak kena letak dalam seat belakang kereta hehe. Penuh kereta dengan stroller je la tu belum masuk beg baju lagi atau barang shopping hehe. Kalau kereta besar mungkin sesuai. Paling pasti tak sesuai untuk travel lah maksudnya angkut bawa naik kapal terbang hehe & tak boleh naik escalator kena naik lif (macam leceh kan).Itu antara yang kai survey mengenai tandem stroller. Wah banyak plak yang tak bestnya tapi tandem stroller ni stylo. Nampak anak macam selesa je duduk dalam tu n boleh laraskan kedepan kebelakang dll.
Antara Tandem stroller yang kai survey ialah
1. Kolcraft Contours Options lt
Harga stroller ni RM1999, stylo dan berpatutan harganya. Stroller ni memang kai berkenan sangat ;). Tapi tu la kai tak sure lagi, kena fikir semasaknya supaya tak menyesal di kemudian hari.
2.Britax B-Ready Tandem Stroller
Harga kalau tak silap kai dalam RM2750, boleh tahan juga kan harga dia hehe.
3.Baby Jogger City Select Tandem Stroller
Harga dalam RM2799 lebih kurang harga stroller britax. Cantik kan hitam, smart.
4. Phil & teds Tandem Stroller
Harga dia agak mahal sikit RM3450 kalau yang kai survey lah. 3k u olls telan air liur juga hahahaha.
4 jenis brand ni je yang kai berkenan kalau jenis tandem sebab stylo mylo dan smart hehehe. Tapi kalau dari segi harga dan berbaloi untuk dibeli kai pilih yang nombor 1.
Ni pulak antara twin stroller yang kai survey, kai suka twin stroller sebab dia ringan dan ada yang jenis lipat payung (jimat ruang kan). Boleh letak dalam bonet kereta. Ada kawan yang pakai twin stroller ni cakap boleh naik escalator. Wah muat rupanya teruja jap hehe!!!!!!!! best kan. Tapi ada juga keburukan dia kalau lif yang jenis kecik tak muat plak. Kenalah tutup stroller dulu hehee n kalau nak shopping kat kedai yang ruang dia terhad nak bergerak susah juga kan. Biasalah setiap stroller mesti ada kebaikan dan keburukan dia. Tapi kalau nak beli Twin stroller ni kena tengok berat stroller ni. Bagi kai lagi ringan lagi bagus tapi terpulang pada masing2 kan.
1.Halford: Fliplite Twin Stroller
Harga RM899, berpatutan kan harga dia. Seat dia boleh recline ke 4 position, so dari newborn pun boleh pakai. Berbaloi kan berbaloi kan, kai sebenarnya dah jatuh cinta juga dengan stroller ni. Brand ni pun bagus sebab car seat Alee brand Halford.
2. Maclaren twin Stroller
Harga dari RM1000-RM2000 bergantung kepada model dia. Dia ada model Techno, Triump dll kot hehe kai pun tak berapa sure. Stroller Akyd yang sebelum ni kai beli Maclaren Techno.
3. Esprit Twin Stroller
Harga dia dalam RM899, berpatutan juga kan.
Sebenarnya bukan senang kan nak buat pilihan. Sangat susah, apa yang pasti tepuk dada tengok poket :). Kalau korang ada fb boleh lah check fb Mia Fichita situ banyak pilihan tandem / twin stroller. Kalau nak cari harga yang murah (maksudnya preloved) boleh lah pergi ke mudah.my.
Silalah share dengan kai jika anda ada menggunakan Tandem Stroller / Twin Stroller ni ye. Tq so much
Alhamdulillah beli jugak stroller untuk BBKydd ni hehehe,setelah survey punya survey finally Stroller warna hitam jadi pilihan hati pic no 3,sila rujuk sini. Kai beli stroller ni sebab
1. jimat ruang; almaklumlah skunk dah bertiga penuh bonet kete bila travel hehehe.
2. ringan; mudah untuk kai manalah tau kot nak kuar berdua ngan BBKydd hehehe n boleh angkut dalam kapal terbang ;), Btw Stroller Maclaren ni lipat macam payung senang mudah n cepat.
3. Stroller ni boleh pakai dari new born sampailah dah besar. So if BBKydd tertido boleh baringkan dia. Hurm n kalau boleh kai pun nak duk dalam tu hahahahaha. Awalnya kai ingat stroller Maclaren ni tak boleh recline,rupanya boleh so baby takleh sakit tengkuk bila tertido. Ada jugak Maclaren yang tak boleh baringkan kerusi dia.
4. Stylo n berbaloi ; haruslah huhuhuh
5. dan yang paling penting BBKydd suka n selesa hehehehe. BBKydd okeh tak rengek2 pun duk dalam tu kecuali kalaw dia nak nyotnyot ^^
Aki cakap,BBKydd macam bos besar hahaha
BBKydd sangat suka orang tolak dia,kalaw benti dia ada bunyi sket ek ek ek ;p
Bila lepas nyot zzzzzzzzzzZZZzz
^^
// tq so much kepada ibuibu yang komen kat entri sebelum ni sangat membantu kai dalam pemilihan stroller ini mwahxxxx
Sejak dari awal mengandung,stroller lah yang selalu kitaorang survey hehehehe. Bila jalan2 kat mall,masuk kedai tgk stroller,brg lain tak tgk pun takut kang terbeli ekekekekek. Kai n hubby suka kalau stroller warna hitam (smart),merah atau oren(warna fv). Harga stroller ni pun boleh tahan gak tgk brand n kualiti dia. Kai n hubby prefer stroller yang 3 tayar stylo kononnya hahahaha, 4 tayar pun tak kisah (ye ke?) ;p. Kalau boleh nak cari stroller yang handlenya boleh ke depan dan belakang n yang penting senang masuk dalam kete. Sebenarnya kitaorang mmg dah ada stroller idaman hati,cuma tgkla kalau ada rezeki lebih bolehlah beli insyaallah. Bakal2 ibu diluar sana,dah beli stroller ke? Bolehla share... :)
Quinny: Quinny Buzz 3 Stroller 2010 - Rebel Red
Quinny: Quinny Zapp 2010 - Rocking Black (Black) (6 bulan ke atas)
Maclaren: Maclaren Techno XT 2010 - Black on Black Frame