Monday, March 18, 2013

Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 4 (26/12/2011)!!! Colmar Tropicale Bukit Tinggi menjadi pilihan kai. Kenapa??? Sebab tak pernah pergi hehehe,dekat dengan KL,ada taman arnab (kyd suka) n teringin ke Japanese Garden.

Jika ada yang tanya seronok tak ke Bukit Tinggi,jawapannya bergantung kepada motif percutian. Kalau nak honeymoon sangat sesuai. Kawasan dia taklah besar sangat,kalau stay 2,3 hari bagi Kai bosan hehe. Kai ke Bukit Tinggi tidur satu malam sahaja. Harga bilik dia satu malam RM200+.

Kalau nak ke sini awal pagi dah kena gerak, so sampai je bolehlah terus ke Taman Arnab. Masuk ke Taman Arnab kena bayar RM3.00 seorang kalau tak silap ;p. Akyd seronok kat sini, boleh join arnab melompat skali hehe.

Kyd suka arnab



Check in pukul 3 petang, lepas tu bolehlah bawa anak ronda2 kat kawasan Colmar.



Malamnya pun bawa Kyd berlari2 kat situ hehehe, adiknya Alee tidur lena, korang boleh bayangkan tak besar mana tempat tu? Memang tak besar tau? Kalau yang dah pernah pergi mesti tau. Kalau malam kawasan sini macam 'mati' maksudnya tak ada apa nak buat hehehee. Ada persembahan tarian time kai pergi tu tapi sampai pukul 10 malam je. 

Alee Khaeyr tidur time ni hehe

Xcited abang Akyd




Aktiviti yang selebihnya bergurau senda dengan anak dalam bilik hehehe,Akyd plak memang tidur lambat. Seronok dapat menghabiskan masa yang sangat berharga dengan suami dan anak2 :).





Esoknya awal pagi dah pergi breakfast, makanan kat sini sedap. Lepas breakfast kitaorang terus kemas2 n checkout.



Kitaorang ke Japanese Garden sebelum balik KL. Kitaorang naik kereta tau bukan jalan kaki dari Colmar heheh. Kena parking kereta then berjalan kaki nak sampai ke taman jepun tu. Perjalanan nak ke situ agak mencabar ;p. Bagi yang kurang bersenam macam kai semput gak nak sampai ke atas. Akyd pun sampai nak berdukong sebab tak larat ;p. Tapi bila dah sampai ke pintu gerbang mesti rasa teruja. Mesti korang akan terpegun melihat taman yang cantik & air terjun yang jernih.Dekat situ juga ada jambatan dan kolam koi. Sampai je di atas sana bolehlah kalau nak pakai kimono tapi kena bayar RM20, bolehlah berposing sakan kat kawasan taman tu. Tapi kai tak pakai pun sebab Alee tidur lena dalam bjorn. So sesiapa yang belum pernah pergi bolehlah ke sini. Tak pergi tak tau ;). Silalah tengok video bawah skali,perjalanan Akyd ke Japanese Garden ;).




//cerita dah basi baru nak update hahaha (baru berkesempatan) ;p

7 comments:

iietamalek said...

tak pernah sampai lagi..tengah pikir nak ke mana untuk 3rd anniversary bulan 4 nanti..hehe

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

pergila ieta,honeymoon kat sana :) bagi kak kai best kalau tidur sana satu malam

Lily said...

Sy penah praktikal kt sana...bygkn setiap hari nk kena daki bukit ke japanese garden dgn bju kitchen n safety boots yg berat...huhu..

eika_jps said...

salam perkenalan....bestnya tgk bangunan dia...mcm kat overseas plak....4 anniversary tak kemana pn sbb dah sarat...nak jalan pn tak larat...insyallah lepas bersalin nak gak sampai sana....

jemput singgah ke blog eika gak yer...

http://atikarafina.blogspot.com/

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

alamak yeke lily, hebat ehehe

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

tunggu lepas pantang pergi celebrate k dear. ehehe btw salam perkenalan

Si Ketam Batu said...

menarik tertarik...... akan cuba repeat this weekend after 5 years.