Wednesday, October 27, 2010

Posisi Penyusuan Ibu

Mahu share bersama mereka yang baru bergelar ibu,mesti awalnya kekok nak bf BB. Harap post ini dapat membantu. Kai pun budak baru belajar,sama2 la kita berkongsi yek.



1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

3. Posisi Mendakap (Football Hold)

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

4. Posisi Berbaring (Lying Down)

Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.

Secara amnya:

1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari
2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut
4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu
5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok



sumber : momchoice.com

// Kai suka posisi no 4 kalau time malam hauhuahua :)

7 comments:

Ibu Ilyanie(s) said...

good info kai.. every mom should know how to position ngan latching the baby. banyak manfaat sbb dpt elakkan masalah kesihatan pd cik B. rajin2 la dtg blog sy, ada info menarik pasal BF... :D

Anonymous said...

ahak!~
kalo yg posisi no 4 tu kemungkinan dgn ibu2 skali t'tdo eh..hihi..

Cik Bucken said...

gudinfo nih...save siap2 utk 2tahun akn dtg..hehe..thanx:)

Dina Zakaria said...

kai..
dina pun nak sangat bf baby sambil lying..tp kekok la..share more on this please.

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

hannan : masa lepas bersalin,kai bf bb dalam posisi yang salah padahal dah g kelas antenatal hehe terlupa sangat. nasib ada sorang nurse datang bilik dan tunjuk cara yang betul.
wan : mmg pun posisi ke 4 tueh selalu buat time ngantuk sgt hahaha. last2 kai tertido. wakakaka
cik bucken : hhihih gud
dina : dina juz baringkan baby kat sebelah letak bantal belakang badan bb. mula2 mmg rasa kekok,nanti lama2 mesti terror

ShilaShower said...

many said jugak bagi masa baring bahaya sebab nanti kita tertidur la, baby suffocate la, tersedak ke apa.

but itu lah posisi terbaik bila kita dah letih sangat2, especially malam.

pastu bila i dah start kerja, memang tu je lah gayanya, tak kuasa dah nak duduk tersengguk-sengguk bagi susu. mata pun tak bleh bukak. hhihihihi

dah sangat perlukan banyak bantal untuk support kiri kanan. hihhihi, leaving so little space for daddy to sleep :P

Ibu Ilyanie(s) said...

belajar teori tak sama ngan praktikal... yang penting forever n ever BF is a learning process for both mom n bb.. so, jgn rasa cuak nk trying harder utk dptkan ilmu ttg BF... :D. chaiyok! chaiyok!