Thursday, October 29, 2009

Madu Khaula

Tadik lunch dengan husband kai kat Secret Recipe. After makan husband kai ajak pergi beli air As-Syifa n kismis. Kebetulan terpandang Madu Khaula,baru jek kelmarin ym dengan sepupu kai (nadia) mengenai kebaikan madu ni. Alhamdulillah terbuka hati nak beli n nak makan. Thanks kanda :) Hari ni membeli belah makanan kesihatan plak. hehehhe

----------------------------------------------------------------------------
website khaula.com.my

Apa itu Madu Khaula ?
Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam Iran. Khaula Trading memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?
Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A. Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap kali shipment Madu Khaula.

Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?
Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.

Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?
Madu ini dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah dan tanpa sarang lebah. Berat setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.

Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?
Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.

Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?
Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini.

Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat 'tidak panas' maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.

Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?
1. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
2. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
3.Cepat memenuhi permintaan tenaga.
4.Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
6. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
7. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
8. Mudah didapati.
9. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.

Mengapakah Madu Khaula ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?
Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Khaula Trading juga telah menyediakan risalah berkenaan cara pemakanan Madu Khaula berdasarkan testimoni
pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.

Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula ?
Khaula Trading memasarkan 2 bentuk madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut!

5 comments:

QASEH ALYN said...

askum...kak khay..nk tnya..sy nie suka lyan web aweknona colection kak..lh tak nk tnya..tdung syiria yg tak bcorak ade tak?

thanks..

uMmI NuR aIn said...

madu mmg bgus tuk kshtn...
dlu pnh try..tp bkn madu khaula la...
madu biase jek...jg kshtn k kak kai...;)..

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

alyn : ada yunk g kat website www.aweknona.com

ummi : aah bagus. takkisah madu apa pun. janji madu asli la. hehehe tq umi

QASEH ALYN said...

tq akak...hehhe..

BlacKroSes said...

salam...i did uses madu khaula as my daily diet..bgus for those yg concern ngn health...i just read ur wrtting..kt u punyer cllction, ade x anak tdung ke aper ke yg cm u all pakai (color oren in your previous post)kalau ade i nak..cm berminat sgt ..tq