Showing posts with label my baby. Show all posts
Showing posts with label my baby. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Alee Khaeyr dah naik pangkat jadi Abang

Alhamdulillah Alee dah jadi abang, kalau tak dialah yang paling bongsu. Dapat adik perempuan lagi, syukur sangat.


Ops btw jangan salah faham, kai tak pregnant pun lagi hehehe. Alee ni baru je 8 bulan hehehe, tgu lah Alee dah dapat kaki ke okeh lah kan kekekeke ;p.

Hurm Adik kai selamat melahirkan baby gurl yang sangat comel hari Sabtu 8/6/2013. Gebus sangat baby, ya Allah bestnya suka sangat. Semoga baby mokcik membesar dengan sihat dan sempurna amin.




Thursday, March 21, 2013

Makanan untuk Baby 6 Bulan

Xsabarnya nak bagi Alee Khaeyr makan. Kalau kai baca kat  babycenter.com, Alee memang dah menunjukkan minat nak makan. Esok dah masuk 6 bulan wehuwwwwwwwwwwww

Tanda2 anak sudah bersedia hendak makan (sumber babycenter)
- Dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang.
- Dia akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya.

(Sumber Sarakids)

Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)

Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar.

Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifatlikat dan melekitnya.

Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu

** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**

Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)

Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. ( Ni fav Akyd Kharamy, memang dia nak makan kentang je)

Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu

Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat).
Bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan.  Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya.a

Apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan!

Tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:
Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella
susu lembu/dairy products
makanan laut
kekacang
citrus food
yeast, cheese (keju)
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)

 // Yey!!!! xsabar

Tuesday, March 19, 2013

Aquaria KLCC

my jantung hati Akyd Kharamy #2y5m & Alee Khaeyr #5m23d


Selalu hari minggu kalau tak lepak kat rumah bawa Akyd & Alee ke playground. Tapi kali ni bawa anak2 ke Aquaria KLCC. Tiket nak masuk Aquaria untuk dewasa hari minggu RM38.00,anak2 free (bawah 3 tahun).

Sebelum ke KLCC kitaorang dah siap topup Touch n Go kot2 orang ramai boleh la touch sahaja. Tapi boleh plak hari tu ,touch n go Aquaria out of service. Nasib la orang tak ramai sangat kan. Maybe orang ramai serbu Matta Fair.

Masuk je ,ikan yang first skali ialah Piranna. Teruja anak hehe. Bukan anak je makbapak pun. Akyd memang suka fish, xcited dia. Dia takut tgk snake la,bukan Akyd je ahahah kai pun sama tak berani nak tengok. Btw kat dalam Aquaria ni panas tau, berpeluh2 anak huhuh.

piranna u olls

nak dukong

Hurm sebelum masuk tunnel,Alee dah merengek. Terus transfer Alee dari stroller ke Bjorn, dia nak tidur.
Abangnya plak xnak masuk dalam tunnel. Menangis takmo herannnnnnn. Rasanya sebab macam gelap kan, dia rasa macam tak selamat kot. Drama kejap la dalam tunnel tu hahahaa.
Teruja kai tengok shark!! Besawwww bak kata orang Melaka ;).



kyd menyanyi lagu spider time ni haha ;)

Secara keseluruhannya (mcm buat rumusan plak kan haha), kai rasa seronok g Aquaria bawa anak2. Satu pengalaman yang baru. Insyaallah lepas ni boleh plan ke tempat lain plak. Maybe Taman Burung.

CU olls di lain entri,btw time ke Aquaria ni kai pakai hadiah birthday dari Suami. Finally idaman hati TQ so much sayang.



Boleh tgk video yg sempat kai ambil di Aquaria.




// Sakit kaki oi berjalan dari KLCC nak ke Aquaria jauh gak,balik lunyai hahaha :)

Tuesday, March 5, 2013

Alee Khaeyr meniarap

Salam, lama tidak berblog. Masa sangat padat hehe. Btw ramai yang pm kat fb mengadu anak mereka lambat meniarap. Jangan risau setiap anak perkembangannya lain2. Janji anak itu sihat dan aktif seperti bayi lain itu dah bagus.

Alee Khaeyr start meniarap time umur dia 3m5d tapi betul2 dah pandai bila umurnya 3m11d. Kalau nak dibandingkan dengan abangnya,Alee lagi cepat. Abangnya Akyd Kharamy meniarap umur 4m. Orang cakap kalau budak ada abang atau kakak lagi cepat pandainya. 

