Monday, May 17, 2010

Berakhirnya Trimester pertama

Syukur alhamdulillah =)

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni,tapi asyik tertangguh sampailah sekarang. Alhamdulillah setelah menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama,kai berisi kembali :). Ramai yang tanya teruk ke alahan kai. Alhamdulillah kai takde muntah2 yang dasyat,rasanya dalam 2 kali jek muntah tu pun sebab tgk ikan siakap yang masih belum masak dengan bau telur. Tapi mmg sangatlah kelakar sampai sekarangpun kai masih tak boleh nak telan ikan siakap,bukan setakat makan dengar nama ikan siakap pun MUAL rasa. Dasyat betul,padahal tu la ikan yang kai suka sangat nak makan masa awal pregnant. 2,3 kali ulang alik Melaka nak makan siakap stim kat Umbai. Agaknya baby kai dah muak.

Kai jumpa doc masa usia kandungan kai 8 minggu. Sebenarnya kai fobia nak jmpa doc. Alhamdulillah masa scan baby kai dah ada jantung. Perasaan! Allah jek tau. Pengalaman lalu buatkan kai ada perasaan takut2 sket. Tapi ma kai selalu cakap,kalau Allah nak bagi kita rezeki insyaallah. So kai pegang apa yang ma kai cakap,walaupun ada gak terpk2.

Masuk kandungan kai 9 minggu,kai hilang selera makan eeeeeeee peliknya. Pandang makanan tak boleh nak makan. Masakpun tak boleh,hidung jadi sensitif giler.
Bau yang tak boleh bla,rasa nak muntah jekkkkkk tapi xmuntah pun hekhekhek
-bau masakan;mmg tak boleh masak ler. hekhekhek
-dapur;kesian dapur kekekekeke
-bawang;habis bawang kena buang
-perfume ;tak pakai perfume dah!
-sabun mandi;kena tuka kepada dettol

Tapi kai suka bau husband kai,suka jek peluk kuat2 tido kat celah ketiak. hakhakhakhak. Ada orang cite ada isteri tak boleh langsung bau suami,suami kena tido bilik lain. Owwww tidak,kai boleh nangis kalau husband kai takde sebelah kai. kekekekekeke

Mengidammmm!!!!!!!!!! Apa yang kai ingat,kai mmg suka makan ikan siakapla awal pregnant. Hhuhuhuhuh tapi ada satu hari ni kai teringin sangat makan buah pauh dari Kuantan. Kebtulan adik kai balik Kuantan,so ma kai kirimkan untuk kai. Tapi nak dijadikan hal,diaorang tertinggal buah tu. Apa lagikkkkk,nangis gegiler punya. Pelik betul boleh nangis sebab buah pauh tueh!! klakar kalau ingat. Takmo beli kat lain nak dari Kuantan gak! Sudahnya ma kai pos. Tapi lagi skali geram,selalunya pos 1 hari dah sampai. Boleh plak orang pos tu salah tgk poskod sudahnya 2 hari baru sampai. Ya allah dugaan sungguh. Tapi orang cakap orang mengandung mmg sensitif. Apa lagik enh yang kai nak makan,ow satu lagik Nasi Kerabu yang kat umah kai ni.Boleh plak time nak beli,gerai tu terbang dek angin. Ingat nak suh husband bungkus,tapi husband balik dengan tangan kosong katanya gerai tu rosak habis makanan dia bersepah2. Apa lagik nangis!!!!! hahahaahahhaa lawak antarabangsa,betul2 menduga kai! Malam tu jugak husband kai bawak g makan nasi kerabu,legalah sket dapat merasa bukan nak makan sangatpun.

Bila hilang selera makan,bab makan mmg memilih sangat. Mula2 Kai suka makan kat kedai mamak,suka makan roti canai ngan mee goreng mamak. Tapi bukan semua kedai mamak,nak kedai mamak Kayu jek. Boleh katakan selalu jugak makan mee goreng mamak sebab tu jek boleh masuk mulut ni. Kai makan bubur,buah2 gak ngan roti. Tapi ada satu tahap kai makan mee goreng mamak,dah tak boleh masukkk mulut. Baby dah taknak plak,pandang pun dia taknak dahhhh. Bertukar kepada masakan thai plak tu pun kejap jek,skunk mmg dah tak boleh makan kat kedai thai tu,tgk kedai pun loya tekak. Memang betul2 pelik rasa bila takde selera makan,rasa macam kai ni tak normal plak. Tapi husband kai plak yang terlebih2 berselera. Terbalik hahahahahhaa.

