Followers

Friday, March 16, 2012

Tandem Nursing - menyusu ketika hamil

Sejak kebelakangan ni kai ada research mengenai tandem nursing n kai ada juga bertanya kepada doc. Doc memang takde cakap suruh kita berhenti menyusukan anak jika kita mengandung tetapi jika ia mendatangkan masalah kepada kita seeloknya cuba untuk berhenti. Bagi pendapat kai, ibu mana yang tak sedih tiba2 je kena bercerai susu dengan anak yang dari lahir lagi kita menyusu setiap jam setiap hari n kai rasa tidak adil juga untuk anak tu takut nanti bila lahir adiknya nanti bila dia lihat ibu menyusu adiknya tentu timbul perasaan sedih. Doc ada cakap selalunya anak itu sendiri akan berhenti menyusu bila usia kandungan ibunya 20 minggu dan ke atas. Tapi terpulang juga pada anak itu sendiri, bagi kai anak yang berusia setahun ke atas kebanyakkan mereka menyusu lebih kepada ikatan kasih sayang antara anak dan ibu. Ow tidak sampai hati nak bercerai susu macam tu je, biarlah atas kemahuannya. Menurut doc yang kai rujuk tu, takde pun kajian yang terperinci yang mengatakan tandem nursing membahayakan anak dalam kandungan cuma sebagai seorang ibu dia perlu kuat semangat,kuat hati dan kuat mental jika ingin meneruskan Tandem nursing. Kai akan terus 'google' jika ada ibu yang mempunyai pengalaman marilah share dengan kai. Kat bawah ni kai ada dapat dari sumber google.

Golongan yang berisiko dan tak digalakkan untuk Tandem nursing atau penyusuan ketika hamil ialah


1. Ibu yg pernah melahirkan bayi pra matang,

2. Hamil kembar

3. Menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan,( ia patut diberi perhatian  kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang )

4. Pernah keguguran

5. Mengalami pendarahan ketika hamil; dan lain2 kehamilan berisiko tinggi

"Menurut kajian, rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. So, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat, dan ibu2 juga tak perlu la tergesa2 hentikan menyusukan anak sebaik mengetahui yg diri mengandung. Namun begitu, amat penting bagi ibu2 yg berhasrat ingin meneruskan penyusuan (Tandem Nursing) ni untuk mengambil kira perkara2 dibawah bagi menjamin perkembangan kandungan yg sempurna, kesihatan ibu, dan emosi anak yg menyusu."

Perkara yg perlu ditekan sekiranya ingin meneruskan Tandem Nursing atau penyusuan ketika hamil ialah


1. Sejarah perubatan; Doktor mengesahkan yg kandungan anda berada dalam keadaan Ok dan boleh meneruskan penyusuan

2. tahap keselesaan fizikal dan emosi

3. usia anak dan keperluan penyusuannya(Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya.Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula

4. Pengambilan makanan yg berkhasiat

5. Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal

6. Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi

Penting bagi ibu2 yg ingin menyusu ketika hamil tahu bahawa


1. Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya.

2. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu.

3. Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya..jadi rehat yg secukupnya amat2 diperlukan.

4. Kita juga akan mengalami rasa sakit pada puting kerana puting menjadi lebih sensitif ketika hamil cuba tukar posisi anak ketika menyusu, pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 bagi mengurangkan rasa sakit tadi.

5. Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan piramid makanan yg betul. makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan.

6. Sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon.Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.Perlu diingat, setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai membahagi masa yang lebih utk memujuk anak yang baru bercerai susu ibu.

7. Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak"

8.Jika ada yg mengatakan penyusuan boleh mengakibatkan keguguran, mungkin ade betulnya jika anda tergolong dalam golongan yg berisiko tetapi jika sebaliknya dan doktor gynea mengesahkan yg anda selamat untuk meneruskan tandem nursing, InsyaAllah dengan izin Allah semuanya akan selamat...banyakkan berdoa dan Tawakkal.