Sekarang ni kai perhatikan Alee dah start angkat punggung dia. Maybe tengah belajar nak merangkak. Tapi tak sure la sebabnya meniarap masih ke belakang lagi hahaha. So ibu di luar sana jangan risau k,setiap anak lain perkembangannya.

Alee Khaeyr 5m10d


Jumpa di lain entri.


Friday, October 19, 2012

Pengalaman bersalin 22/09/2012

Apa beza bersalin anak pertama dengan kedua? Orang cakap anak ke dua senang bersalin sebab jalan dah ada kalau anak rapat dalam 1-2 tahun. Nak tau apa beza mari baca entri ni hehe.

check contraction baby 21/9

Next checkup kai sebenarnya time 39 minggu iaitu 24/9 hari Isnin. Tapi adik kai suruh pergi awal mana tau kot boleh bersalin sama birthday abang dia Akyd Kharamy. Mesti korang semua hairan kan macam mana boleh sama tarikh lahir abang dengan adik. Ada yang tanya rancang ke?? Sebenarnya semuanya ketentuan Allah. EDD kai sepatutnya 3/10/2012. Kai pergi check up awal sket 21/9 iaitu hari Jumaat.

2 minggu sebelum tu mmg doc ada cakap next checkup kita akan check contraction baby n akan check bawah. Kalau dah bukak dia akan suruh bersalin je sebab risau nanti kalau lambat baby makan najis plak. So mmg masa kai checkup 21/9 tu dah ada contraction n diaorang seluk bawah dah bukak 4cm. Doc mmg tak pelik kai tak sakit sebab pengalaman time Akyd dah bukak 6 cm baru rasa sakit tu pun sebab masuk air hohoho. Masa doc zul scan baby mmg kepala dia dah kat bawah,dah ready nak keluar huhuh. Doc tanya awak nak bersalin sekarang tak???? ohoiiiiiiiiiiiii terus cakap 'doc saya tak bersedia lagi,kalau boleh saya nak berehat dulu.' hahahah cuak plak tetiba kena bersalin haha. Then doc cakap tak kisah kalau awak nak bersalin minggu depan pun takpe,tapi nnt baby besar plak susah awak nak push nanti. Hurm kai cakap okeh saya nak bersalin tapi bukan hari ni. Kai cakap kat doc 'kalau saya nak bersalin esok boleh tak doc.' Doc cakap esok dia ada hal kalau nak datang kena malam. Terus terpk kalau malam dah nak masuk 23hb.  Then kai cakap 'oklah doc saya bersalin hari ni, tapi saya datang malam boleh?'. Doc cakap kul 12mlm awak datang admit okeh. TERUS SETUJU sebab dah masuk 22hb :) !!!

Kai sampai pusrawi KD 12.30 malam. Sebenarnya lepas je balik dari pusrawi siang tu,kai cuba untuk tidur tapi tau tak mata ni mmg tak boleh lelap langsung. Kesian suami dah urut kepala la kaki la tapi mata takmo lelap. Suami kai risau kot kai takde tenaga nak push nnt. Time kai ke Pusrawi Suami,anak kai Akyd,Ma n adik kai yang bongsu teman. Paling kelakar akyd taknak masuk langsung bilik kai tu hahaha. Dia nak duduk kat luar je,pelik kan. Sampai je diaorang check contraction n seluk bawah lah. Still 4cm gak, diaorang suruh tukar baju tunggu doc sampai. Sebelum bersalin kai peluk Akyd kuat-kuat sedih plak, malam tu tak boleh tidur dengan dia. Harap kyd okeh sebab first time tak tido sama2 huuuu. Doc sampai dia terangkan pasal bersalin. Dia cakap dia akan masukkan ubat dulu kat bawah (induce),katanya untuk nipiskan pintu rahim. Then pukul 7 pagi dia akan masukkan air plak,katanya dalam pukul 9pagi kai akan bersalin. Lepas je doc masukkan ubat kat bawah tu, suami kai hantar kyd,ma n adik kai balik rumah sebab bersalin lambat lagi.Sedih berpisah dengan Akyd,harap kyd okeh sobs.