Masa time checkup 12 minggu,husband kai ada tanya doc.. normal ke isteri saya takde selera makan langsung. Hahahahahahha risau dia tgk kai tak nak makan. Doc cakap normal,doc siap cakap 'awak tunggu la bila dia dah datang selera sampai awak suruh dia berhenti makan pulak'. Klakar jek doc cakap tu,tapi mmg betul pun. hahahahahahahahaha Masuk jek 17 minggu kai dah boleh makan macam biasa,masak pun dah boleh. Tu pun ma kai cakap kena lawan sikit perasaan tu. So kai cuba lah masak then terus boleh bau2 yang tak boleh dibau sebelum ni. Tapi kali ni baby kai dah tak nak makan kat luar hehehe mcm2 baby ni taw. Memang hari2 kai masak.

Perubahan diri pada trimester pertama,masuk 2 bulan kena beli bra baru. Pelik gak memula tu apsal rasa tak selesa giler. hahahahahahah siap call ma kai tanya,ow baru la tau. Kai mmg tak pakai la baju ikut body sebab rasa badan tak stabil jek,dah macam lola plak atas jek ngembang perut tak nampak pun kekekekekekekekeke. Seluar jeans semua dah simpan sebab dah tak muat. Tu pun masa usia kandungan kai 10 minggu. Sempatlah tuka saiz dari 26 ke 27,tapi ma kai pesan suh pakai seluar lembut2. So kai belilah seluar aladin dengan seluar yoga. hekhekhek
Husband kai hari2 cakap tak sabar nak tgk perut kai membesar. Sebenarnya perut kai mmg tak nampak langsung sampailah usia kandungan kai 16 minggu baru nampak sket. Seksi plak rasa bila tgk perut. hahahahahahaa Bila pregnant ni kai suka melaram sket,nak2 bila dah nampak perut ni. kekekekekekekekee

Alhamdulillah semuanya baik2 sahaja buat masa ini. Doakan kai dan kandungan kai sihat. Trimester pertama berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah,syukur sangat! Terima kasih kepada mereka yang mengambil berat pasal kai. I luv u olls.

Perubahan???

4 minggu
8 minggu
12 minggu
12 minggu

*
*




*




*




*


*


*


*

*


*
*


*
*
masuk usia kandungan kai 3 bulan husband kai membotakkkan kepalanya!!!!!!! nasib tak licin ;p

// Sekarang usia kandungan kai dah 5 bulan,ada masa kai story mory lagik yek. Xcited untuk next checkup wehuwwwwwwwwww

4 comments:

mama nadzmy said...

hahahahah..kelakar giler baca pasal kak kai mengandung...tp yang pasti masa saat inilah saat yang paling best sekali....betul x???
IKAN SIAKAP??? ikan nilah yang menjadi makanan kegemaran mas selepas ada anak...tp hubby mas yg beria2 nak pancing ikan siakap ni sendiri...sbb ikan ni jugalah baru mas tahu yang mas mengandung....

apa2 pun jaga kandungan baik2 yer...

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

heheheheheh tq mas. ikan siakap kak kai mmg tak leh nak makan buat masa ni. tunggu la bila plak dia bleh makan. hekhekhek

::Azura Rahman:: said...

seronok kzura baca story kai.. sure hepi Allah je yg tahu kan... akk tumpang hepi gaks.. jaga laa diri dan bb tu bebaik.. rezeki tu bukan semua org dapat termasuklah akk sendiri.. usaha akk dh masuk 8 thn.. but masih gagal.. kai jgn lupe doakan utk akk jugak ye.. sgt2 nk jadik cam kai.. huhuhu... :(

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

Terima kasih akak.
insyaallah kak, kai doakan untuk akak. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang penting kita tak putus asa.