Thursday, March 19, 2009

Ciri-ciri suami yang baik

Kai dapat email ni dari kawan. best plak. rasa nak share dengan anda semua :D
selamat membaca ye :D

Ciri-Ciri Calon Suami :: Pernah anda terfikir??... . sahabat2 dari kaum hawa semuanya mesti ada ayat2 sebegini:

1). Calon suami yang tidak merokok.
2). Calon suami yang bersembahyang, taat pada perintah Allah
3). Penyayang, Penyabar
4). Suka Berterus terang.
5). Romantik
6). TIdak mempermainkan Kaum Hawa
7). Berbudi Bahasa
8). Kelakar

hakikatnya... .

1). Purata 9 daripada 10 lelaki adalah perokok, camner la korang nak carik yang tak merokok... kekadang tu dia tak merokok depan korang... tapi belakang

2). Yup, Sembahyang @ Solat... yang diwajibkan ada 5, tapi alahai... kadang2 dapat 3 pun dah besar rahmat dah la..Wallahualam..

3). Penyayang & Penyabor?? mungkin masa bercinta & masa tengah carik jodoh jer kot... riso lepas kawin jadik Penerajang & Penampor jerk..

4). Lelaki memang suka berterus terang... takde gelap2 punya... omputih kata straight 2 the point... melayu kata, sound tepat...

5). Romantik? apa definisi romantik yang sebenarnya? cari dalam kamus tengok - camner ciri2 lelaki romantik... sesapa leh huraikan??

6). Kaum lelaki memang tidak pernah sesekali mempermainkan kaum Hawa..never... ever... forever... hakikat yang berlaku sekarang ni... kaum lelaki la yang banyak kena main dengan kaum Hawa... lelaki kalau dia kata dia sayang, dia cinta... . arus elektrik pun tak dapat hanyutkan dia... .but ingat... .itu kalau dia kata dia sayang or cinta jerk

7). Berbudi Bahasa ni kena tengok dengan attitude seseorang tu..kalau cara dia cakap dengan kita pun macam hampeh, takkan la dia tak hampeh depan mak bapak kita esok. nak yang betul berbudi?? cari la yang tak hampeh...

8). Kelakar... .nampak gaya kaum lelaki kena langgan majalah ujang la... supaya ada modal time dating nanti... memang best dapat pasangan yang kelakar... tapi kalau sebijik macam Mr. Bean... rasanya mak bapak kita pun malu nak ngaku menantu..kan..kan... kan?

apa yang kaum hawa tulis semua tu... dapat ker korang cari yang ada kesemua ciri tu... .kalau dapat..... berapa lama?? masihkah ada lelaki sedemikian?? takut2 kalau dah pupus jerk...

carilah yang berkenan dihati... buat Solat Istikharah bila nak buat pilihan hidup..soal masa depan bukan mainan... jangan carik yang kemas berkemeja tapi rupa2 kerjanya Peragut, Penagih, Penipu dan semua P yang dikategorikan sebagai Penjenayah...

Mana yang bersifat sementara masih ada peluang kita mengubahnya, mana yang kekal doakanlah moga Allah beri petunjuk dan hidayah padanya. Jangan kita terlalu memilih mengikut kehendak kita... . Jodoh & Pertemuan ketentuan Allah semuanya... Amin

4 comments:

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

gUd sharing..~
alhamdulillah.. sO far dia memenuhi kehendak hati saya...yg pentiNg agama pegang kuat yang lain2 automatically akan jadi baek sebab dia bOle berfikir dengan baik..

rafiqy saya pemalu.. dia malU dengan perempUan.. :D dia tak bese.. lagi satU dia anak yg baik..

bila lelaki da gatal nO wOnder dea akan cari perempUan lain...kn? eeeii takOt..

romantik? tak pentIng sangat pada saya.. huhu bt lUcky my fiance romantik juga kadang2... tp bkn lah sampai nak bukakan pintU kete or candle lite dinner.. just bawakan barang if saya tak larat.. heheh cUkup lah..

btw hOpe sume tU memberi manfaat kepada kita.. bukan sia-sia...

little bell.. said...

hai khai.. hehe.. nak shout, tak nampak shoutboxnyer.. saja nak singgah. cute lah pengantin nih.. cantik yek awak punya pic semua. hehehe.. salam kenal.. -bell78-

little bell.. said...

khai.. kita dah buat awak sbg link. jgn marah ekkk.. hehehe..

• rOozu • said...

best nye....

bole buat pengajaran sblm kahwin ni...

hehehe~!

best la khai ni..