Tuesday, March 22, 2011

Happy 6 Month Birthday Akyd

Hari ni Akyd dah 6 bulan, Syukur Alhamdulillah kai berjaya xclusif bf Kydd. Insyaallah akan diteruskan hingga 2 tahun semoga semuanya dipermudahkan dengan izin Allah amin. Esok Kydd cucuk untuk 6 bulan, harap Kydd tak meragamlah. Mulai hari ni kai dah boleh bagi Kydd makan wehuwwwww nenekKydd mesti seronok hehe. Sebelum ni kai ada bagi Kydd makan air kanji nasi, intro untuk kenalkan baby makanan pejal. Insyaallah ada masa kai share kan penyediaan makanan untuk buah hati kai,Akyd ^__^.

Xcited

PERKEMBANGAN BAYI 6 BULAN

Menjelajahi dengan menggunakan tangan

Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran mengawal gerak tangan bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia menarik objek kepadanya. Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali. Apabila bayi anda memahami konsep sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya… dan dunia anda akan menjadi semakin semak dan tidak teratur.

Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?

Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri (kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang lagi satu. Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun.

Belajar bergolek

Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangnya yang mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda. Walaupun bayi anda amat seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda menyalin pakaiannya di atas lantai saja.

Bayi anda walaupun kecil suka bersosial

Pada usia ini, bayi anda bukan hanya membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali, namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih: sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi, janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh daripada anda.

Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya semata-mata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda.

Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliat-geliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain. Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan perlukan.

Main mainan jenis bergilir-gilir

Bayi berusia enam bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya).

Bayi anda yang suka membebel

Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah. Pada usia ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa gabungan konsonan dan vokal. Ada juga bayi yang menambah satu atau dua suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks. Anda boleh memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersama-sama dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi, 'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi perhatian rapi kepada apa yang diperkatakan seakan-akan anda faham semua yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik. Bayi anda boleh juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan menangis apabila anda bercakap kasar dengannya.

Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia ketawa.

Merangsang derianya

Bayi anda menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan.

Gembira semasa mendengar cerita

Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingati bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

(Sumber : babycenter)

5 comments:

Mrs Nageb said...

Happy 6th month old baby kydd comellll :)hug n kisses for you :)

Atiqah Adnan said...

akyd mesti suka makan kan kai.. hee~
tak sabar nye nak tunggu bb qa keluar.. huu

bonda dadif aka akish said...

hepi ulang bulan akyd...

=)

ZianaRazali said...

happy birthday akyd..sangat comel la baby kyd neh..hehe..

dhaya said...

tomeynya baby kydd nie..:))
btw nk tnya, topi baby kydd yg lawa2 tu bli kat mne ek?