Monday, November 23, 2009

Shopping Raya

huuuuu nampak macam xcited plak hahahahaha Semalam kai n hubby jalan2 di OU. Sabtu pun mmg dah g OU tapi menonton wayang 2012, best sangat!!! Ingat nak beli handbag idaman hati tu tapi tak sempat juz survey jekkk. heeeee So semalam pergi balik la g OU hahahahaha (dekat jek ngan umah),finally hubby belikan kai handbag KUNING itu.. aaaaaa syoknya la.Raya haji pun ada handbag baru ke? hahaha kebetulan sebenarnya :). Terima kasih mucukkkkkk,lob u la.. hehehehe Hubby ada berkenan satu baju tu untuk kai pakai la ;p, kai dah test tapi tak suka la sebab ada tali kat belakang. Cancel!!! rugi plak! hahahahahah next time ye cuk lalalalalalalallala After soping2, balik rumah solat asar n maghrib then malam tu kitorang g Masjid India cari baju raya. hahahahaha Nampak macam kerja giler kan. Skali skala buang tabiat hahahaha berjalan mmg berlenggang la tak ramai pun orang. Maybe sambutan raya haji tak semeriah raya aidilfitri :). Tapi bagi kai tahun ni sangatla meriah kerana pertama kali menyambut raya haji bersama hubby tercinta wallllahhhhh ;p Mmg syok keluar, padahnya kakiku sakit.. nasib ada yang sudi urut. lalalalalala
catch u later. da~

tepi tu baju yang kai test, lawa tapi ada tali plak. heeeee rugi2
kai MERAH
ini hubby yang tercintaaaa~ :)

Saturday, November 21, 2009

AWEKNONA.COM UPDATE




more at www.aweknona.com

Friday, November 20, 2009

Stok baru untuk aweknona.com

hey kawan2 n pelanggan anc yang disayangi.. sori sebab dah lama tak update barang baru kat web ANC. Insyaallah esok barang2 baru akan diupload.

-Tudung syria
-Blouse
-Cardigan
-Dress

HAPY SHOPPING!!

Thursday, November 19, 2009

Percutian Di PD

Finally dapat jugak upload sket pic PD ni,internet rumah ni slow plak :). Motif utama ke PD, nak fun2 dengan kawan2. Mereka ni semua kawan baik husband kai huuuuu. Erm kitaorang pergi dalam 11 orang ke sana check in di Corus Paradise. Aktiviti di PD mandi kolam,berbbq n borak-borak hehehe. Kitaorang tak mandi laut pun,juz ambil gambar jek kekekee. Lepas ni nak g bercuti lagi,seronok g ramai2. :)


Monday, November 16, 2009

@PD 13,14,15 NOV

Kai sedang resize pic.. later kai upload lagi yek :)

Friday, November 13, 2009

Cuti-cuti di PD

Insyaallah jika tiada aral melintang,petang ni kai n husband akan bertolak ke PD. Kononnya nak pergi ambil udara baru huhuhuhu. Kai masak ayam lemak cili api malam tadi nak bawak bekalan untuk petang ni hehehehe. Kali terakhir kai ke PD bersama husband kai sebelum bertunang lagi..Pergi dengan kawan2 husband kononnya sambut tahun baru 2008 kat sana hehehehe. eh chuppp!!! last pergi family day company husband dulu huuuu Nanti kai story lagi yek. Selamat berhujung minggu semua. Miss me ok ;p

dec 2007 : abaikan pic orang belakang tu. hahahahahahaa

//beg kuning tue baru pakai 2x heeeeeeeeee,ke pd hari ni jadi pilihan!!
//baru teringat last pergi PD,family day company husband ;p

Thursday, November 12, 2009

Dara.com Nov09

Ini hasil photoshoot di Karangkraf 15 September yang lalu. Oren n kuning memang ceria!!! :)




//cubalah lilitan tudung ini

Wednesday, November 11, 2009

Bismillah 5

PENAWAR BISA DIRI

Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu'aafii
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i wa huwas samii'un 'alim

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dgn nama Allah Yang Menyembuhkan
Dgn nama Allah Yang Mencukupkan
Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dgn nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Cara menggunakan bismillah 5 :

Ambil segelas air,baca bismillah 5 ini kemudian hembus ke air itu dan minum. Insyaallah penyakit akan berkurang.

-boleh juga diamalkan setiap kali hendak minum air

// Kai selalu amalkan,ma kai yang ajar :) Insyaallah

ADAM


Alhamdulillah sepupu Kai, Nadia selamat melahirkan anaknya pada 10/11 jam 6.48 petang di HUKM. Baby memang tersangatlah comel hehehe.

Selamat Berpantang Nadia.

Monday, November 9, 2009

Biru biru biru

Blouse biru,skinny jeans biru,tudung syria biru n aksesori biru...
Malam tadi kai n husband ke Restoran Subak meraikan birthday Adlan,tema biru :) Kebetulan plak malam tu jugak Chelsea vs MU. Mulanya husband nak pakai jersey Chelsea, tapi menjaga hati birthday boy (MU) ;p husband pakai baju biru gelap sedondon warna dengan kai hehehehe ;p Then kitaorang pergi tgk perlawanan bola dekat Damansara heights.

