Monday, May 27, 2013

Seronok menjadi ibu kepada 2 hero



Pembahagiaan masa sangat penting untuk memastikan semua kerja di rumah dan bisnes online berjalan dengan lancar. Jika disiplin takde habislah, macam kai ;p.

Awal pagi dah bangun sebab anak Alee Khaeyr memang bangun awal pukul 7.30pg-8.30pg. Jika adik dah bangun automatik abangnya Akyd Kharamy akan bangun sekali. So awal pagi  tugas sudah bermula :).
Macam biasa mandikan Alee dan Akyd dan siapkan mereka seorang demi seorang. Nasiblah abang Akyd dah besar sikit dan faham apa yang kai cakap so dia boleh tunggu kalau kai pakaikan pampers adiknya dulu. Selalunya pakai pampers Alee then Akyd. Lepas dah pakai pampers barulah urut2 Alee dan siapkan mereka berdua.

Lepas keduanya dah siap, akan sediakan sarapan untuk Akyd & Alee. Dah settle sediakan sarapan untuk suami pula. Tapi selalunya settlekan suami dulu then baru anak2. Lepas suami pergi kerja, bermain bersama Akyd dan Alee. Selalunya dalam pukul 10-11 pagi Alee akan tidur. Time Alee tidur lah kai akan cuba siapkan kerja (bisnes online KFHIJABI), balas email dan bungkus barang kemudian masak untuk lunch kai,Akyd dan Alee. Selalunya time Alee tidur, Akyd akan tgk tv takpun dia main sorang2.

Bila Alee dah bangun, Akyd & Alee akan lunch bersama. Tu pun kalau Akyd tak tidur. Tapi selalunya adik bangun, abang akan tidur pula. Akyd pula selalunya akan tidur dalam pukul 12-3ptg (bergantung). Alee pun akan tidur juga lepas lunch tapi taklama pun sebab Alee ni nak kai ada skali sebelah dia barulah lama. Selalunya time Akyd & Alee tidur kai akan uruskan rumah dan juga sambung kerja bisnes online kai. Kalau macam tak bz dengan bisnes, kai akan tidur bersama mereka. Akyd tidur kat celah ketiak kanan, Alee plak celah ketiak kiri. Diaorang memang suka kalau kai join skali diaorang tidur hehe :).

Kalau nak cerita kisah satu hari bersama diaorang sampai esok pun tak habis hahahaha. Rumah mesti sunyi kalau diaorang tidur. Diaorang ni ibarat magnet, kat mana ada kai mesti ada diaorang. Kecuali kalau abang kyd nak g rumah makcik (suka sangat sebab nak main dengan sepupu dia Aaron).

//Akyd Kharamy & Alee Khaeyr, Ibu sayangkan anda berdua. Jadilah anak yang soleh wahai sayang. Ingatlah ibu&abah sehingga ke hujung nyawa korang nanti.


3 comments:

farhana shamsuddin said...

Super mummy, ehh btw mcm mn bdn maintain ye? Saya lps bersalin ok...tp by baby msk 5 to 6 month berat naik dan naik..pdhal susu bdn tu... ada tips x nk jg bdn?

ita citot said...

Waahhh! Semakin rugged ibu hero-hero nih. Suka tgk style kai (^_^)

bee2312 said...

comelnya..dua2...