Pukul 1.30 pagi kai kena induce,doc pesan kalau sakit sangat picit loceng. Hurm so puas gak la nak lelapkan mata kekononnya nak kumpul tenaga. Suami kai macam biasa dia urut kaki n picit kepala kai suruh tido tapi macam tak tidur je,risau agaknya hahah. Tapi suami cakap kai mmg ada terlelap kejap hehe. Suami kai pun tidur kat bilik tu jugak,dia pun kena ada tenaga gak hehe. Dalam pukul 3pagi perut kai mengeras. kejap mengeras kejap okeh. Sebenarnya kai tak tau pun tu la sakit nak bersalin hahahaha. Time sakit tu boleh whatsapp dengan adik kai Kakteh tanya pasal Akyd. Akyd tak tido lagi pukul 3 pagi dia main car dia. Sedih kai siap nangis,tapi nangis perlahan je sebab takut suami terjaga. Serius perasaan sayu tak dapat tidur dengan kyd,sedih oiiiii.

Hurm 3.30 pagi kai sakit perut nak membuang air besar. Duduk je atas jamban terus buang hahaha takyah teran. Pelik plak rasa kekke. 4 kali ulang alik g jamban membuang air besar dan kecil. Terpk ma kai cakap kalau asyik nak terberak terkencing tu tandanya nak beranak la. Tak lama lepas tu perut kai mengeras lagi kerap rasanya 5 minit sekali. Kai terpk ni kot contraction terus picit loceng. Then nurse datang dia suruh g labor room. Ya Allah nak berjalan rasa mmg seksa sangat. Rasa macam ada benda nak jatuh je,terkepik je jalan huhuh. Bila seluk dah bukak 5 cm time tu pukul 4 pagi. Nurse cakap bila2 boleh bersalin ni,enh! yeke! bukan pukul 9 pg ke baru bersalin. Doc datang nak pecahkan air ketuban,doc ambil satu alat rasanya warna putih,panjang macam pembaris kalau tak silap. Kai siap tanya apa tu doc??? Sakit tak kalau doc pecahkan??? Anak pertama air ketuban pecah sendiri,kali ni doc pecahkan aaa takut plak. Doc cakap sakit sket je,lagi cepat baby turun. Ye mmg sakit sket je hehehe. Awal contraction mmg boleh tahan lagi kat labor room tu, nurse tu tanya nak tak ubat tahan sakit yang cucuk kat punggung. Kai cakap takyah sebab boleh tahan. Tapi kan bila nurse keluar je dari bilik, Ya allah sakitnya mmg tak boleh tahan. Terus cakap kat suami nak cucuk nak cucuk nak cucuk. SAKITTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!! Nurse datang terus cucuk punggung kai,katanya ubat tu akan buat kai rasa mamai. Sakitnya sakit sakit tak boleh nak tahan,asyik pegang tangan suami. Bukan pegang tapi genggam kuat2 confirm suami sakit tapi dia tahan kekeke. Mintak suami urutkan belakang setiap kali sakit datang.

Ya Allah setiap kali dia datang,rasa macam aaaaaaaa tak tahan huhuhuh. Ubat tu plak lambat memberi kesan hadoiiiiii. Mintak suami ambilkan air akar fatimah, hampir terlupa nak minum hehe. Lepas kai minum terus rasa nak terkencing ,nurse cakap kalau nak terkencing ke terberak je buang je kat situ. Bila rasa nak terkencing tu terus rasa nak terberak hahaha. Kai cakap saya nak berak. Terus kai meneran,nurse cakap jangan jangan lagi. Kai cakap sakittttttttt tak tahan. Diaorang seluk katanya dah boleh pushhh!!! sebenarnya kai tak berapa dengar diaorang cakap dah boleh push. Suami yang kat sebelah cakap push push. Kai sebenarnya rasa nak meneran berak haha. Diaorang kangkangkan kai seluasnya,suami pegang lutut kai supaya kai tak kepik haha. Tau tak kai mmg sedar sangat apa yang berlaku, malu kot kena kangkang hahahaha. Ubat yang cucuk kat punggung tu tak sempat meresap lagi hadoiii huhuh. Suami kat sebelah yang bg arahan cakap sayang push sayang. Kai cakap sakitttttttttttt sayang,sakit. Rasanya kai ada jerit diaorang cakap jangan jerit geget tudung. Kai mmg geget tudung kuat2 menahan sakit. Kai peluk suami kai dari belakang sekuatnya pushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh satu kali,xberjaya. Ya allah sakit nya nak bersalin, sakit sangat hampir tak tahan. Nurse cakap jangan peluk suami,baringkan badan bagi lurus. Aaaaa tak boleh nak baring sakit sangat,kai kena peluk suami gak untuk bagi kai tenaga nak push. Sekuat hati peluk suami kai. Diaorang suruh tarik nafas dalam2, push kali kedua pushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Nurse cakap dah nampak kepala push je lagi. Suami cakap sket je sayang dah nampak tu jangan lepas nafas, kai push sekuatnya alhamdulillah meluncur Alee Khaeyr keluar jam 5.11 pagi ,legaaaaaaaaaaa alhamdulillah.