Keputusan Penuh Chelsea VS Mu 1-0


@ subak
cool tak? hehehe
ini kanda punya ;)haip!nonton bola

// Kanda senyum sampai telinga =)

Sunday, November 8, 2009

Hobin jang hobin

Eden dah agak memang Nogori 9 juar000!!!! Banggo omak den :) 3-1


// malam ni eden nak tgk chelsea vs mu plak. eden pakai blouse biru,seluar biru,tudung syria biru n aksesori biru. hakhakhak cam mana la rupanya, later upload tungguuuuuuu ;p

: pic dari bharian

Monday, November 2, 2009

Blog saya banyak gambar

Kai bukanlah jenis yang suka menulis sangat, kalau anda pembaca blog kai yang setia tentunya perasan gambar lebih banyak dari cerita :) Bagi sesetengah orang,blog umpama diari tapi tidak bagi kai. Blog merupakan tempat kai menggambarkan tentang perjalanan hidup kai dalam menghadapi kehidupan seharian. Ada yang manis,pahit (sesetengah ditapis) dan kenangan2 yang sangat terindah. Jika yang baik jadilah sebagai contoh, yang buruk buanglah jauh2. Ada beberapa pembaca blog yang memberi respon kai terlalu berahsia. Bagi kai ada sesetengah perkara terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum,cukuplah dengan memberi kesimpulan daripada apa yang terjadi. Cukuplah sampai di sini, nanti bersambung lagi.

da~

//tadi lunch dengan husband dekat warong penyet =)

Ini Surprise

Jumaat malam mucuk kuar pergi beli dvd n nak terus beli dvd player baru.Ikutkan hati memang nak ikut,tapi tak boleh kuar malam buat masa ni. Tunggu punya tunggu lamanya pergi beli dvd,call rupanya dah sampai rumah tgh parking. Memang tak syak apapun, juz tanya mana dvd yang beli tueh??? Husband cakap ada dalam bilik. Dalam kul 11.30 malam nak layan dvd, so pergila bilik nak ambil bantal.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa menjerit sebab nampak bungkusan atas katil tapi jerit macam nampak hantu, dah la tadik layan cite 13 ghost. hahahahahahhahahahaha
'ku lihat bungkusan di atas katil, ku baca kad di bungkusan itu tertulis "Ini Surprise" '
Rasa nak pengsan, berlari2 ke ruang tamu n memeluknya. So sweet mucuk :) Hati bertanya,hadiah ni sebab apa???Birthday lambat lagi,Anniversary pun bulan 12 nanti. Then kai tanya dia,nak tau husband kai cakap apa??? ;p Hadiah kerana menjadi isteri yang baik. Macam drama pun ada,hujan lebat dibuatnya ngeeeeeeeeeeee

Terima kasih kanda, love u so much
Terima kasih kerana sentiasa membuat diri ini gembira :)

// tiada manusia yang sempurna,sentiasa belajar dari kesilapan. Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik
//tak belipun dvd ;)

Thursday, October 29, 2009

Madu Khaula

Tadik lunch dengan husband kai kat Secret Recipe. After makan husband kai ajak pergi beli air As-Syifa n kismis. Kebetulan terpandang Madu Khaula,baru jek kelmarin ym dengan sepupu kai (nadia) mengenai kebaikan madu ni. Alhamdulillah terbuka hati nak beli n nak makan. Thanks kanda :) Hari ni membeli belah makanan kesihatan plak. hehehhe

----------------------------------------------------------------------------
website khaula.com.my

Apa itu Madu Khaula ?
Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam Iran. Khaula Trading memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?
Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A. Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap kali shipment Madu Khaula.

Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?
Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.

Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?
Madu ini dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah dan tanpa sarang lebah. Berat setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.

Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?
Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.

Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?
Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini.

Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat 'tidak panas' maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.

Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?
1. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
2. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
3.Cepat memenuhi permintaan tenaga.
4.Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
6. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
7. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
8. Mudah didapati.
9. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.

Mengapakah Madu Khaula ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?
Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Khaula Trading juga telah menyediakan risalah berkenaan cara pemakanan Madu Khaula berdasarkan testimoni
pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.

Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula ?
Khaula Trading memasarkan 2 bentuk madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut!

Wednesday, October 28, 2009

Gaun kuw yang cantik :p


Dah dekat setahun kai berumahtangga, tapi rasa macam baru jek. Bila tgk album kawen tadi,huuuuuu tak bleh nak cakap perasaan ni macam mana. Gambar2 ini diambil untuk gambar outdoor kai. Lokasi di Sungai Lembing Kuantan Pahang hehehehe. Harap dapat dijadikan rujukan untuk pasangan diluar sana yang masih mencari2 idea untuk gambar outdoor mereka.
Salam sayang untuk pembaca blog kai.

//walaupun bertudung,tetap tampil bergaya dengan gaun jika kena dengan gayanya :) selamat mencuba