Followers

Thursday, January 10, 2013

Klinik Kulit bantu masalah Ekzema

Salam semua dah lama sangat tak update blog kan. Rindu rasa hati nak menaip laju2 hhehee. Kat sini kat nak buat sambungan dari entri sebelum ni. Siapa yang belum baca entri sebelum ni, silalah baca kalau ada masa ye. klik sini RUAM SUSU? EKZEMA? 

Alhamdulillah anak kedua Alee Khaeyr buat masa ni takde tanda2 dia ada ekzema. Mungkin langkah awal kai dah menggunakan mandian,losyen dll semuanya organik berdasarkan pengalaman yang lepas bila Akyd dah kena baru nak tukar organik. Heyya! sory abang Akyd, ibu takde pengalaman time tu. Jadi kai nak berpesan kepada ibuibu diluar sana bertukarlah kepada organik jika anak mempunyai masalah kulit yang sensitif. Banyak produk organik untuk baby yang berada dipasaran sekarang ni.Lagi bagus pakai produk organik sejak dia lahir lagi. Mencegah lagi bagus dari merawat ye tak?

Ow btw sebenarnya kai banyak terima email bertanya Klinik yang kai pergi bawa Akyd ni time dia kena ekzema dulu. Hari ni kai share dengan kawan2 kat sini ye supaya senang kawan2 semua buat rujukan.
Klinik tu kat Kota Damansara berdekatan dengan SUBWAY The Strand n sebaris dengan Butik ARIANI Kota Damansara. Nama Klinik tu KLINIK KULIT &  KELUARGA DR. FARHAT AYAT. No phone : 0361428505. Harap dapat membantu kawan2 semua ye.

Kat bawah ni pic terbaru kai anak beranak Akyd Kharamy & Alee Khaeyr :)



5 comments:

Rosediana Mohammed said...

Salam.. hi Khai.. ekzema, if you dont mind D nak kenalkan you pada exfuze seven +.. infused extract supplement. buahan.. Alhamdulillah my fren bg anak dia minum yang ada ekzema ok, no scar at all.. meant skrg dah tak ke klinik and ambil ubat.. www.exfuze.my.. btw reymee hussein is org kuat exfuze.. satu keluarga boleh minum.. sharing is caring - rosedianamohammed.blogspot.com

mrs kayrul said...

cepatnya body slim semula..macam anak dara la

auwcak said...

body u menten ajer kannn...jeless

cik nur said...

sis dah dua baby skang yang abd dh besar and come hehehe :)

Shiela Mustaffa said...

Salam. Suggest try natural healing – guna Tropika Baby Skin Care Set. Based on minyak kelapa dara. Chemicals-free, steroid-free, parabens free. Keluaran bumiputera muslim. Byk feedback dr ibu2 anak ekzema. Boleh visit www.tropikababies.blogspot.com ataupun FB – Tropika VCO & Medela Swing Maxi utk info lanjut.

Harap membantu.