Dua kali push baru keluar syukur sangat. Lepas baby selamat dilahirkan,diaorang keluarkan tembuni plak,sakit gak ohoii. Lepas keluarkan tembuni doc keluarkan darah beku plak. Time jahit doc bius,oklah tapi rasa gak sakitnya. Pengalaman bersalin kali ni sakitnya memang sekejap kalau nak dibandingkan dengan Akyd ,3 jam dalam labor room. Lain anak lain pengalamannya huuuuu. Agak2 kalau anak ke tiga nak cucuk epidural boleh tak? hehehhe. Oklah sampai sini je yang kai nak kongsikan.

ALEE KHAEYR BIN AZMAR 

Wednesday, October 17, 2012

Selamat bersalin,alhamdulillah

Assalamualaikum semua, dah lama kai tak update blog. Perkembangan terbaru, kini kai dah ada 2 orang anak hehe. Alhamdulillah kai selamat melahirkan anak kedua baby boy pada 22.9.2012 jam 5.11 pagi secara normal. Berat baby 2.85kg. Syukur semuanya berjalan lancar dan yang paling menggembirakan tarikh lahir anak kedua kai sama dengan tarikh lahir abangnya. Anak kedua kai diberi nama ALEE KHAEYR BIN AZMAR. Maksud nama anak kedua kai; ALEE ataupun dalam ejaan lain Ali adalah yang mulia dan tinggi kedudukannya. Manakala maksud KHAEYR ataupun khair adalah kebaikan dan kebajikan. Semoga ALEE KHAEYR menjadi seorang yang mulia dan tinggi kebaikan serta kebajikannya dan menjadi anak yang soleh.Doakan semoga kai dan baby dalam keadaan sihat ye,kai masih dalam pantang. Insyaallah jika berkesempatan kai akan kongsikan pengalaman bersalin anak kedua. Kat sini kai share kan pic baby untuk tatapan kawan blog. Jumpa lagi di lain entri.

Tuesday, June 19, 2012

Baby Car Seat cum Carrier

Salam kawan2 semua, kai sekarang tgh survey car seat yang sesuai untuk bayi yang baru lahir. Time Akyd, kai mmg tak pakai pun car seat. Bila anak dah masuk dua ni baru terfikir nak beli tapi bukanlah untuk kyd tapi untuk adiknya. Awalnya nak beli untuk kyd tapi rasanya dia taknak duduk kot dalam tu. Tunggu dia tgk adik dia punya car seat dulu if kyd berminat baru belikan untuk dia. Kai nak cari car seat yang macam baby carrier tueh. Kiranya boleh angkut bawa keluar dari kereta if nak pergi klinik ke,makan ke ataupun time baby tidur. Kai rasa senang kot kalau macam tu bila dah ada anak dua orang ni. Buat masa ni kai ada survey brand Halford Elite Classic carseat cum carrier. Harga pun berpatutan tak silap kai dalam RM329.00. Boleh pakai dari new born hingga 13kg.


 Hurm kai berkenan gak brand Maxi Cosi harga dalam RM699.00 dari new born hingga 13kg.


Hurm kalau untuk Akyd plak, kalau dia ok nanti kai nak belikan dia Halford premier zeus plus. Brand Halford ni bagus sebab dia cover insurans skali kalau tak silap kai setahun ke dua. Lupa la hari tueh ada tanya kat mothercare hehe. Car seat ni pun okeh boleh pakai dari new born sampai umur 4 tahun cuma tak boleh angkut bawak keluar kereta la ehehehe :).



Buat masa ni 2 brand ni je yang berkenan dihati. Kawan2 ada cadangan ataupun pendapat tak? kalau ada jom kongsi dengan kai. Kai ni kurang tahu sket pasal car seat ni hehe. Ok sampai sini dulu, salam.


