Thursday, September 4, 2008

chedet.com

Kebebasan Media

1.Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

2.Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

3.Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan.


4.Ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, saya jawab yang ini ada kaitan dengan Permatang Pauh. Kita patut ada lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

5.Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja.

6.Saya juga ditanya tentang apakah perancangan saya selepas Permatang Pauh. Apakah saya akan kembali ke UMNO?

7.Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

8.Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12.

9.Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13.

10.Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah???

5 comments:

wie said...

cit... org tua nyanyuk... cam la dia tak penah bwat all yg paklah bwat... eh dey... pigi balik umah tdo la... jaga jantung yg da 2x bypass tu... tu pun tak sdar2 lagi... da la g menggengster satu dunia ajak gado... ada ati nak visit bush konon... choy choy!

nus said...

2.Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya. <- kamu adalah MASTER yg ajor paklah buat gini, now,kamu da rase pe anwar rasa kan..ALLAH ITU MAHA ADIL. Bukan??

4.Ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, saya jawab yang ini ada kaitan dengan Permatang Pauh. Kita patut ada lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.
<- pesal mahu masuk bertanding??keinginian ingin memerintah Negara lg ka??do u think u r the GREAT PM ever??

7.Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar. <- sounds like u mahu rampas kembali kerusi lama itu bukan??

8.Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12. < mampukah anda?? prepare for TAUBAT its better for u..ALLAH itu MAHA PENGAMPUN!

9.Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13. < bile pembangkang berkuasa, anda takut bukan..kecut???

10.Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah??? <- kakaka...dulu bkn kamu pnh kasi statement ni ka?????? Like..u ludah ke langit n jatuh ke muka..do u?

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

saya sekadar pemerhati dan pembaca.
:D

Khayrany Fadzlyny Hussin said...

bila dah jadik pm,masing2 gunakan kuasa yang ada la.

mimy said...

macam2 perangai "otai" yg ada kat negara kite.. kita remaja.. just look for it.. ;D