Friday, October 19, 2012

Pengalaman bersalin 22/09/2012

Apa beza bersalin anak pertama dengan kedua? Orang cakap anak ke dua senang bersalin sebab jalan dah ada kalau anak rapat dalam 1-2 tahun. Nak tau apa beza mari baca entri ni hehe.

check contraction baby 21/9

Next checkup kai sebenarnya time 39 minggu iaitu 24/9 hari Isnin. Tapi adik kai suruh pergi awal mana tau kot boleh bersalin sama birthday abang dia Akyd Kharamy. Mesti korang semua hairan kan macam mana boleh sama tarikh lahir abang dengan adik. Ada yang tanya rancang ke?? Sebenarnya semuanya ketentuan Allah. EDD kai sepatutnya 3/10/2012. Kai pergi check up awal sket 21/9 iaitu hari Jumaat.

2 minggu sebelum tu mmg doc ada cakap next checkup kita akan check contraction baby n akan check bawah. Kalau dah bukak dia akan suruh bersalin je sebab risau nanti kalau lambat baby makan najis plak. So mmg masa kai checkup 21/9 tu dah ada contraction n diaorang seluk bawah dah bukak 4cm. Doc mmg tak pelik kai tak sakit sebab pengalaman time Akyd dah bukak 6 cm baru rasa sakit tu pun sebab masuk air hohoho. Masa doc zul scan baby mmg kepala dia dah kat bawah,dah ready nak keluar huhuh. Doc tanya awak nak bersalin sekarang tak???? ohoiiiiiiiiiiiii terus cakap 'doc saya tak bersedia lagi,kalau boleh saya nak berehat dulu.' hahahah cuak plak tetiba kena bersalin haha. Then doc cakap tak kisah kalau awak nak bersalin minggu depan pun takpe,tapi nnt baby besar plak susah awak nak push nanti. Hurm kai cakap okeh saya nak bersalin tapi bukan hari ni. Kai cakap kat doc 'kalau saya nak bersalin esok boleh tak doc.' Doc cakap esok dia ada hal kalau nak datang kena malam. Terus terpk kalau malam dah nak masuk 23hb.  Then kai cakap 'oklah doc saya bersalin hari ni, tapi saya datang malam boleh?'. Doc cakap kul 12mlm awak datang admit okeh. TERUS SETUJU sebab dah masuk 22hb :) !!!

Kai sampai pusrawi KD 12.30 malam. Sebenarnya lepas je balik dari pusrawi siang tu,kai cuba untuk tidur tapi tau tak mata ni mmg tak boleh lelap langsung. Kesian suami dah urut kepala la kaki la tapi mata takmo lelap. Suami kai risau kot kai takde tenaga nak push nnt. Time kai ke Pusrawi Suami,anak kai Akyd,Ma n adik kai yang bongsu teman. Paling kelakar akyd taknak masuk langsung bilik kai tu hahaha. Dia nak duduk kat luar je,pelik kan. Sampai je diaorang check contraction n seluk bawah lah. Still 4cm gak, diaorang suruh tukar baju tunggu doc sampai. Sebelum bersalin kai peluk Akyd kuat-kuat sedih plak, malam tu tak boleh tidur dengan dia. Harap kyd okeh sebab first time tak tido sama2 huuuu. Doc sampai dia terangkan pasal bersalin. Dia cakap dia akan masukkan ubat dulu kat bawah (induce),katanya untuk nipiskan pintu rahim. Then pukul 7 pagi dia akan masukkan air plak,katanya dalam pukul 9pagi kai akan bersalin. Lepas je doc masukkan ubat kat bawah tu, suami kai hantar kyd,ma n adik kai balik rumah sebab bersalin lambat lagi.Sedih berpisah dengan Akyd,harap kyd okeh sobs.