Saturday, May 5, 2012

Yukid Curve

Salam semua, pernah bawa anak korang ke sini tak??? Kai baru 2 kali ke sini, yup semestinya anak bujang kai tu sangat Xcited. Kalau Akyd xcited kai lagilah double xcited hahaha + jeles kekekekek. First time kai ke sini dengan kawan baik kai, Ila n Dya. Dah lama sangat tak jumpa diaorang, last jumpa Ila time kai ke Perlis n last jumpa Dya time birthday Akyd hehehe. First time keluar berdua je dengan kyd ke curve tapi abahnya hantar la hehehehe. Dia okeh duduk dalam stroller tapi tak boleh berhenti la nanti dia boring. So kai bincang dengan kawan lepak kat Yukid,kawan baik kai pun ada anak sorang gak. So rasanya mmg sangat sesuailah tempat ibu n anak melepak kekekeke. Sambil tgk anak main kitaorang berborak sakan, lepas rindu hehehe. Korang boleh tgk pic kat bawah ni, betapa seronoknya anak bujang kai ni hehehehe.


main belon seronok, dia panggil belon "ball,ball,ball" hehe

penuh bola seronok taw

Akyd letih lepas lompat2 dalam ni, rehat jap hahah selamba je kan ;p

ni fav pic kai hehehe cute tak???

Kebetulan time main kat sini, nampak Sazzy Falak n anak kembarnya Iman Lily dan Tiara Rose. Sazzy Falak tak sombong taw + comel orangnya. Sebelum ni Akyd takde la heran sangat dengan mainan kat bawah ni tetiba je dia datang kat situ n nak naik kat tempat anak Sazzy duduk tueh. Selamba je tau hahahahahaha. 'Pandai ye akyd nak ngorat kekekeke'


cute kan diaorang
So memang sangat sesuailah kalau untuk IbuBapa yang anak dah pandai berjalan untuk bawa ke sini. Kalau yang masih merangkak rasanya tak sesuai sebab permainan tak banyak pun yang sesuai. Trylah survey :)

kai with dya darling
ila darling,dari perlis tau. kebetulan ada kursus hehe

Lama jugalah kitaorang lepak kat dalam ni dalam 3 jam kalau tak silap kekekeke. Sampai Akyd dah lunyai kekekeke. Memang plan bagi dia puas main, so kalau nak balik pun dia okeh je hehehe.

nampak tak Akyd muka redha je hahahaha,penat tu

Okeh darling Ila n Dya ada rezeki kita jumpa lagik. Rindu sangatttttttttt.


mwahxxxxxxxxxx


Kali ke dua, baru je pergi minggu lepas dengan kawan kai Zila, dia pun ada anak sorang gak. So time ni suami masing2 join. Akyd seronok jugak time ni, tapi rasanya agak kurang seronok compare first time pergi. Maybe dia xlarat sangat sebab sebelum keluar dia muntah. So lepas ni kai plan nak bawa Akyd ke tempat lain plak, abahnya cakap Akyd dah boring kot kat Yukid keekkeke sebab baru jugak pergi kan. Maybe la kot.
happy :)
zila ni my regular customer since aweknona collection now dah jadi kawan :)

asyik baring je dalam ni, penat rasanya kekekeke

Kai suka pic kat bawah ni hahahaha, kai pun mengambil kesempatan untuk merasai keseronokkan bersama Akyd hehehe. Best sangattttttttttttttt!!!  Ops btw sekali masuk untuk budak RM30.00 (weekend) RM25(weekdays). Okla kan mainlah sampai tak larat hehehehe. Ibubapa free je masuk :). Try la bawa anak korang ke sini, mesti diaorang happy n lunyai hehehe. Ok u olls anything boleh tinggalkan komen kat sini ye.

sweet tak???

