Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

USS Singapore

Parking kereta di Pulau Sentosa , get ready to USS...


Menaiki monorail ke USS Singapore.


Trademark USS Singapore, wajib ambil gambar depan Globe ni hehehe. If tak beli tiket pun takpe sebab globe ni dekat luar USS ;). Ramai orang bergambar kenangan di sini. Kena ikut giliran tau huhuhu.


Suka sangat bila dapat ambil gambar family dkt sini :). 'lega hati akyd nak bergambar hahaa'.


Dah masuk USS, teruja nya huuuuuuuuuuuu. Semua tempat nak bergambar.


Kitaorang semua dah sarapan siap2 dekat hotel, senang kan. Sampai terus jalan2 je n ada juga bawa bekalan dekat dalam beg hehe :).



Nasiblah time kitaorang pergi ni orang takde lah ramai sangat, so takde lah nak beratur panjang time nak bergambar ataupun main game.


Sempat bergambar satu family sebelum enjoyyyyyyyyyy!! 


Game adalah Madagascar, akyd je yang boleh naik. Alee tak cukup tinggi lagi sebab kena 92cm ke atas. Seronok juga dalam ni untuk budak n makbapak budak kekeke.


Ekceli kai tak join pun time ni sebab jaga Alee, time dah hbs pusing Uss dalam pukul 645ptg baru kai naik dengan adik2 kai n kitaorang merupakan orang terakhir kekeke. Tak sangka sempat juga :).


Lepas dah main game Madagascar baru decide nak sewa stroller untuk Akyd. Mulanya abahnya cakap tak perlu, tapi tengok Akyd ni nak berdukong je fuhhhhhh. Terus abahnya g sewa stroller 10dolar Singapore = RM25.00. Okehlah kan :). Kyd pun dapat hadiah Alex(lion) dari matehpateh nya. Happy anak huhuh.


Time dekat Madagascar, Alee dah lunyai. BF je terus lelap n transfer dalam stroller. Dekat bawah ni bergambar depan rumah Shrek.


Then ke Far Far Away. 


Berlari2 akyd n aaron ke waterworld. Tak boleh nak bawa stroller ke sini, kena letakkan stroller dekat luar kawasan waterworld. Tapi jangan risau tak hilangnya stroller tu.


Best dekat sini sebab dapat tgk action depan mata, selalu dlm tv je kan. Mulanya akyd taknak duduk tau ahahhaha, lama2 baru dia okeh n bila dah start dia xcited je tgk. 


Suami dan ipar duduk dekat kawasan bawah zon air , mmg kena sembur dengan air lah hahaha. Kai n adik2 duk dekat atas sikit.


Selesai sudah tengok, mmg enjoy.


Time ni perut dah berbunyi n dahaga. Alas perut dengan nugget & sosej yang kitaorang bawa tadi hehe. Suami cuma beli air sahaja 1dolar Singapore = RM2.50.


Suami dan ipar tgh beratur naik Jurassic Park. Kai tak naik pun sebab jaga anak2 hehehe, lagipun mmg takde hati nak naik. Nasiblah anak2 okeh je sambil tgu Abah n pakciknya.



Sempat beli botol air USS, berkenan dengan botolnya. Harganya kalau tak silap 11.90dolar+air 2 dolar singapore jadinya 13.90 dolar Singapore = RM34.75. Kalau nak beli botol sahaja pun boleh :).




Cantik kan.


Dah try habis buat muka yang sangat serius tapi boleh plak orang sebelah sana sengih hahaha.


Suamiku kenapa muncong bergambar kekekeke. Mungkin nak menunjukkan betapa tough nya badan dia kahkahkah.


Bergambar dulu sebelum masuk Transformer The Ride.


Kat sini mmg wajib bergambar juga :).


Game yang paling best skali bagi kai adalah Transformers The Ride.


Sakan menjerit dalam ni hahahah, mmg sangat2 enjoy!!!!!!!!!!!



AkydAlee menunggu di pintu luar :).


Baik je anak2 ni, bila bosan belari2 hehe. Semua dalam keadaan terkawal. Tapi tak lama pun beratur dalam ni. 

Sementara menunggu mereka semua enjoy di Transformer The Ride, kai ke Hollywood untuk tgk persembahan yang bermula jam 6petang (kalau tak silap). Time ni pun Alee & Aadra tidur hehehe. Muzik mmg kuat sangat tapi mmg tidur tak sedar diri hahaha. Akyd & Alee ada dekat depan tu dengan makciknya tgk persembahan. Siap joget lagi :).


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, sebelum balik sempat beli ole2 dari USS untuk buat kenangan. Tak tau bila nak sampai lagi kan. Bak kata abahnya tunggu akydalee besar sikit hehe. Insyaallah ada rezeki kitaorang datang lagi.


Lunyai dah muka masing2 huhuh.


Sebelum balik Johor singgah makan Sup Tulang Merah Singapore dekat Beach Road Garden, perghh terbaik. Mmg berbaloi2 hehehehe. Harga 30 dolar Singapore.




Thursday, January 9, 2014

JB - SINGAPORE 24NOV 2013

Alhamdulillah update juga ;p.

Sebenarnya percutiaan ke JB-Singapore ni takde dalam list pun. Ia berlaku tiba-tiba hehehe. Adik kai ajak sebab nak meraikan birthday anak dia Aaron n nak ke USS enjoy huhuh. Awalnya macam taknak follow ;p.
Tapi fikir punya fikir last minute juga suami baru on nak ke sana.

3 hari sebelum bertolak baru buat passport AkydAlee dan renew passport kitaorang. Kos Untuk passport anak sahaja 2orang * RM80, dewasa 2orang*RM100. So untuk passport sahaja RM360.
Tiket masuk ke USS pula beli online melalui website harga RM162 untuk seorang sebab ada diskaun 10% untuk maybank card. So 2 orang RM324. Akyd n Alee free,4 tahun ke atas baru bayar.

Kitaorang tidur dekat Bayu Marina Resort, ambil apartment 2 bilik. Besar dan selesa mmg puas hati. Kalau tak silap kai harga dalam RM320 semalaman.


Hari pertama sampai Johor pergi lunch dulu, then terus masuk Singapore. Destinasi pertama dekat Marina Bay Sands. Terpegun mmg cantik sungguh kapal atas bangunan tu. Lepak di Coffee Beans minum kopi & makan sandwich dlm 28 dolar Singapore = RM70 hehehe. Then terus gerak balik Malaysia eceehhh ;).




Tapi kan apa yang best dekat singapore ni,jalan mmg tak jem langsung. Trafik berjalan lancar padahal dekat mall ramai orang n bila kitaorang pusing2 nak cari parking dkt Orchard Road pun semua parking penuh. Bertolak balik ke Johor dalam pukul 8 malam untuk elak daripada mengadap jem.

Sampai apartment lunyai anak beranak hahaha penat sangat.



Esoknya lepas je sarapan terus gerak ke USS Singapore, ops jangan lupa beli AUTOPASS (wajib beli). Semalam time masuk singapore tak beli pun rupanya AHAD FREE (kitaorang tak tau dah kelamkabut mencari autopass,banyak membazir masa di situ).



Xcited sangat bila sampai USS,asyik bergambar je :).  Esok kai update pic dekat USS ye, anak2 kai dah bangun dari tidur.

CU.

Monday, March 25, 2013

Gold Coast Morib


Percutian yang sangat menarik bersama keluarga dan kawan2. Taman tema taklah besar sangat tapi bagi kai sangat OK. Itu pun kai tak main pun gelongsor hehe ,mandi n main2 dengan anak je. Sempatlah pulak nak bergelongsor kan haha.

Seronok tak? seronok tak? Soalan yang biasa orang akan tanya hehe. Bagi kai yup,seronok. Berapa harga bilik dia? Kalau tak silap kai dalam website GOLD COAST dah campur cukai 190.00 untuk weekdays. Tapi lagi untung kalau beli Voucher. Macam kai,  pertengahan bulan 12 dah beli Voucher dekat Streetdeal.my. Time tu promosi RM150 termasuk sarapan dan dinner serta tiket ke taman tema untuk 2 orang. Anak2 kai free lagi sebab bawah umur 3 tahun. Kai memang sengaja pilih bulan 2 baru ke Gold Coast sebab time tu Alee dah 5 bulan. Perancangan awal kononnya nak celebrate Anniversary kat Gold Coast tapi memandangkan Alee kecil lagi kitaorang postpone.

RM150.00 satu malam memang berbaloi. Kai plak dapat bilik view Taman Tema. Bilik kat sini mmg best,besar n setiap bilik ada jakuzzi. Best berendam dengan anak2. Anak2 pun seronok je main  air termasuklah Alee. Kai pakaikan dia neck float so dia happy je terapung dalam jakuzzi.

Tiket masuk untuk ke Taman Tema Gold Coast Morib ni untuk kanak-kanak RM20, dewasa pula RM35.00. Bufet Dinner kat sini RM40 seorang n kalau Bufet Breakfast tak silap kai RM25. So sangat untung kalau beli voucher yang siap pakej makan. Lagipun makanan kat sini sedap tau,mmg puas hati,makan la sepuasnya. So tak perlu nak keluar dari sini pergi cari makanan. Kai pergi weekdays so taklah ramai sangat orang. Tak perlu berebut nak makan. Ada kawan yang pergi weekend, katanya orang terlalu ramai n makanan cepat habis.

Satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah ATV ride, RM20 untuk 10 minit kalau tak silap kai. Kai tak naik pun, suami dan kawan2 dia jer.

So Kesimpulannya enjoy untuk percutian beramai2 n kalau nak puas hati bergembira pergilah  hari biasa hehe. CU olls next entri. Pic n video di bawah :).









VIDEO AKYDALEE