Wednesday, October 21, 2009

Rumah Azmarany :)

1 : Kai mana dapat idea hias rumah warna warni,ada pakai pereka hiasan dalaman?
2 : Berapa kos kai menghias rumah?
3 : Kai cuci kaki jer sebelum masuk rumah bla bla blaaa dan lain2 lagik pertanyaan...

Banyak pertanyaan yang kai terima, sori kai tak sempat nak jawab sebab macam2 hal berlaku sejak kebelakangan ni. Buat pengetahuan kawan2 semua kai tak pakai pun pereka hiasan dalaman. heeeeeeee semua tu idea sendiri. Kai banyak buat rujukan dalam majalah dan internet.

Sebulan sebelum berkahwin,husband kai dah tinggal kat rumah tu sorang2. hehhhee Adalah sikit2 perabut time bujang dan pakaian sudah dipindahkan dahulu.

Step 1 : Kitaorang cat rumah dulu (upah orang) ;p Warna yang dipilih Oren (my fav), merah, kuning dan putih.
Step 2 : Ma n ayah pesan suruh beli perkara asas dahulu. So kitaorang beli peti ais,mesin basuh,katil n tilam yang empukkkk.
Step 3 : Buat kabinet dapur, tu pun puas survey last2 Ikea jadi pilihan dihati.

Seminggu sebelum berkahwin, sebelum kai balik Kuantan....
Step 4 : Beli Sofa,meja makan dan beli kain langsir n hantar upah :)

Tu jek la perkara asas yang penting untuk kitaorang. Maklumlah baru nak mulakan hidup berumahtangga. Takde maknanya cuci kaki,semua barang dah ada. Semua barang rumah beli sikit2 lama2 jadi bukit. Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Barang2 lain tu beli satu2,sampailah sekarang. Nak kata beria2 hias rumah tu takdelah, semuanya ala kadar dan yang termampu sahaja. Bak kata orang "Ukur baju dibadan sendiri". Kos keseluruhan tak taula nak cakap,sebab bukan beli sekaligus. Harap entri kali ini terjawablah pertanyaan kawan2 semua. Kalaw ada apa2 bolehlah tanya lagi :).

// rumah kai banyak cermin :) suka-suka heeeeeeeee

P/S : Sapa nak mintak idea dari kai untuk rumah anda pun boleh.. :D

6 comments:

MIRA said...

kak kai cntek laa. warna yg mnrik. minat oren laa plak pasnih. hehe

mashafieza yaacob said...

kai brg semua kai bli kat mane?masha pun skrg ne gah bli2 sikit tuk umah bila dah kawin t...tp masha n tunang x berape pandai lah nk padankan capet wrn n mcm mane dengan sofa warna merah...kai tolng..

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

mira : heheheheehhee
mas : sofa merah,nak karpet plain ke corak ke? kalaw corak jangan amek yang terlalu bercorak.. abstrak ok gak. kaler tu tak kisah janji warna tu suka. bukan kena match ngan sofa jek.. dengan barang2 umah lain gakkkk. pilih warna gelap pun ok cerah pun ok. dulu karpet kai warna oren. as long as suka warna tueh, apa pun bleh.

mashafieza yaacob said...

tq kai...em dah dpt idea dah,t ujung minggu ne g ikea lah he...t kalu mas pening2 lagi blh taye kai ok...

Nur said...

mmg cantek sgt umah kai...satu menda yg menarik perhatian kak u...langsir bunga beso background itam tu beli mana....suker suker suker!

KAK RAINBOW said...
This comment has been removed by the author.