Kat bawah ni kai upload video yang kai sempat rakam masa first time pergi :)


Wednesday, February 29, 2012

Akyd Learning ABC Song

Baru berkesempatan nak update blog,rasanya dah lama mendiamkan diri hehehe. Sory la lately ni kai bz n tak berapa sihat. Kat bawah ni kat letak video anak bujang kai, Akyd Kharamy :)
Time ni Akyd 1 tahun 4 bulan




Wednesday, February 8, 2012

1 tahun 4 bulan



Seminggu selepas kyd masuk setahun 4 bulan, banyak perubahan pada kyd. Paling drastik, dia dah nak tido dengan abahnya. Sebelum ni jangan mimpi la abahnya dapat tido berpeluk dgn anak bujangnya tu kekeke. Kena peluk kejap pun meronta2 n nangis nak pergi ke Kai. Yup mmg terkejut sangat sbb dia sendiri pergi ke Abahnya n tido atas badan abahnya. Kembang hidung abah hahahah. Bangun pagi pun dia tak kisah kalau kai takde janji abah ada. Sebelum ni minta maaf la kalau bangun takde kai kat sebelah berdrama lah dia. Yup anak ibu n abah dah besar. Sekarang ni kalau nangis cari abah,wahhhh nak abah pujuk. N nak tau tak???? kai jeles huwaaaaaaaaaaaaaa :( :( sobs sobs sobs.
Erm n nak tau tak, kyd sekarang dia nak minum FM. Kai bagi FM ILHAM, susu terapi al-quran. Sebelum ni mmg tak nak langsung. Fav dia cuma vitagen jer. Kai saje bagi dia FM sebagai makanan tambahan dia. Alhamdulillah dia bleh terima, adalah dalam 100ml sehari dia minum. Dah besar ni ha baru pandai guna botol susu hahaha padahal botol susu ni la barang pertama kai beli barang pregnant kan Akyd hehehe. Tapi jangan salah paham kai still bf dia sampai umur dia 2 tahun insyaallah. Semoga Allah permudahkan perjalanan itu.




Hobi kyd sekarang membaca ABC,alif ba ta. Walaupun berterabur tapi okeh juga ada dengar bunyi2 tu hehehhehe. Sebutan2 yang kai paham bila dia cakap ; nak nak nak ,ball (boll),no no no no,air,cat (miawww). Suka sangat dengan tayar ataupun barang yang boleh berpusing2, tak kisahlah apa pun janji dia bleh pusingkan. Kekadang tgh berjalan kat mall, nampak tayar stroller orang nak terkam je hahahaha.


Sekarang abahnya ajar kyd duk seat belakang kalau kitaorang keluar jalan2. Kyd duk seat belakang kalau g tempat dekat je la, jauh bahaya plak kan hehehe. Dia pun ok jer, redha je hehehehehe. Gud boy Akyd Kharamy.



Yup Akyd dah besar, nampak sayangkan adik maksudnya baby aaron. Kalau aaron nangis je dia cepat2 tepuk tak pun dia ambil tangan kai minta tepuk badan aaron. So sweet. Maybe dah bleh bagi adik kat kyd kekekekekee. Umur pun bukan muda lagik ;) Later berblog lagi. mwahx




Thursday, January 12, 2012

THE WINNERS-BABY CONTEST BY ANNAS EASKEY

ini lah pic bertuah itu ^__^
Salam semua, kai baru je lepas email Annas details Kyd. Alhamdulillah cubaan pertama join contest di FB akhirnya berjaya, syukur n terima kasih kepada kawan2 yang like n terima kasih juga kepada Annas yang telah pilih Akyd Kharamy. TQ. Klik sini nak tau pasal contest tu ANNAS EASKEY

'Tuah ayam nampak dikaki Tuah manusia siapa yang tahu'. Awalnya kai tak tau pun yang Akyd terpilih dalam folder like tueh sebab sebelum ni kai ada tgk tapi takde pun. Tetiba hari tu nak bukak page Annas n rupanya Kyd dah pun telah disenarai pendekkan 83 orang hahahahaa. Annas upload pic Akyd 21Nov2011 dan kai baru perasan pada 19Dec2011 kahkahkahkah. Terus share kat fb kai n alhamdulillah ramai yang like. Tiada paksaan dalam 'LIKE' pic Kyd. Jika rasa Akyd Kharamy layak bolehlah like. hehehee TQ TQ TQ u olls.


Siapa Annas Easkey??? Mesti ramai yang tertanya2 kan. Annas Easkey ni photographer muda yang tengah meletop skang ni. Bukan meletop sebab gosip2 okeh tapi sebab hasil kerjanya yang sangatlah hebat.Kalau tak caya bleh la tgk blognya tak pun ke fb.Kai sangat Xcited nak jumpa Annas hahaha Xcited nak tgk Akyd di shoot oleh talented photographer ANNAS EASKET yeyy!!!!


