Saturday, November 19, 2011

Kepulangan yang dinanti



Insyaallah Ahad malam ni maayah kai sampai dalam pukul 1-2 pagi (kira hari Isnin). Tak sabar rasanya nak memeluk cium kedua mereka. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya, sangat tak biasa berjauhan dalam jangka masa yang lama. Teringat pesan Ma dulu 'ma bukannya pergi bercuti, ma ayah pergi memunaikan yang Wajib'.Sekarang baru mempunyai kekuatan untuk bercerita , sebelum ni memang tak boleh rasa mengalir je air mata ni.Ma ayah kai pergi menunaikan haji pada 6/10 yang lalu. Kitaorang adik beradik hantar ke Kelana Jaya.Tapi nak tau tak, ayah sempat cakap takyah la tunggu hantar kat luar je hahahaha. Btw ayah kai mmg macam tu, dia tak nak menyusahkan orang even anak2 dia sendiri nanti tunggu lama. Enh boleh plak kitaorang ni nak drop je kan hahahahaha. Bila ayah cakap macam tueh kitaorang semua buat tak tau je kekekekeke. Adik beradik ayah ada yang nak datang tapi ayah tak kasi katanya takpe lah jumpa bila balik nanti. Kitaorang ni dah kenal sangat perangai ayah hehehehe even adik beradik ayah pun sama. Hari tueh jumpa Uncle Mat dia cakap ' korang pun tau la ayah tueh' hehehehee. Tau uncle!! ;p. Adik beradik ma yang datang Pakngah n Makngah, tu pun datang tetiba ehehee. Ma ingat tak de yang datang sebab dah pesan takyahla sebab menyusahkan sebab semuanya dari jauh. Kalau korang nak tau, ma ayah sampai diaorang cuma sms je. Seminggu tak call tau katanya taknak call ekekekekekeke 'takut sedih la tueh'. Apa perasaan korang bila dah lama tak dengar suara mereka??? Ya Allah sesungguhnya sedih sangat sebab rindu mmg tak biasa sebelum ni setiap hari call Ma. Pernah satu hari nangis tak hentihenti. Cuba sembunyikan dari suami kai tapi dia tau jugak. Waktu tu hanya Allah je tau perasaan ni 'tetiba dia datang'. Kuatkan hati kuatkan semangat untuk tidak bersedih lagi, kata suami MaAyah tak pergi mana pun g menunaikan haji kan. Bila dengar suami cakap macam tueh tenang sket hati ni. Tapi bukanlah mudah untuk melaluinya.
Raya haji yang lepas kitaorang adik beradik tak beraya bersama. Kai beraya di Melaka, Kakcik bentong, Kakteh Seremban n adik plak kat Kuantan dengan along n angah. Perasaan?????????????? Ya Allah sedih la sangat. Drama jugak la pagi raya tueh, semakin menebal rindu dekat MaAyah. Bila dapat sms dari ayah ucap selamat hari lahir, 'hujan lebat terus'. Rindu rindu rindu dan sangat rindu.
Insyaallah esok dah boleh jumpa mereka, seronoknya lah tak sabar rasanya. Ya allah semoga perjalanan mereka dipermudahkan.












// sayangi mereka seperti mana mereka menyayangiku Ya Allah.

4 comments:

Munn Jaafar said...

insyaAllah, sy pun doakan smoga pjalanan mak ayah slmt key...seronoknya,my parents xde rezeki lg nak pg sana...

elynnzainol said...

Alhamdulillah.hope next year turn parents kita pulak. :)

btw, hai kak khay!

silala buat lawatan ilmiah kat sini

nakbuatbelogjugak.blogspot.com

adarnadzmie said...

mak n ayah akak insyallah balik 6/12 nnt...

misz beauty said...

touching ;-(