Friday, June 15, 2012
Adik Akyd Kharamy
Ramai yang berteka teki kai sedang mengandung anak ke dua, ada juga kawan blog yang email kai bertanyakan hal ini. Tapi rasanya kawan2 fb or twitter ada yang dah tau, yup kawan2 blog semua kai sedang mengandung sekarang. Usia kandungan kai dah masuk 6 bulan hehe. Bukan niat nak sembunyikan hal yang baik ni, cuma kai mmg takde masa nak update blog. Yup!! time kai post entri tandem nursing tu, kai baru je mengandung. Kai memang perlukan pendapat dari ibu2 di luar mengenai tandem nursing. Alhamdulillah kai masih menyusu anak kai Akyd Kharamy. Niat kai akan terus menyusu Akyd sehingga lah dia sendiri yang TAKNAK. Alhamdulillah suami menyokong kai untuk teruskan penyusuan ini. Memang tak dapat dinafikan memang penat sangat bila tandem nursing. Sebab tu kai dah mula campur susu ILHAM awal kai mengandung.Ikutkan hati kai mmg taknak campur susu tapi badan kai mmg tak larat sangat nak menyusu Akyd memandangkan kai tak selera makan langsung time awal mengandung sampai usia kandungan kai masuk 5 bulan baru ok. Bayangkan awal2 mengandung Akyd menyusu dengan kai 5 minit sekali + breast pun sensitif awal2 mengandung hehe. Malam lagilah kerap menyusu. Bila ibu makan tak kenyang, so anak yang minum susu pun tak puas. Tapi kai bersyukur sangat, bila kai bagi je akyd susu Ilham tu dia terus suka n minum. Kai rasa sebab dia tak puas minum susu kai sebab tu dia okeh dengan susu Ilham. Kai masih meneruskan penyusuan, Akyd still nak bf .Kai rasa lega sangat hati akyd tak memilih susu,kalau tak susah juga nak cari susu yang sesuai. Oklah itu je yang sempat kai update, insyaallah ada masa kai akan update lagi. Banyak yang kai hendak kongsikan bersama anda semua. Jumpa lagi di lain entri doakan semoga Allah permudahkan kehamilan kai ini. Amin
Thursday, October 20, 2011
Proses Kejadian bayi dari minggu ke minggu
![]() |
| Pic diambil jam 2.19ptg 23/09/2010 |
Salam semua, oleh kerana blog kai ni yang ramai orang baca entri tanda awal mengandung, so kat sini kai copy n paste artikel proses kejadian bayi harap dapat menambahkan ilmu pengetahuan anda semua.
Minggu 1 :
Minggu ke-11 :
Panjang tubuhnya mencapai sekitar 6,5 cm. Baik rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini janin sudah menguap. Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah boleh dirasakan ibu. Bahkan, janin kini sudah boleh mengubah posisinya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau malah keadaan bayi yang sebigini akan mengakibatkan si ibu kerap terasa sakit akan tetapi sedikit sebanyak memberi rasa sensasi kebahagiaan tersendiri.
Minggu ke-12 :
Pada akhir trimester pertama, plasenta berkembang untuk menyediakan oksigen , nutrisi dan pembuangan sampah bayi. Kelopak mata bayi merapat untuk melindungi mata yang sedang berkembang. Janin mencapai panjang 76 mm dan beratnya 19 gram. Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar pembesaran kepala.
Minggu ke-14 :
Tiga bulan setelah pembuahan, panjangnya 80-110 mm dan beratnya 25 gram. Lehernya semakin panjang dan kuat. Lanugo, rambut halus yang tumbuh di seluruh tubuh dan melindungi kulit mulai tumbuh pada minggu ini. Kelenjar prostat bayi laki-laki berkembang dan ovarium turun dari rongga perut menuju panggul.
Detak jantung bayi mulai menguat tetapi kulit bayi belum tebal karena belum ada lapisan lemak
Minggu ke-15 :
Tulang dan sumsum tulang di dalam sistem kerangka terus berkembang. Jika bayi anda perempuan, ovarium mulai menghasilkan jutaan sel telur pada minggu ini. Kulit bayi masih sangat tipis sehingga pembuluh darahnya kelihatan. Akhir minggu ini, beratnya 49 gram dan panjang 113 mm. Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan mengisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup
Minggu ke-17 :
Minggu ke-18 :
Pada minggu ini, anda boleh dan digalakkan untuk berbual bicara dengan bayi. Bernyanyi dan bersenandung juga digalakkan. Bagi muslim adalah lebih afdal diperdengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Ini kerana janin sudah boleh mendengar pada minggu ini. Ia pun boleh terkejut bila mendengar suara keras. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda menempelkan senter/scanner yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram. Bayi sudah boleh melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat.
Minggu ke-19 :
Tubuh bayi diselimuti vernix caseosa, semacam lapisan lilin yang melindungi kulit dari luka. Otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik kerana ia mampu membuat gerakan sedar seperti menghisap ibu jari. Beratnya 226 gram dengan panjang hampir 16 cm.
Minggu ke-20 :
Setengah perjalanan telah dilalui. Kini, beratnya mencapai 260 gram dan panjangnya 14-16 cm. Dibawah lapisan vernix, kulit bayi mulai membuat lapisan dermis, epidermis dan subcutaneous. Kuku tumbuh pada minggu ini. Proses penyempurnaan paru-paru dan sistem pernafasan. Pigmen kulit mulai terlihat
Minggu ke-21 :
Minggu ke-23 :
Lemak dan berat badan bayi terus bertambah sehingga bayi sekarang sekitar 1400 gram dan panjangnya 27 cm. Kerana ia semakin besar, gerakannya semakin terasa Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup matanya. Saat ini waktu yang terbaik bagi si ibu untuk menggerak-gerakan senter tersebut maka mata bayi sudah boleh mengikuti ke arah mana senter tersebut bersinar. Cairan ketuban (amniotic fluid) di rahim si ibu juga semakin berkurang. Kini si kecil pun sudah mulai memproduksi air mata. Berat badan bayi 1510-1550 gram, dengan tinggi 39-40 cm.
Minggu ke-31 :
Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mula boleh berkoordinasi antara lain, bayi sudah menghisap ibu jarinya dan sudah boleh menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah boleh mengambil nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Apabila bayinya laki-laki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram, dengan tinggi badan sekitar 43-45 cm.
Proses pembentukan telah berakhir dan bayi siap dilahirkan.
Sunday, October 31, 2010
Cegah Strechmark Ibu Hamil
Strechmark akan muncul bila perut dan bahagian kulit lain yg makin mengembang. Sejak mengandung 3 bulan kai amalkan menyapu bio oil di perut dan bahagian lain. Syukur Alhamdulillah selepas melahirkan BB Kydd kai tak menghadapi masalah strechmark. Nak cantik harus rajin! Cubalah berbaloibaloi taw ^_^
Sunday, October 3, 2010
Keajaiban Akar Siti Fatimah
// Akar siti fatimah ni hanya terdapat di Mekah.
Sunday, September 19, 2010
Tanda-tanda bersalin
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
- Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.
//kai masih belum ada tanda-tanda cuma skunk sakit belakang jek sket2. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar
Wednesday, September 15, 2010
Misi : Kelapa Muda
Monday, August 30, 2010
36 Minggu 4 hari
.jpg)
Salam semua kawan-kawan,kai baru balik checkup Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. Berat BB kai 2.6 kg huhuhu,berat kai tak naik pun. Doc cakap insyaallah kai sempat beraya kekeke sempatlah makan ketupat dengan rendang cewah! Ma kai pun dah kirimkan air selusuh,rasanya esok lusa baru nak start minum. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar amin.
Sunday, August 29, 2010
Posisi Tidur Terbaik Semasa Hamil
// Kalau boleh semasa tidur letakkan kaki lebih tinggi dari badan contohnya letak kaki di atas bantal untuk mengelakkan kaki anda kejang :)
Sunday, August 22, 2010
Baby Moving
Friday, August 20, 2010
Braxton Hick @ Kontraksi awal
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick (BH) Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
- Bayi bergerak dengan aktif
- Semasa senaman atau membawa barang berat
- Mengurut perut
- Semasa hubungan seks
- Dehidrasi
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
- Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
- BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
- Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH
- Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
- Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
- Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
- Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
- Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
//sumber http://alamhamil.com
Saturday, August 14, 2010
Doa Ketika Mengandung
"Ya Allah,peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia,sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah,lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.".
Amin.
Tuesday, August 10, 2010
Set Bersalin Pilihan Hati