 

COPY DARI BLOG ANNAS
'ok, banyak masa lagi and annas boleh buat macam2 entri lepas ni sebab dah free, utjk entri kali ni annas nak umumkan pemenang bagi BABY CONTEST BY ANNAS EASKEY 2011, suke ke tidak? and berita gembira! annas dah pilih 4 pemenang bukan 1 tapi empat! suke ke tidak??? yes empat pemenang! hahahahah! supriseeeeee! setiap pemenang annas akan buat satu konsep! yang meletop dan kebabom! ok? kat bawah ni annas senaraikan nama-nama pemenang dan gambar mereka! mereka sangat comel! terlalu comel!'




Friday, January 6, 2012

Imej Baru 2012

Salam semua, bertemu di entri pertama D tahun baru 2012. Bz tak berkesempatan nak update later kai update azam 2012 k hehehe. Yessss!!! kat bawah ni pic Akyd berwajah baru hahaha, rambut tu kai yang gunting sendiri dalam toilet n kat depan tv hahahaha. Awalnya nak g salon ecehhh kononnya, lastly gunting sendiri je bukan susahpun rupanya, cuma tak berani je kekekekeke. Gunting jugak sebab neneknya dah bising hahaha + ada yang slalu ingat Akyd gurl kekekekeke. Cu later mwahx.



SEBELUM



SELEPAS DIGUNTING INI LAH HASILNYA.....


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Bertambah bergaya tak? hahahahahha apa kata anda??? ;p









kemek telinga pakai spek besar haha, nnt ibu belikan untuk kyd okeh :)






Tuesday, December 20, 2011

Video Akyd dari meniarap,merangkak dan sekarang dah boleh berjalan

Belajar meniarap...




Belajar merangkak...




Belajar berjalan sambil pegang sofa




Baru belajar berjalan dengan sendiri tapi masih tak stabil (laju sangat jalan)




Baru je mula berjalan dengan sendiri, terkedek-kedek jalannya




Alhamdulillah dah mula yakin berjalan dengan sendiri..








//cepatnya masa berlalu dulu kecil je sekarang dah pandai macam-macam. Ibu doakan semoga anak ibu menjadi anak yang soleh


Ada banyak lagi koleksi video Akyd Kharamy, boleh ke link VIDEO KYDDARL





Tuesday, December 13, 2011

Allahuakbar

Yey Alhamdulillah dapat juga ambil video Kyd, sebelum ni dah banyak kali try tapi tak pernahlah dapat. Kalau kai on je video dia terus diam takmo sebut. Takpun dia datang nak tgk video kat camera tueh. Sebenarnya kai dan suami selalu sebut 'Allah' kat Akyd tak sangka pulak dia ikut dengan jelas. First time dengar mmg terkejut hehehe, even Nenek dengan Aki pun terkejut gak kekekekeke. Yup sangat jelas sebutannya kalau nak compare bila time baby kekadang ada dengar juga Akyd menangis sebut 'Allah' hehehe. Kalau dia dengan azan automatik tangan letak kat telinga + dia akan sebut Allah hehee. Insyaallah semoga Akyd Kharamy menjadi anak yang soleh. amin

// kat bawah ni ada video Akyd :)