9.Sekiranya betul Penyusuan itu sudah termaktub boleh memudaratkan janin didalam rahim, pasti para ilmuan dan ulamak islam dah membahaskan kejelasan hukum berkaitan hal ini






"Sama-samalah kita meneruskan penyusuan kepada anak kita bukan sehingga umurnya 2 tahun tetapi sehingga dia mengatakan tidak"

20 comments:

Mrs Nageb said...

Just my humble opinion ni,

As for me, I penah mengalaminya dan masa tuh I tak pernah fikir tandem nursing akan memudaratkan, So I proceed macam biasa sbb tak mampu nak bercerai susu, but bila check up I terus kene marah dgn dr sbb takut memudaratkan, and that was my last check up before gugur :( so, I tak tahu sbb tandem ke or apa.. but i rasa ikut badan seseorang tuh kot, sbbnya ramai je kawan2 I yang bertandem ni and berjaya, so maybe kai kena ikut kemampuan diri kai kot..and better siapkan diri dengan pelbagai supplement.. semoga dipermudahkan semuanya

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

yeke dear, so doc ada cakap ke sebab menyusu baby bleh gugur. masa gugur tu baby dah berapa bulan. yup mengikut doc yang kai tanya tu ikut kemampuan ibu tu sendiri. takpe kai masih mengoogle. mencari ilmu yang tak pernah habis. tq my dear

NuYu said...

kai ngandung ker ker?

♥ ROS ♥ said...

Mcm kes ros plak,doc ada ckp yg breastfeed smas preggy leh kuatkn rahim.. Tp tgk atas kmampuan ibu... Da stgh doc mmg xsyorkan tandem nursing sbb mungkin bby kita kurg khasiat.. Kalau xalah oklah, klu duk muntah2 mungkin letih nk nyusukan baby.. Jgn isau, insyaallah ada hikmahnya xdpt tandem nursing.. Allah itu maha mengetahui.. Right??

ynadona said...

kak kai, tandem tu menyusu kedua2 belah serentak rite?kalo menyusu while tgh hamil, pun panggil tandem eh?btw tahniah tau sis kai....=)

myimanhyekal said...

salam...

saya jgk pernah buat dan masih amalkan sampai skrg...masa saya mengandungkan anak yang ke-2 dulu, anak sulung saya br berumur 7 bulan....n alhamdulillah sampai sekarang kedua-dua anak saya masih dimurahkan rezeki untuk berkongsi susu ibunya...untuk pengetahuan umur anak sulung sy sekarang 3 tahun, n anak yg 2nd 1 tahun 9 bulan...kedua-duanya masih menyusu badan dan saya sedang mengandungkan anak yang ke-3.:) saya percaya Allah yang memberi mereka rezeki untuk terus bf. jgn sekat rezeki mereka selagi kita mampu...:)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

salam kak kai..kebetulan nieza pon tgh rungsing psl ni..
nieza skang dh nak msk 22 wks..
mase awal pregnancy,mmg slalu rase sakit ngilu kat puting and rase cramp bawah perut time bf..biasenye nieza stop kejap bf bile dh rase cramp tu..mase tu susu ade lagi,x sampai ati lagi nk stop..biasenye rania bf mlm je time die nak tdo..siang die consume FM..nieza de tanye doc.doc kate takpe asalkan nieza tak rase cramp yg keterlaluan or turun darah..tp mak nieza suh bentila takot nnti rania minum yg adik punye..hehe tu kate mak nieza..
tp skang rasenye susu mcm dh kurang,tp rania still duk selak baju time nak tdo..mmg de niat nak stop before adik die kuar tp nieza rase nieza kene siapkan mental dan emosi nieza sndri dulu kot..yela nieza bf die setiap ari sejak die lahir,even tak fully tetap rase mcm tak sanggup..may be sbb bonding tu dh kuat so takot pasni cmne plak die kalau die dh tak bf kan.. hmmm

ibu chiqamie said...

