Posisi tidur yang paling bagus ialah mengiring ke KIRI. Tujuannya untuk mengelakkan diri menghimpit hati iaitu organ besar yang terletak di bahagian atas kanan perut. Posisi tidur ini juga dapat membantu meningkatkan aliran darah dan zat makanan untuk disalurkan ke plasenta dan bayi. Ia juga untuk mengelakkan masalah bengkak di kaki,buku lali dan tangan kerana buah pinggang dapat berfungsi dengan efisyen dalam menyingkirkan bahan kumuhan dan cecair daripada tubuh. Semasa awal mengandung kai lebih selesa mengiring ke kanan,seelokkan dari awal mengandung kita dah latih diri tidur mengiring ke kiri. Kai dapat tau pasal ni pun dari kelas antenatal dan dari buku. Sebab sebelum kai lebih selesa tidur ke kanan cuma bila dah penghujung trimester ke dua kai jadi tak selesa dan selalu terasa pedih ulu hati. Alhamdulillah lepas kai cuba latih diri tidur ke kiri,kai dapat tidur dengan nyenyak cuma biasalah bila dah masuk trimester terakhir ni kerap ke toilet hehehe. Kalau boleh elakkan tidur menelentang sebab nanti kita akan berdengkur dengan kuatnya,kesian asben disebelah hehehe. Yup memang pernah berlaku sebelum tau posisi yang terbaik ni. Memang susah untuk membiasakan diri tidur mengiring ke kiri,tapi cuba latih diri anda yek,jadi lebih mudah kalau dari awal mengandung dah biasa tidur ke kiri! Insyaallah ia membawa kebaikan untuk anda dan BB.
// Kalau boleh semasa tidur letakkan kaki lebih tinggi dari badan contohnya letak kaki di atas bantal untuk mengelakkan kaki anda kejang :)
1 comment:
hahaa saya selalu tido menelentang tapi skrg tgh praktik kan tido ke seblah kiri..hehehe
Post a Comment