Wednesday, December 7, 2011

Anak Demam


Dah lama tak update blog, bz dengan family bz dengan anak yang tgh membesar sekarang ni. Minggu lepas Akyd tak sihat, demam.Akyd start demam hari Selasa lepas Nenek balik balik Kuantan hari Isnin tueh. Awalnya ingat demam biasa so hanya bagi ubat kat dia. Dalam masa yang sama lap kan badan dia dengan celah2 pelipat n letakkan kain suku basah kat kepala n perut dia. Selalunya Akyd demam dalam 1-2 hari jek. Tapi kali ni lama pulak. Hari Khamis siang dia dah kebah tapi malam demam balik. On Off demam nya, mintak makcik belikan ubat kat Pusrawi memandangkan Abahnya pun demam jugak. So membuat andaian Akyd berjangkit balik dengan Abahnya. Alhamdulillah hari Jumaat dia dah sihat, badan takde panas pun cuma selsema dengan batuk jer. Kitaorang mmg dah planning nak ke Penang. Tapi Jumaat malam tueh dah rasa macam panas sket, pk positif takkan demam balik. Kebetulan lupa nak bagi ubat sebelum tido. Pukul 5 pagi badan Akyd panas sangat, sampai ke kaki panasnya. Memang cuak sangat, terus tanggalkan baju dia basahkan muka,tangan n kaki dia. Lap2 badan dia dengan kain basah,macam tak ok je. Hati tak keruan sangat. Then masuk toilet letak dia kat bawah bagi dia main air. Walaupun dalam keadaan mamai, Akyd ni kalau bab air mmg suka sangat hehehe. Alang2 dalam toilet kai terus mandikan dia pukul 6 pagi. Siap mandi terus bagi makan ubat n tidokan dia. Pakaikan baju nipis n pampers je. Cakap kat asben buka je klinik terus g Pusrawi. So kai mmg tak lena nak tido tunggu je Akyd bangun dari tido,badan dia still panas. G check doc suhu dia 38.6, tinggi kan. Doc ada bagi ubat masuk kat punggung incase kalau tgh malam panasnya naik mendadak. Seram je doc ni cakap macam tueh.Terus kitaorang batalkan hajat nak ke Penang, so sorry sahabat keadaan tak mengizinkan. Balik rumah,kai mandikan dia lagi n biar dia main air.  Then bagi dia minum air masak banyak sikit. Malamnya still demam tapi takla panas sangat. Even dia demam,Akyd aktif. Doc cakap maybe demam virus ataupun demam urat. Mungkin jugak sebab minggu lepas 5 hari ulang alik ke Pusrawi menunggu makciknya bersalin.  Ahad demam Akyd dah mulai okeh, kitaorang ambil neneknya yang baru sampai dari Kuantan. Syukur sangat Ahad malam, Akyd dah sihat sepenuhnya cuma ada selsema n batuk sket. Akyd ni rindu nenek ke??? Kebetulan kot jumpa nenek terus sihat hehe. Tapi sesungguhnya pengalaman ni sangat baru untuk kai. Hati memang tak tenang bila anak tak sihat terutamanya demam. Ahad petang kai balas dendam tido hahahahaha, tq Sayang tolong jagakan Akyd Kharamy time kai tido ;p.

hurm.. macam mana plak dengan pengalaman korang anak demam??

// next entri kai update pasal makcik Akyd bersalin, baby boy syukur alhamdulillah.



Monday, November 14, 2011

Masa cepat berlalu

Dulu kecil jek, baby baby baby Kyddarl panggilan manja acer kononnya hehehe. Now dah besar dah budak kecik ni, dalam proses belajar berjalan hehe. Akyd ni dia berjalan dulu baru belajar berdiri lama haha sekarang plak tengah belajar nak berdiri dengan sendiri. Pelik kan kahkahkahkah. Yup seperti mana yang kita semua tahu setiap baby perkembangan nya lainlain. So ibuibu diluar sana jangan risau, lain baby lain perkembangannya. 

playroom Akyd

Akyd start melangkah umurnya 1 tahun 25 hari hehe. Yup kitaorang semua terkejut tetiba dia berjalan dengan lajunya hahaha. Time tu tgh tgk Tv saja dirikan dia, then dia melangkah 'terjeritjerit kai' hahahaha. Kat bawah ni ada video,dah lama upload kat youtube cuma tak update kat blog hehe. Later update blog lagik. Daaaaa












Thursday, November 3, 2011

Birthday Akyd Kharamy kat Kuantan

Dah lama baru nak update!!! hahahaha sori baru berkesempatan. Birthday Akyd ni buat skali dgn majlis doa selamat MaAyah kai nak g haji + doa selamat untuk makcikAkyd yang tengah sarat ehehe. Secara ringkasnya TQ nenek n aki yang sediakan pulut kuning untuk Akyd, tq makcik n makteh yang mendeco kan pulut kuning tueh hehehe. TQ kat makteh hias meja yang penuh choc untuk budakbudak yang datang ops!mak budak pun join makan skali hahaha. TQ kat kawan adek yang sangat sporting join game tiup belonnnnnnnnn n bantal beracun gitu hehehehe. Terima kasih bebanyak okeh. Buat eba n asben terima kasih sudi datang, n buat my bff mazni n anaknya tq so much walaupun baru balik kerja sudi gak datang rumah MaAyah kai sayang sangatsangat. Insyaallah tahun hadapan panjang umur kita celebrate lagik birthday Akyd Kharamy.

Selamat Hari Lahir sayang



















Btw kat bawah ni ada video Akyd...................







.


.


.


.


.


.


.

.