Pukul 1.30 pagi kai kena induce,doc pesan kalau sakit sangat picit loceng. Hurm so puas gak la nak lelapkan mata kekononnya nak kumpul tenaga. Suami kai macam biasa dia urut kaki n picit kepala kai suruh tido tapi macam tak tidur je,risau agaknya hahah. Tapi suami cakap kai mmg ada terlelap kejap hehe. Suami kai pun tidur kat bilik tu jugak,dia pun kena ada tenaga gak hehe. Dalam pukul 3pagi perut kai mengeras. kejap mengeras kejap okeh. Sebenarnya kai tak tau pun tu la sakit nak bersalin hahahaha. Time sakit tu boleh whatsapp dengan adik kai Kakteh tanya pasal Akyd. Akyd tak tido lagi pukul 3 pagi dia main car dia. Sedih kai siap nangis,tapi nangis perlahan je sebab takut suami terjaga. Serius perasaan sayu tak dapat tidur dengan kyd,sedih oiiiii.

Hurm 3.30 pagi kai sakit perut nak membuang air besar. Duduk je atas jamban terus buang hahaha takyah teran. Pelik plak rasa kekke. 4 kali ulang alik g jamban membuang air besar dan kecil. Terpk ma kai cakap kalau asyik nak terberak terkencing tu tandanya nak beranak la. Tak lama lepas tu perut kai mengeras lagi kerap rasanya 5 minit sekali. Kai terpk ni kot contraction terus picit loceng. Then nurse datang dia suruh g labor room. Ya Allah nak berjalan rasa mmg seksa sangat. Rasa macam ada benda nak jatuh je,terkepik je jalan huhuh. Bila seluk dah bukak 5 cm time tu pukul 4 pagi. Nurse cakap bila2 boleh bersalin ni,enh! yeke! bukan pukul 9 pg ke baru bersalin. Doc datang nak pecahkan air ketuban,doc ambil satu alat rasanya warna putih,panjang macam pembaris kalau tak silap. Kai siap tanya apa tu doc??? Sakit tak kalau doc pecahkan??? Anak pertama air ketuban pecah sendiri,kali ni doc pecahkan aaa takut plak. Doc cakap sakit sket je,lagi cepat baby turun. Ye mmg sakit sket je hehehe. Awal contraction mmg boleh tahan lagi kat labor room tu, nurse tu tanya nak tak ubat tahan sakit yang cucuk kat punggung. Kai cakap takyah sebab boleh tahan. Tapi kan bila nurse keluar je dari bilik, Ya allah sakitnya mmg tak boleh tahan. Terus cakap kat suami nak cucuk nak cucuk nak cucuk. SAKITTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!! Nurse datang terus cucuk punggung kai,katanya ubat tu akan buat kai rasa mamai. Sakitnya sakit sakit tak boleh nak tahan,asyik pegang tangan suami. Bukan pegang tapi genggam kuat2 confirm suami sakit tapi dia tahan kekeke. Mintak suami urutkan belakang setiap kali sakit datang.

Ya Allah setiap kali dia datang,rasa macam aaaaaaaa tak tahan huhuhuh. Ubat tu plak lambat memberi kesan hadoiiiiii. Mintak suami ambilkan air akar fatimah, hampir terlupa nak minum hehe. Lepas kai minum terus rasa nak terkencing ,nurse cakap kalau nak terkencing ke terberak je buang je kat situ. Bila rasa nak terkencing tu terus rasa nak terberak hahaha. Kai cakap saya nak berak. Terus kai meneran,nurse cakap jangan jangan lagi. Kai cakap sakittttttttt tak tahan. Diaorang seluk katanya dah boleh pushhh!!! sebenarnya kai tak berapa dengar diaorang cakap dah boleh push. Suami yang kat sebelah cakap push push. Kai sebenarnya rasa nak meneran berak haha. Diaorang kangkangkan kai seluasnya,suami pegang lutut kai supaya kai tak kepik haha. Tau tak kai mmg sedar sangat apa yang berlaku, malu kot kena kangkang hahahaha. Ubat yang cucuk kat punggung tu tak sempat meresap lagi hadoiii huhuh. Suami kat sebelah yang bg arahan cakap sayang push sayang. Kai cakap sakitttttttttttt sayang,sakit. Rasanya kai ada jerit diaorang cakap jangan jerit geget tudung. Kai mmg geget tudung kuat2 menahan sakit. Kai peluk suami kai dari belakang sekuatnya pushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh satu kali,xberjaya. Ya allah sakit nya nak bersalin, sakit sangat hampir tak tahan. Nurse cakap jangan peluk suami,baringkan badan bagi lurus. Aaaaa tak boleh nak baring sakit sangat,kai kena peluk suami gak untuk bagi kai tenaga nak push. Sekuat hati peluk suami kai. Diaorang suruh tarik nafas dalam2, push kali kedua pushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Nurse cakap dah nampak kepala push je lagi. Suami cakap sket je sayang dah nampak tu jangan lepas nafas, kai push sekuatnya alhamdulillah meluncur Alee Khaeyr keluar jam 5.11 pagi ,legaaaaaaaaaaa alhamdulillah.

