Monday, June 23, 2008

Petua kecantikan

Hai kawan-kawan, disini saya ingin berkongsi beberapa petua. Ada petua dibawah yang saya amalkan dan memang berkesan. Selamat mencuba.

1) Menyerikan Wajah
amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka.

2)Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Kemudian lumurkan pada wajah anda. Apabila sudah kering cuci dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

3)Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan timun. Timun dikisar halus. Kemudian. campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Lakukan 3 kali seminggu.

4)Memutihkan muka
Ambil bayam,basuh sehingga bersih kemudian kisar sehingga halus. Tapis bayam tersebut. Kemudian lumurkan pada wajah. Apabila sudah kering cuci dengan air suam.

5)Menghalus dan menanggalkan daki dibadan
Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Lumurkan pada keseluruhan badan.

6)Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian gosok dibadan. Bau badan akan harum insyaallah.

7)Menghilangkan Parut di Kulit(1)
Tumbuk kulit kayu manis sehingga halus. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Tetapi bagi yang kulit sensitif, lakukan 2 kali seminggu.

8)Menghilangkan Parut di Kulit(2)
Ambil daun lidah buaya,buang duri.Kemudian sapukan lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Insyaallah.

9)Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

10)Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih , lumurkan atau sapu di perut setiap malam

11)Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan diselang seli dengan air.Minum air setelah selesai makan.Sebaik-baiknya minum 1/2 jam kemudian

12)Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya.Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata


No comments: