Tuesday, June 14, 2011

Gempa bumi di Bengkulu Pulau Sumatera

Tengah menyusu Kydd tetiba rasa bergegar, 2 kali kai rasa taw. Mulanya ingat pening kepala,rupanya ada gempa bumi berlaka kat Pulau Sumatera. Kai google then kai jumpa kat bawah ni, bolehlah baca...








----------------------------------------------------------------------


Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar Bengkulu, Pulau Sumatera pada 11.30 malam semalam namun ia tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda.
Para petugas Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan di Bengkulu telah menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit sejak malam semalam.

Semua 60 pelajar Malaysia di Padang, yang terletak di utara Bengkulu dilaporkan selamat, malah ada antara mereka yang tidak menyedari kejadian tersebut kerana kebanyakan sedang nyenyak tidur ketika itu.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Paduka Junaidy Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi pemimpin pelajar di Padang dan sedang memantau keadaan di sana terutama bagi menghadapi kemungkinan berlaku gempa susulan.

"Mereka telah diingatkan agar mengikut SOP kecemasan sekiranya berlaku bencana gempa bumi susulan. Komunikasi antara para pelajar sangat baik dan mereka saling berhubung antara satu sama lain.

"Pihak MSD Indonesia dan Kedutaaan Besar Malaysia di Jakarta sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar dan bantuan segera akan diberikan sekiranya para pelajar memerlukannya," katanya dalam satu kenyataan di Jakarta hari ini.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, lokasi gempa berlaku di 143 kilometer (km) Barat Daya Lais, Bengkulu, 151 km Barat Daya Bengkulu, 153 km Barat Daya Padang Betuah, Bengkulu, 157 km Tenggara Pagai Selatan Mentawai, Sumatera Barat dan 685 km Barat Laut Jakarta.

Gempa dengan kedalaman 10 km dari permukaan laut itu berlaku kira-kira 5 minit.


//kredit tueh MalaysiaKini

4 comments:

Honey Bhulat said...

semoga semuanya selmat dr sebarang bencana...amin...xsedar pon ada gempa..

notti netti said...

Kita pun rasa tadi..dua kali......

Fafau de Craft ( Zana ) said...

owhh,rasa ekk gegar tue...mtk dijauhkan bencana kt malaysia..

aishah jamrek said...

ya, gegaran agak kuat..