Penggunaan "Pilis" di dahi dan ubun-ubun membantu menghilangkan rasa pening semasa berpantang. "Pilis" juga mengelakkan dari ibu-ibu bersalin dari gelap mata."Losyen Param Ibu Halimah" disapukan pada seluruh badan selepas mandi rempah. Losyen ini disapukan pada lengan, dada, bahagian pinggang ke pergelangan kaki untuk menstabilkan suhu badan. Ia juga menghilangkan rasa kebas dan sejuk ketika berpantang.
Gunakan "Bedak Sejuk" untuk menghilangkan ruam-ruam dan menghilangkan tanda-tanda hitam akibat mengandung, Sapukan "Bedak Sejuk" di muka dan leher . Biarkan seketika agar ia meresap ke kulit. Gunakan berterusan agar kulit menjadi bersih dan halus.
Monday, August 9, 2010
33 MINGGU
.jpg)
Panjangku 41 sampai 42 cm dan berat badanku 1,9 sampai 2 kg. Tulangku sudah mengeras dan tendanganku semakin kuat. Tinggal 7 minggu lagi!
Tapi kan,sejak akhir2 ni kai hilang selera makan taw. Satu lg kai tak berapa nak boleh makan masakan sendiri plak adduiiiii. Skunk kai lebih suka makan sup atau tomyam,normal la agaknya kan huhuhuhuh. Tak kisahla janji kai n BB sihat. Tinggal lagi 4 kali checkup dengan doc;minggu 36,37,38 n minggu ke 39 huhuhuhuh. Doakan yang terbaik ye!
Friday, August 6, 2010
Senaman Untuk Ibu Mengandung
Kebaikannya- Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
- Dapat memperbaiki postur badan.
- Melembutkan sendi pelvic.
- Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya:
- Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
- Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
- Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
- Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
- Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.
2.Pelvic rock

