Tuesday, December 17, 2013

Langkah Pertama Alee Khaeyr

16Oct 2013 Alee start melangkah, 2 tapak je tapi teruja sangat hahaha. Memang terkejut n rasa nak menangis. Macam biasa lah kan time Akyd dulu pun macam tu ;p.

Dah 2 bulan berlalu sekarang baru update hahaha. 
Beza abang  dengan adik, Akyd dulu berjalan terus laju tak henti. Alee plak sopan santun,satu persatu mengatur langkah hehehe. Alee berjalan cuma awal seminggu je dari Akyd. 

Sebelum anak berjalan,orang sentiasa akan tanya kan.
Enh!!! dah jalan ke anak??? Tapi kai ni dah ada pengalaman hahaha dah tak kisah orang nak tanya apa. Bagi kai, setiap anak istimewa dan lain2 perkembangannya. Tak perlu kita nak bandingkan anak kita dengan anak orang lain. 

Pernah skali tu ada orang tanya kai, enh Alee dah jalan ke?? Kai jawab belum lagi, manja budaknya. Nak tau apa orang tu balas?? Enh anak saya 10 bulan dah pandai, sekarang dah berlari pun. Kai cuma tersenyum sahaja, maybe teruja dia menjadi ibu dan melihat anak dia lagi cepat berjalan dari anak orang lain. Kai tak de ambil hati pun apatah lagi nak marah, itu perkara yang normal bagi sesetengah orang. 

Tiba masanya berjalan juga anak kita antara cepat dengan lambat je tapi kita kenalah bagi galakkan dekat anak supaya dia pun turut bersemangat ewah. Tu pun selepas anak kita sudah menunjukkan tanda2 bersedia untuk berjalan ye hehee. Kai mmg harap sangat Alee berjalan sebelum kitaorang ke Singapore hehehe. Alhamdulillah misi berjaya ;). Semuanya dengan izin Allah.


Video kat bawah ni selepas 2 minggu dari start langkah pertama :)




Video kat bawah ni pula sebulan selepas dapat berjalan.

 

No comments: