Thursday, January 9, 2014

JB - SINGAPORE 24NOV 2013

Alhamdulillah update juga ;p.

Sebenarnya percutiaan ke JB-Singapore ni takde dalam list pun. Ia berlaku tiba-tiba hehehe. Adik kai ajak sebab nak meraikan birthday anak dia Aaron n nak ke USS enjoy huhuh. Awalnya macam taknak follow ;p.
Tapi fikir punya fikir last minute juga suami baru on nak ke sana.

3 hari sebelum bertolak baru buat passport AkydAlee dan renew passport kitaorang. Kos Untuk passport anak sahaja 2orang * RM80, dewasa 2orang*RM100. So untuk passport sahaja RM360.
Tiket masuk ke USS pula beli online melalui website harga RM162 untuk seorang sebab ada diskaun 10% untuk maybank card. So 2 orang RM324. Akyd n Alee free,4 tahun ke atas baru bayar.

Kitaorang tidur dekat Bayu Marina Resort, ambil apartment 2 bilik. Besar dan selesa mmg puas hati. Kalau tak silap kai harga dalam RM320 semalaman.


Hari pertama sampai Johor pergi lunch dulu, then terus masuk Singapore. Destinasi pertama dekat Marina Bay Sands. Terpegun mmg cantik sungguh kapal atas bangunan tu. Lepak di Coffee Beans minum kopi & makan sandwich dlm 28 dolar Singapore = RM70 hehehe. Then terus gerak balik Malaysia eceehhh ;).




Tapi kan apa yang best dekat singapore ni,jalan mmg tak jem langsung. Trafik berjalan lancar padahal dekat mall ramai orang n bila kitaorang pusing2 nak cari parking dkt Orchard Road pun semua parking penuh. Bertolak balik ke Johor dalam pukul 8 malam untuk elak daripada mengadap jem.

Sampai apartment lunyai anak beranak hahaha penat sangat.



Esoknya lepas je sarapan terus gerak ke USS Singapore, ops jangan lupa beli AUTOPASS (wajib beli). Semalam time masuk singapore tak beli pun rupanya AHAD FREE (kitaorang tak tau dah kelamkabut mencari autopass,banyak membazir masa di situ).



Xcited sangat bila sampai USS,asyik bergambar je :).  Esok kai update pic dekat USS ye, anak2 kai dah bangun dari tidur.

CU.

2 comments:

Puan Pyja said...

laa... kak kai kt bayu marina ke?
dekat benor dgn uma kite ;)

Puan Pyja said...

laaa... kak kai check in bayu marina ke?
dkt sesgt dgn uma kite ;)