Wednesday, August 11, 2010

Hari Pertama Berpuasa

Alhamdulillah kai dapat puasa penuh hari ni,cuma dugaan bila dah masuk pukul 2 petang,rasa dahaga yang sangat2. Syukur dapat bertahan hingga waktu berbuka puasa. Semalam dah bitaw BB hari ni puasa ^_^.

Hari pertama bersahur bersama asben tercinta,kai masak mee sup. Kunci jam pukul 4.30 pagi sediakan semua atas meja makan,then baru gerakkan asben kai. Makan mee sup+roti cicah sambal ikan bilis dan minum tea'o panas. Sebelum tunggu Subuh sempat minum susu kambing hehehehe.

Hari ni kai berbuka dengan juadah beli kat Bazar Ramadhan Kota Damansara,xlarat nak masak huhuhuh. Alhamdulillah kai dan asben dapat jugak mengawal nafsu,beli yang patut jek. Kai tak berapa selera sangat,cuma kai bernafsu nak beli air jek hehehehe. Sempatla sambar 2 jenis air, air bandung dengan soya. Tak banyak sangat beli kuih juz kuih buah melaka,popia basah dengan kuih pelita jek. Makanan untuk berbuka plak kai beli nasi tomato,hasben kai mee goreng n kuew teaw. Kai pun ada beli taufufa (tapi xsedap ah) mencikkkk!! So kepada kawan2,selamat mengawal nafsu bila membeli belah di bazar ramadhan hehehe.


//Semoga kai dapat puasa penuh tahun ni. Caiyok BB!!

4 comments:

Syida said...

aik. kak kai dah sarat pun masih bpuasa?? wahh terer... x sakit perut ke?

lilysuhaily said...

kai, bgus ye minum susu kambing? brand ape ye? sy try minum satu brand tu, x minat la, berbau...

:: pn isteri wifey en suami :: said...

cayok2 ibu n bb.. btw bakal ibu n bb kuantan mmg baik2 blake..huhu..selamat menjalani ibadah berpuasa kai.. :d

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

syida : alhamdulillah tak syida.
lily : kai start minum masa dah 7 bulan. kai minum brand Hi Goat,sedap gak. try la hehehe
eba : selamat berpuasa dear