Tuesday, August 10, 2010

Set Bersalin Pilihan Hati

Set bersalin pilihan kai adalah Salindah!! Kai nak jugak makan jamu tapi maybe tunggu BB besar sikit. Sekarang ni kai tengah mencari pilis,bedak sejuk,losyen param n herba mandi. Pilihan kai set dari jamu mak dara,tapi kai dah pergi banyak tempat takde plak jual asing2. Kechewa! ;(

Penggunaan "Pilis" di dahi dan ubun-ubun membantu menghilangkan rasa pening semasa berpantang. "Pilis" juga mengelakkan dari ibu-ibu bersalin dari gelap mata.

"Losyen Param Ibu Halimah" disapukan pada seluruh badan selepas mandi rempah. Losyen ini disapukan pada lengan, dada, bahagian pinggang ke pergelangan kaki untuk menstabilkan suhu badan. Ia juga menghilangkan rasa kebas dan sejuk ketika berpantang.

Gunakan "Bedak Sejuk" untuk menghilangkan ruam-ruam dan menghilangkan tanda-tanda hitam akibat mengandung, Sapukan "Bedak Sejuk" di muka dan leher . Biarkan seketika agar ia meresap ke kulit. Gunakan berterusan agar kulit menjadi bersih dan halus.


//Bengkung,Tungku dan Rempah mandi ma kai sediakan :)

9 comments:

Anna R. said...

kak kai, ummi saya pun guna set salindah ni jugak masa pregnantkan adik saya tu. kata ummi saya, masa bersalin tu senang & sakit sekejap je. :)

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

ye ke anna. harap mcm tu la. hehehe doakan kak kaiiiii.. ;)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

nieza skang dh start makan yg salindah punye.. alhamdulillah makan salindah mase awal2 pregnant.. takdela muntah2 lagi... dh beli 1 set dh pon... ingt bersalin nnti nak pakai yg tu jugak :)

Anna R. said...

ehe insyaallah kak kai! saya doakan. :)

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

nieza : yeke alhamdulillah hehehehe,awal2 kai tak berani sangat makan. hehehee
anna : tq

AinDayana said...

kai..lau nak beli jamu asing2 ade..kai g kat semua house..kedai jamu tu masuk ikut pintu belakang semua house..bkn yg kat main entrance...kakak yang jual tu pun lawa...hehehe..die akan suggestkan kita gak nk ambik jamu yg mana...try ar g..

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

kalau set mak dara ni mmg takde jual asing2. brand lain banyak. takpe kai dah jumpa orang yang jual online. dah beli pun. yeah! hehee

ilyannie said...

hi..kai dh start ke amik salindah masa tgh preknen ni?takpeke? kita preknen baru nk masuk 23 minggu..

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

mmg salindah set untuk time pregnant n lepas pregnant yunk.
kai start makan masa 4 bulan.