Sunday, June 9, 2013

Stroller buat anak

Kalau siapa yang memang mengikuti perkembangan blog kai mesti tahu stroller idaman kai apa hehe. Sebelum dapat Akyd lagi kai memang berkenan Quinny. Time tu pilihan kai Quinny buzz sebab Quinny zap 2010 time tu tak boleh pakai dari newborn. 6 bulan ke atas baru boleh pakai sebab dia tak boleh recline,tegak je kepala baby kesian plak kan satu lagi seat dia tak boleh folding sekali. Tapi banyak plak feedback dari kawan2 yang pakai Quinny Buzz katanya bulky dan makan space bonet. Ada sesetengah bonet takmuat kena letak kat seat kereta belakang. Huwarghhh sadis kan, ada juga kawan yang dah beli Quinny Buzz then jual semula sebab macam kai cakap tadi la stroller ni makan space. So setelah sepakat bersama suami, kai beli lah Maclaren Techno. Alhamdulillah time tu Akyd suka dan selesa je duduk dalam tu.

Pernah dengar kan orang cakap 'lain anak lain perangai' hehehe. Anak kai yang no 2 ni plak tak berapa suka duduk dalam Maclaren. Sebab stroller Maclaren tak facing kai, manja Alee ni hehe. Kalau duduk dalam Maclaren boleh tapi tak lama. Hari tu bincang dengan suami kitaorang nak beli stroller baru untuk Alee.
Awalnya macam korang dah baca entri sebelum ni, kitaorang nak beli Tandem/Twin Stroller. Tapi rasanya memang tak menepati dengan ciri2 yang kitaorang suami isteri nak. Yelah kalau Tandem Stroller dia bulky dan makan space bonet. Kalau Twin Stroller plak dia tak boleh facing pandang kai.

Akyd plak sekarang kalau keluar dia nak berdukong taknak jalan. Kadang2 okeh jalan2 lari2. Ada masa nak berdukong je, tak larat juga kan. Kussss semangat hehehe. So kai dah belikan buggy stroller untuk Akyd, comel je. Kecik je bila lipat siap boleh sangkut kat stroller kalau taknak pakai. So tak de la nak tolak 2 stroller kan dan dalam masa yang sama nak mengejar Akyd kalau dia berlari2.

Bincang punya bincang, kai ada survey satu stroller ni Quinny Zap Xtra With Folding memang menepati ciri2 yang selama ini dinanti. WAH GITU! Hhehehee. Stroller ni tak masuk Malaysia lagi tapi boleh beli online. Stroller ni tak bulky pun berat dalam 6kg. Best sebab seat dia boleh lipat skali dengan stroller frame. Paling penting dia tak makan space bonet. Suka sangattttttt!!!!!!!! Hari2 kai google pasal stroller ni tanpa jemu hahaha. Dia lebih kurang Quinny Zap Xtra cuma bezanya Zap Xtra tak boleh lipat seat dia dan 3 tayar. Quinny Zap Xtra with folding ni 4 tayar so lebih balance.

warna pilihan hati tentunya HITAM :)
seat boleh lipat skali dengan frame stroller


Alhamdulillah rezeki anak, kai dah belikan untuk Alee. Alee pun memang suka dan selesa duduk dalam tu. Memang Alee mengadap kai duduk dalam stroller. Bahagia dia tgk muka ibu dia tanpa jemu hahahaha.
Korang boleh tgk Video Stroller Quinny Zap Xtra With Folding, mesti jatuh cinta :). Nanti next entri kai upload pic Alee dalam stroller tu ye :).


6 comments:

Nurul Ilyani said...

nice...how much ye? :)

fa.ismail said...

Kak kAi bli mna ya zapp xtra 2013 nh? Price?

Atiqah Adnan said...

cantiklah kai.. anak qa yang sulung memang tak suke duduk quinny so seb baik adik dia nak.. hee~ quinny boleh lipat ni macam best je tak sabar tunggu kai review nanti share beli kat mana sekali ye

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

dear nurul. boleh check entri terbaru kai.

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

beli dekat babyhouz.com fa

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

nanti atiqah check ye dah update :)