Showing posts with label penyusuan ibu. Show all posts
Showing posts with label penyusuan ibu. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Adik Akyd Kharamy

Salam semua, dah lama kai tak update blog. Serius kai sangat bz dgn anak n bisnes online. Alhamdulillah hari ni kai berkesempatan update.Kai dapat komen yang banyak menerusi entri TANDEM NURSING .
Ramai yang berteka teki kai sedang mengandung anak ke dua, ada juga kawan blog yang email kai bertanyakan hal ini. Tapi rasanya kawan2 fb or twitter ada yang dah tau, yup kawan2 blog semua kai sedang mengandung sekarang. Usia kandungan kai dah masuk 6 bulan hehe. Bukan niat nak sembunyikan hal yang baik ni, cuma kai mmg takde masa nak update blog. Yup!! time kai post entri tandem nursing tu, kai baru je mengandung. Kai memang perlukan pendapat dari ibu2 di luar mengenai tandem nursing. Alhamdulillah kai masih menyusu anak kai Akyd Kharamy. Niat kai akan terus menyusu Akyd sehingga lah dia sendiri yang TAKNAK. Alhamdulillah suami menyokong kai untuk teruskan penyusuan ini. Memang tak dapat dinafikan memang penat sangat bila tandem nursing. Sebab tu kai dah mula campur susu ILHAM awal kai mengandung.Ikutkan hati kai mmg taknak campur susu tapi badan kai mmg tak larat sangat nak menyusu Akyd memandangkan kai tak selera makan langsung time awal mengandung sampai usia kandungan kai masuk 5 bulan baru ok. Bayangkan awal2 mengandung Akyd menyusu dengan kai 5 minit sekali + breast pun sensitif awal2 mengandung hehe. Malam lagilah kerap menyusu. Bila ibu makan tak kenyang, so anak yang minum susu pun tak puas. Tapi kai bersyukur sangat, bila kai bagi je akyd susu Ilham tu dia terus suka n minum. Kai rasa sebab dia tak puas minum susu kai sebab tu dia okeh dengan susu Ilham. Kai masih meneruskan penyusuan, Akyd still nak bf .Kai rasa lega sangat hati akyd tak memilih susu,kalau tak susah juga nak cari susu yang sesuai. Oklah itu je yang sempat kai update, insyaallah ada masa kai akan update lagi. Banyak yang kai hendak kongsikan bersama anda semua. Jumpa lagi di lain entri doakan semoga Allah permudahkan kehamilan kai ini. Amin





Wednesday, February 23, 2011

Bayi sudah bersedia untuk makan??

Nenek BBKydd tak sabar nak suruh kai bagi  makan kat cucu dia ni hehehe, saba saba saba sebulan lagikkkkk cukup 6 bulan. Doc cakap kalau susu badan kena 6 bulan menyusu secara eksklusif. Tadi masa bawak Kydd cucuk untuk 5 bulan, tanya pendapat doc mengenai pemakanan bayi. Doc cakap boleh nak start bagi makan 5 bulan tapi kena tgk ketahanan perut dia, tengok najis baby. Tapi adalah lebih baik start bagi makan masa 6 bulan. Itu pun kena step by step. Korang boleh share dengan kai pemakanan bayi korang????

Kat bawah ni kai ada jumpa dalam Ratu Hati,  Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Makan :

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :

1.Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.

2.Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.

3.Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.

4.Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.

5.Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.

6.Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.

7.Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.

8.Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.

9.Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?

Kebaikan Untuk Bayi :

 1.Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.

 2.Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.

 3.Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.

 4.Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.

 5.Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.

 6.Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

 7.Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.

Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:

    *Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.

    *Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.

    *Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

Wednesday, October 27, 2010

Posisi Penyusuan Ibu

Mahu share bersama mereka yang baru bergelar ibu,mesti awalnya kekok nak bf BB. Harap post ini dapat membantu. Kai pun budak baru belajar,sama2 la kita berkongsi yek.



1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

3. Posisi Mendakap (Football Hold)

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

4. Posisi Berbaring (Lying Down)

Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.

Secara amnya:

1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari
2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut
4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu
5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok



sumber : momchoice.com

// Kai suka posisi no 4 kalau time malam hauhuahua :)