Friday, August 20, 2010

Braxton Hick @ Kontraksi awal

Ada kawan dah mula tanya dah kena Braxton Hick ke? Erkkkkkk apa plak tu,search kat google jumpa... Oooooooo korang ada pengalaman ke? Seram-seram ngeeeeeeeee

------------------------------------------------------------------

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick (BH) Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?


Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

//sumber http://alamhamil.com

1 comment:

Unknown said...

nak masuk posting ibu2 mengandung esok..perut sgt besar..rase cam nak palpate je..hehe