Showing posts with label akydKharamy. Show all posts
Showing posts with label akydKharamy. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

Akyd Kharamy 5, Alee Khaeyr 3, Amna Kamyla 1

Akyd Kharamy 5, Alee Khaeyr 3, Amna Kamyla 1

Terima kasih semua yang datang ke #akydaleeamnaparty, ada rezeki jumpa lagi nanti tapi tunggu ada next baby hahaha.

#akydaleeamnaparty kai buat dekat Jkids Encorp Mall The Strand. Kai buat 3/10/2015 lambat sikit sebab birthday diaorang bulan raya Haji hehe.

Akyd Kharamy 22/09
Alee Khaeyr 22/9
Amna Kamyla 2/9

Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan sempurna dan menjadi anak yang soleh dan solehah.






















Tuesday, December 16, 2014

Happy birthday Kanda Azmar

Alhamdulillah 16/12 khay n anak2 berjaya buat kejutan dekat suami.



Awalnya terfikir-fikir macam mana lah nak buat kejutan ni. Nak dinner dekat luar macam susah juga sebab birthday suami jatuh pada hari weekdays. Terus terfikir untuk buat dekat rumah je iaitu bila suami pulang dari kerja.

Terima kasih matehpateh nya sebab tolong belikan kek n belon gas. Khay hias ruang makan dengan belon dan banner. Alhamdulillah akydalee pun memang tak kacau pun n diaorg faham birthday abahnya. Akyd paling semangat, dia siap cakap tak sabar nak buat kejutan dekat abahnya. Makanan khay beli Nandos 'whole chicken'. Lapar tau hahaha sebab menunggu n tak sabar nak bagi suami terkejut.

Bila dengar sahaja suami buka pintu rumah, akyd terus menyorok bawah meja hahaha. Khay terus sambut suami macam biasa tapi kali ni minta suami tutup mata n pakaikan dia penutup mata hahahah.

Bawakan suami ke arah meja makan dan pakaikan dia topi hehe. Nampak comel sikit kan. Lepas tu baru minta suami buka penutup matanya n akydalee jerit surpise!!!!! Hahaha sweet akydalee ni.

Alhamdulillah suami happy. Semua berjalan dengan baik n akydalee paling tak sabar nak makan kek sebab dah lama diaorg tunggu hahaha.
Selamat hari lahir suami tersayang, semoga apa yang dicitakan menjadi kenyataan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.Saya, Akyd Kharamy, Alee Khaeyr dan Amna Kamyla sangat sayang awak. 

Friday, December 20, 2013

New Haircuts for my boys Akyd & Alee

Finally Akyd dah pun gunting rambut pendek, kali ni betul2 pendek. Sebelum ni pun pernah gunting rambut tapi taklah pendek 'sayanggggggg' haha. Dah lama pujuk suami kai  tapi suami tak bagi huhuh. Kata dia tunggu kyd dah besar baru gunting. Sebelum sekolah biar panjang,bagi puas tgk muka kyd berambut panjang. Dah banyak kali jumpa orang semua cakap dia perempuan walaupun dah habis dressup macam lelaki hahahaha. Muka jambu!!!!!!!!!

Tapi beberapa hari sebelum nak g singapore, tanya suami nak gunting rambut kyd. Tunjukkan dia gambar n suami kai terus je setuju hehehe. Wahhhh! kai apa lagi esok terus bawa kyd gunting rambut sebelum suami berubah fikiran haha.

Bawa kyd ke kedai gunting rambut dekat dengan rumah dengan ditemani Kakcik & Kakteh. Memang drama sangat, kyd menangis sepanjang gunting rambut + melenting2 xnak hahah. Sebelum g gunting rambut mmg dah cakap dengan dia n pujuk baik2 hehe. Dah janji lepas je gunting terus bawa dia pergi main playground.

Yup mmg lepas je gunting rambut bawa dia pergi main dekat Giant Kd,bagi dia hilang stress menangis time gunting rambut hehehe. Lawak kyd ni tau ;p.

Alee esoknya kai baru bawa g gunting rambut. Dia okeh je duduk diam time gunting rambut, kecil lagi kan hehehe. Akyd dulu pun okeh je, dah besar ni dia tak suka orang lain pegang kepala dia.