salam...ni my xperience :-)

mase saye preggy kali ke2.,ank baru sethn 4bln n masih menyusu bdn.mmg tkt nk truskn sbb mcm2 org kate.at last my gynae ckp xde mslh utk bb dlm rahim.if ade effect pon mgkn pd kite sbb bile kite preggy.,kite kn amik xtra kalsium.,but bile menyusukn.,kalsium tu dh masuk dlm susu bdn td.ape pon.,b'gntg jgk pd ibu yg preggy ni.ade yg lrt.,ade yg x...but my gynae cuma nshtkn better stop plg lewat 7 months preggy or else after delivered 2nd bb pon.,ank yg 1st stil nk menyusu...but mase saye preggy dh masuk 7 months ank sulung stop menyusu sendiri.but keep on telling her nenen tu utk adik dia.,play safe.bb dlm rahim safe.,kite safe.,minda ank yg sulung pon safe :-) kai kene byk tye pkr jgk la..lg elok gynae yg sama mase delivered yg sulung....

Sue said...

salam.. my experience alhamdulillah pregnant anak ke3 masa masih fully bfeed anak ke-2, masa tu umur dia 1yr 4mos. Masa kandungan cecah 4bulan, susu memang setitik pun takde, tapi anak tetap bfeed, just a bondung of a mom n son. sampai lah dah cukup bulan pun still setiap hari tak penah miss bfeed si abg, at least 1x sehari. sampai sekarang dia dah 3thn, still nak bfeed lg esp bila rindu. umpama bfeed ni dpt menenangkan hatinya.... masa check up mula2 doc kata boleh tandem, tapi kalau ada rasa sakit kat perut, means sakit di rahim, ari2... kena stop. alhamdulillah spjg pregnant dan tandem, tak penah rasa sakit tu. ikut badan seseorang, maybe... :)

armouris said...

cuma nak berkongsi ada buku percuma tentang penyusuan bayi kat sini - sihatselalu.biz/buku-menyusu-dengan-yakin

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

nuyu : wah soklan serius tueh hehe

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

ros : yeke ros, insyaallah selagi kita ikhlas. yang penting kena berdoa kan. tq ros

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

yna : aah kalau nyusu kembar pun panggil tandem. macam stoller gak hahaha ;p stoller 4 kembar kkeke

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

myimanhyekal : wah yeke dear, betul2 kuat semangat ni. anak umur 3 tahun still menyusu ye. tapi tak heavy sangat kan. dia nak manja2 je kan

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

nieza : congrat my dear!! happy 4 u syukur alhamdulillah. awal2 pregnant mmg nyilu kat situ normal la kan. kuat semngat nieza ye. pengorbanan ibu tu.

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

ibu chiqamie : aah doc ada cakap kalau kita dah pregnant 7 bulan, baby kita akan stop menyusu dengan sendiri sebab rasa dah lain kan. kata doc kai la. tapi tengok baby gak la kan.

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

ibu chiqamie : aah doc ada cakap kalau kita dah pregnant 7 bulan, baby kita akan stop menyusu dengan sendiri sebab rasa dah lain kan. kata doc kai la. tapi tengok baby gak la kan.

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

ibu chiqamie : aah doc ada cakap kalau kita dah pregnant 7 bulan, baby kita akan stop menyusu dengan sendiri sebab rasa dah lain kan. kata doc kai la. tapi tengok baby gak la kan.

Nigina said...

betul dik... anak akak ni umur 2 tahun 6 bulan dan akak tgh mengandung 26 minggu... biasalah doktor kerajaan kat sini marah jika akak menyusukan anak akak tapi ada akak kesah.. akak selalu berdoa dan tawakal supaya kedua duanya mendapat zat yang sama... alhamdulillah sampai skrg still ok kandungan ni... cuma breast kita dia pedih sikit .. biasalah waktu mengandung breast kita sensitif sikit...

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

aah kak sensitif, skang ni pun sama gak bila bf akyd. insyaallah niat kita ikhlas allah pasti permudahkan. semoga semuanya selamat.