Dua kali push baru keluar syukur sangat. Lepas baby selamat dilahirkan,diaorang keluarkan tembuni plak,sakit gak ohoii. Lepas keluarkan tembuni doc keluarkan darah beku plak. Time jahit doc bius,oklah tapi rasa gak sakitnya. Pengalaman bersalin kali ni sakitnya memang sekejap kalau nak dibandingkan dengan Akyd ,3 jam dalam labor room. Lain anak lain pengalamannya huuuuu. Agak2 kalau anak ke tiga nak cucuk epidural boleh tak? hehehhe. Oklah sampai sini je yang kai nak kongsikan.

ALEE KHAEYR BIN AZMAR 

12 comments:

Ina Khairina said...

best baca pengalaman org bersalin normal ni....akak dua2 ank bersalin ceaser,so xtau rasa sakit semulajadi tu mcamana....

nor syatika said...

sis, seramnye pnglmn melahirkan anak ni..seyes takut :'(

dilakochan said...

berdebar2 pulak baca pengalaman sis ni! :)

apepun, alhamdulillah selamat semua..
tahniah .. :)

bayu said...

Alhamdulillah, Selamat semuanya.

Mmg kai lain anak lain pengalamannye. Kin dulu no 2 rsenye lg susah drpd no 1. Sampai rasa xnak pregnant lg. Tapi bila no 2 nak masuk 4 thn ni. Gagahkan diri nak no 3 plak. Hari2 doa, mkn mcm2 suplement utk mudahkan bersalin. Harap2 no 3 mudah segalanya. Aminn..

Tengku Fauziana said...

ana tiap kali sakit tu dtg, suh huby picit/urut kaki..
wlpun klu org dgr mcm xde memberi kesan je..tp bg ana ada..rase lega sikit sakit tu..hihih

iietamalek said...

kak kai takutnyer baca pengalaman yg kedua, teringat mase bersalin kan zhariff..lebih kurang sama mcm akak..

hehe

FiQa said...

as salam kak kai...
tahniah atas kelahiran anak kedua, same tak besday dgn Akyd?? ehehehe..

btw, thanks untuk perkongsian satu persatu sal bersalin..
saya belum kawen, tapi bila baca pengalaman akak ni. macam tak sabar pula tapi masih takut2..hehe...
:)
selamat berpantang akak! :)

Lona said...

dulu bersalin x rasa sakit mcm ni ke??sakit kan ms contraction tu...adoiii...

Hidayahalid said...

Baca pengalaman kak khay rasa macam takut pulak nak bersalin. Aduyaii. Takutnyaa.

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

alhamdulillah terima kasih semua. Alee pun dah besar dah nak masuk 4 bulan. Nanti kai akan rajinkan diri update blog ye

hannahmia said...

pngalaman kita sama la kak kai n mnakjubkan dua2 ank kita lhr bln sama beaanya kak kai dua2 ank laki n saya dua2 ank pmpuan..sy pon bsalin kdua ni kna pch air ktuban,pendek kata smua yg kak kai cerita dlm entri ni saya mlaluinya..takdir Allah kan..

ILANI said...

assalamualaikum.

salam perkenalan. menarik info ni.

saya juga nak share sedikit pengalaman melahirkan bayi besar.

Anak saya yang sulung beratnya 4.1kg semasa dilahirkan. Baby girl yang diberi nama Nur Aimi Shahira.
Alhamdulillah bersalin normal di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Selapas lahir, tak kena kuning / jaundice. Sihat walafiat sekarang dah 5 tahun lebih. Bersalin pun mudah. Yang penting sekali kena minta maaf banyak2 dengan suami

salam perkenalan.
ilani
Blog : www.cancanmali.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/norilani
FB Page : https://www.facebook.com/weallsihat


jemput la jalan2 ke blog saya