//Rambut baru time bercuti kat Singapore :)

AKYD KHARAMY BIN AZMAR

SEBELUM


SELEPAS




ALEE KHAEYR BIN AZMAR

SEBELUM


SELEPAS



// suka yang mana satu? sebelum ke selepas ;)

Wednesday, October 23, 2013

Rumahku Tempat Permainan Anakku ;p

Dah cukuplah belikan mainan untuk anak, bak kata Abahnya penuh rumah dengan toys anak. Tapi apa boleh buat biasalah dah ada anak mestilah ada toys kan. Kesian pula kat diaorang kalau takde apa nak main walaupun diaorang hanya main untuk beberapa minit je 'budak kan cepat boring'. Toys yang ada ni ada yang kai dan suami beli, hadiah yang kawan2 bagi time datang melawat AkydAlee baru dilahirkan dulu, hadiah birthday kyd time 1y n hadiah AkydAlee baru2 ni. Kumpul2 jadi banyak lah kan hehehe. Tu pun ada lagi dalam box dekat kabinet ruang main ke dua diaorang & ada yang dah simpan dalam kotak balik hehe.

Birthday AkydAlee hari tu, kai hadiahkan diaorang tent. Beli dekat Ikea RM49.90. Kai beli sebab sebelum ni selalu sangat ambil selimut lah bantal lah buat tent. Budak2 kreatif kan ;p. Akyd paling xcited bila dia buka hadiah yang kai bagi tu 'ibu ibu ibu tent, i luv tent'. hahahahahahhaa mmg tau pun kyd confirm suka punya. Alee kecil lagi dia pun happy bila tgk abang dia happy. Kai dan suami dah bincang nak cat bilik main diaorang tu, nak tukar kipas dll. Bagi selesa sikit, tgu lah ada rezeki lebih buat sikit2.

Toys fav Akyd sekarang dah tentunya Thomas & friends :).

Tips supaya anak tak bosan main toys

-Simpan balik toys dalam kotak, nnt kalau dia dah boring dgn toys yg ada buka je yang kita simpan dalam kotak tu. Confirm anak akan xcited sangat ;p















ok jumpa next entri.

//rumah korang pun mesti macam ni jugak kan. Ntah2 lagi penuh hehee ;)

Tuesday, October 8, 2013

Birthday Party Akyd Kharamy & Alee Khaeyr

Alhamdulillah terima kasih buat adik, ipar dan kawan2 suami dari Melaka dan kawan2 semua yang terlibat dalam meraikan hari lahir anak kai Akyd & Alee. Kai rasa terharu sangat sebab korang sudi luangkan masa menghadirkan diri ke birthday party AkydAlee. Terima kasih untuk hadiah, AkydAlee  sangat happy hehe.
Birthday Boy Akyd Kharamy 22/09/2010
Birthday Boy Alee Khaeyr 22/09/2012

Kepada kawan2 yang tak dijemput jangan berkecil hati, tempat terhad kai tak boleh nak ajak semua orang. Insyaallah ada rezeki kai jemput ye.


Kai pernah share caption dengan instagram, tahun ni Alee je yang akan potong kek. Memang betul pun sebab abangnya Kyd taknak, dia malu kot sebab semua orang pandang dia. Time nyanyikan lagu birthday pun dia langsung tak pandang kek. Dia peluk je kai. Tu pun puas nak ajak masuk party room, kena dukong bawa masuk & time tu semua orang dah ready nak nyanyikan lagu birthday. Bila teringat mmg kelakar betul kyd ni. Alee rileks je, yelah kecil lagi kan. Dulu Akyd 1 tahun pun redha je muka potong kek hehehe. Terima kasih kepada semua yang sporting sangat. Ada jodoh nanti kita jumpa lagi.



nampak tak, sekuat hati akyd peluk kai haha
akyd dah merajuk n pergi sambung main haha

first time alee makan kek haha, best ler tueh :)
i luv u abang Akyd Kharamy
i luv u 2 Alee Khaeyr
tq MakcikMateh
Akyd n sepupunya Aaron
tq kawan2 yang datang dari Melaka      

tq angah & family
tq zila & family
tq bit,wan,as, zul & ayrell
tq sha & family


semua mak orang okeh ;)
kai & alee tak dapat dipisahkan haha sebab dia taknak orang. Hbs party tangan kemain lenguh




// Jumpa lagi lain entri