Thursday, September 1, 2011

Persiapan Raya

Alhamdulillah syukur masih berkesempatan menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga tercinta. Sehari sebelum raya sibuk di dapur menolong Ma menyiapkan juadah untuk hari raya. Raya tahun ni Ma kai buat ketupat daun palas, nasi impit, kuah kacang, rendang daging n kari kambing. Banyak juadah yang ma sediakan maklumlah menantu semua beraya kat Kuantan, tahun depan kai jeklah yang ada kat Kuantan. Bak kata asben kai "setiap tahun mmg Kuantan Kuantan Kuantan" hehehee. Kai mmg takde masalah gadogado manja setiap kali nak menjelang hari raya :).

ketupat daun palas
rendang
kuah kacang my fav
nasi impit my fav
kari kambing

Malamnya pulak,kitaorang adikberadik main bunga api dekat depan rumah hehehe. Saja ambil mood raya, along kai yang beli bunga api kekekekekeke. errrrkk tapi jangan main mercun tau bahaya :).






Dah settle main bunga api,barulah kai siapkan pakaian untuk dipakai di hari raya. Baru semangat cewah hehehehehe. Sebelum ni kai suka sangat gosok baju pepagi raya, tahun ni kena awal sket sebabnya dah ada anak.  Tahun ni tema family kai warna coklat hehe. Sebelum ni kai ada cakap kan, asben kai pakai baju melayu lama hehehee. Ingat tak kai kata ada kejutan buat asben kai huhuhuhuh,kejutan dia ialah kai hadiahkan asben kai sepasang baju melayu warna choc sama kainnya dengan baju Kydd. Asben kai ni jenis tak kisah, dia cakap nak pakai je baju melayu choc yang lama hehehe. Tapi mana bleh kan,  raya kenalah pakai baju baru hehehehe.


songkok Kydd n abahnya :)

baju raya yang dah siap digosok
baju raya Kydd
Sebelum tido sempat pakaikan Kydd songkok hahahaha, tak saba nak tunggu pagi raya. Nasib Kydd jenis okeh bila pakaikan dia songkok hohohohoh. Later kai upload pic kitaorang satu family beraya yek. Kai nak masuk tido dulu esok ada buat makanmakan kat rumah ni. Salam selamat beraya sakan ye :).









1 comment:

deena awanis said...

comel akydd pakai songkok..mana gambar raya kydd??jom tengok pic raya rafique..=)