Thursday, May 9, 2013

Tandem Stroller / Twin Stroller

Sebelum Alee Khaeyr lahir lagi mmg ada survey tandem/twin stroller ni. Tapi sebelum ni macam tak kisah sangat sebab Alee masih kecil dan kalau keluar Alee duduk dalam bjorn. Lately macam dah tak larat nak gendung anak kalau lama sangat hohoho 'alasan ke' ;p.  Tengah pening fikir stroller mana yang ok dan berbaloi dibeli untuk Akyd Kharamy & Alee Khaeyr. Asalnya nak beli stroller lagi satu je tapi ntah lah macam terfikir nak beli Tandem /twin stroller pula.


Tandem stroller memang agak bulky ntah2 kalau kai nak angkat keluar dari bonet sendiri pun tak larat muahahahhaha. Tandem stroller ni besar dan akan makan space bonet kereta tu pun kalau muat letak dalam bonet kalau tak kena letak dalam seat belakang kereta hehe. Penuh kereta dengan stroller je la tu belum masuk beg baju lagi atau barang shopping hehe. Kalau kereta besar mungkin sesuai. Paling pasti tak sesuai untuk travel lah maksudnya angkut bawa naik kapal terbang hehe & tak boleh naik escalator kena naik lif (macam leceh kan).Itu antara yang kai survey mengenai tandem stroller. Wah banyak plak yang tak bestnya tapi tandem stroller ni stylo. Nampak anak macam selesa je duduk dalam tu n boleh laraskan kedepan kebelakang dll.

Antara Tandem stroller yang kai survey ialah

1. Kolcraft Contours Options lt

Harga stroller ni RM1999, stylo dan berpatutan harganya. Stroller ni memang kai berkenan sangat ;). Tapi tu la kai tak sure lagi, kena fikir semasaknya supaya tak menyesal di kemudian hari.




2.Britax B-Ready Tandem Stroller
Harga kalau tak silap kai dalam RM2750, boleh tahan juga kan harga dia hehe.

3.Baby Jogger City Select Tandem Stroller

Harga dalam RM2799 lebih kurang harga stroller britax. Cantik kan hitam, smart.


4. Phil & teds Tandem Stroller

Harga dia agak mahal sikit RM3450 kalau yang kai survey lah. 3k u olls telan air liur juga hahahaha.


4 jenis brand ni je yang kai berkenan kalau jenis tandem sebab stylo mylo dan smart hehehe. Tapi kalau dari segi harga dan berbaloi untuk dibeli kai pilih yang nombor 1.

Ni pulak antara twin stroller yang kai survey, kai suka twin stroller sebab dia ringan dan ada yang jenis lipat payung (jimat ruang kan). Boleh letak dalam bonet kereta. Ada kawan yang pakai twin stroller ni cakap boleh naik escalator. Wah muat rupanya teruja jap hehe!!!!!!!! best kan. Tapi ada juga keburukan dia kalau lif yang jenis kecik tak muat plak. Kenalah tutup stroller dulu hehee n kalau nak shopping kat kedai yang ruang dia terhad nak bergerak susah juga kan.  Biasalah setiap stroller mesti ada kebaikan dan keburukan dia. Tapi kalau nak beli Twin stroller ni kena tengok berat stroller ni. Bagi kai lagi ringan lagi bagus tapi terpulang pada masing2 kan.

1.Halford: Fliplite Twin Stroller

Harga RM899, berpatutan kan harga dia. Seat dia boleh recline ke 4 position, so dari newborn pun boleh pakai. Berbaloi kan berbaloi kan, kai sebenarnya dah jatuh cinta juga dengan stroller ni. Brand ni pun bagus sebab car seat Alee brand Halford.


2. Maclaren twin Stroller

Harga dari RM1000-RM2000 bergantung kepada model dia. Dia ada model Techno, Triump dll kot hehe kai pun tak berapa sure. Stroller Akyd yang sebelum ni kai beli Maclaren Techno.




3. Esprit Twin Stroller

Harga dia dalam RM899, berpatutan juga kan. 



Sebenarnya bukan senang kan nak buat pilihan. Sangat susah, apa yang pasti tepuk dada tengok poket :). Kalau korang ada fb boleh lah check fb Mia Fichita situ banyak pilihan tandem / twin stroller. Kalau nak cari harga yang murah (maksudnya preloved) boleh lah pergi ke mudah.my.

Silalah share dengan kai jika anda ada menggunakan Tandem Stroller / Twin Stroller ni ye. Tq so much

6 comments:

Mrs Najib said...

wan bli stroller kolcraft tue rm1200 only tp makin space bonet yg ketara dan berat nk angkat.

btw auntie sy nk jual stroller twin 1K br guna beberapa kali jea.. beli dkt uk

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

yeke dear, stroller mcm mn yg dia nk jual tu. ada pic

h a r t i n i said...

nape nk cari stroler twin kai?
pgnant twin ke? sory tnye..:P

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

hehe takla dear, saje je survey

ena said...

cer visit sini.banyak gak stroller double

https://www.facebook.com/mama.and.kids.junction

Adlina Husaini said...

Salam saya ada esprit twin tu. Tak guna pun lagi. Reason nak jual sebab my son taknak duduk. My doter just newborn. Dia taknak dok sebelah2 camtu so i have to buy another for dotter. Kalau minat bole bayar dua kali. Cod pun boleh. If area klang valley i boleh pergi hantar. Me at putrajaya. Call me 016-4614667 adlina