Kebaikannya:
- dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
- dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:
Kaedah
- Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
- Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
- Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
- Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.
3.Wall slide

Kebaikannya:
- Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.
Kaedah:
- Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
- Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
- Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
- Naik ke atas semula.
- Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
- Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding
:. sumber dari : lalink zatty , ratuhati.com
Tuesday, July 20, 2010
Majlis di Seremban ; tema Kuning
Masa sampai dewan,tgh doa so lepak kat luar dulu tgk dari jauh woooooo sungguh cantik pelamin hehehhee. Masuk dewan terus ke meja untuk menjamu selera. Cari geng2 kuning hehehehehe ;p





Lepas dah sakan2 posing,dapatla berposing dengan pengantin plak. kekekekekekekekek. Sangat gojes adikkuw,moga bahgia hingga akhir hayat.


Inilah keluarga diraja ;). Kitaorang satu family pakai kuning hehehehehehe. Terang benderang yuuuuu... ;p
Finally dapat gak bergambar atas pelamin,tu pun lepas dah settle segala2 hal hehehehehhe. Harus tunggu,kang majuk plak ;p
Friday, July 16, 2010
Cuci Baju Baby
Lepas dah siap sidai baju BB,kai n husband g shopping sikit barang untuk kai plak hehehehee. Mula2 ke Fabulous Mom beli Nursing Bra 2 helai. Sebelum ni dah ada satu so rasanya cukuplah kan 3 helai hehehe then g beli pad n stokin. Ada sket2 jek barang kai belum beli lagi,semoga semuanya berjalan lancar.
//i lob u BB n Abah BB hehehe ;)
Wednesday, July 14, 2010
Majlis Pertunangan Adik Kai
// MAKE UP : http://kfseriandaman.blogspot.com/
Tuesday, July 6, 2010
Dress Idaman Hatikuw
Tepuk dada tanya selera!!!!! hehehehe
// xsabar nak pakai dress baru untuk wedding adik kai hekhekhekhek Xcited!!!
Monday, July 5, 2010
3D/4D Scan @ Vision
First tgk bb teruja sangat, mula2 tak paham gak macam mana nak tgk ;p hehehehe Hurm bb tgh tido sambil tangan kat pipi sebijik macam hubby kai hahahahaha.Cuba tgk ni ;p
Ok bb bleh sambung tido balik,luv u so much. Cant wait to see u bb,Insyaallah.
//waktu terbaik untuk scan 3D/4D ialah 26 minggu hingga 30 minggu :)

















