Wednesday, June 2, 2010

Penyusuan Ibu

Lama tidak update blog ni,skang baru datang mood hehehee. Sebenarnya kai nak share ,first barang bb yang kai beli adalah botol susu Avent. Kai pilih botol ni sebab baca banyak feedback yang mengatakan botol susu ni okeh dan bpa-free. Botol susu avent ni mahal sikit dari botol susu biasa. Mungkin ada lagi kot botol susu yang bagus,tapi kai berkenan dengan Avent ni hehehe.Seronok gile rasa tu baru beli botol susu belum lain2. Sekarang kai tgh survey2 Breast Pump maybe nak beli Avent atau Medela. Hurm harga market avent rm289.00 kalau medela 269.00 (manual). Kai ada baca blog kawan2 yang mengatakan time pantang kadang2 breast bengkak so tu yang perlunya breast pump ni. Tadi bila ym dengan kawan kai Wie jadi seronok plak nak beli Storage Bottle(letak susu badan) huhuhuh. Insyaallah kalau boleh kai nak full BF dan ma kai sangat sokong! Lagipun ma kai mmg full BF anak2 dia. Kalau ada apa2 pendapat silalah share 'saya budak baru belajar'.

kai beli yang 2 botol punya
avent ke?
medela ke?


-----------------------------------------------------------------------------------------

Apa itu BPA?

BPA atau Biophesphenol A ialah sejenis monomer/ bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik polikarbonat untuk menghasilkan botol plastik yang jernih. Pendedahan kepada BPA secara berterusan atau dalam kadar yang tinggi dikatakan punca kepada penyakit kanser, baligh awal dan sebagainya.

Antara kelebihan botol susu Avent ialah:

1. Mempunyai satu sistem injap anti-kolik ( dapat mengelak masalah anak kembung perut).
Udara akan memasuki botol melalui injap tersebut, dan tidak memasuki perut anak.

2. Membantu penyusuan badan.
Puting silicon yang lembut berbentuk natural menggalakkan penyusuan badan (anak tidak konfius antara puting botol dan puting ibu/ no nipple confusion). Lebih mudah untuk menyusu badan dan botol susu.

3.Botol bebas BPA ini tahan lasak dan mudah dibersihkan. Diperbuat daripada bahan PES (Polyether sulphone) yang berwarna kuning madu.


// tq wie kerana share sesuatu yang sungguh mengujakan,daku semangat!!!!!

5 comments:

shima said...

hi kai..salam perkenalan.

bgsla ada niat bf ni dr awal.lg pun kai lom keje kan..sng nk bf .

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

kawan kai ada keje dan berjaya full bf anak dia setakat ni. keje atau tak soal ke dua dear. heehehe
Insyaallah kalau diizinkan mmg nak full bf.

S.A.L.J.U sha said...

aii

nak share pasal pam susu ni.
walaupun sha aritu susu takde...ade sikit jer dlm masa 2mggu pastu abis.

tp sha pakai pam avent.
pam avent ni bagus lembut sebab ade getah lembut kat sekeliling pam tu. klu kene bengkak susu pun insyaallah tak sakit.

Angah said...

saya pakai medela free style. Prefer medela over avent sebab 2 sistem 2 phase pumping yg medela ada. Dan tak bulky. Most lactation expert recommend medela too

Alhamdulillah both my children aged 6 and 3 were fully breastfeed sampai la 2 tahun.

Expecting my third :) lebih kurang kot due kita..

Rya Amani said...

salam kai.. saya pakai avent manual dah 7 bulan.. baby fully bf dan saya bekerja..

teruskan menimba ilmu pasal BF..