Awalnya terfikir-fikir macam mana lah nak buat kejutan ni. Nak dinner dekat luar macam susah juga sebab birthday suami jatuh pada hari weekdays. Terus terfikir untuk buat dekat rumah je iaitu bila suami pulang dari kerja.
Terima kasih matehpateh nya sebab tolong belikan kek n belon gas. Khay hias ruang makan dengan belon dan banner. Alhamdulillah akydalee pun memang tak kacau pun n diaorg faham birthday abahnya. Akyd paling semangat, dia siap cakap tak sabar nak buat kejutan dekat abahnya. Makanan khay beli Nandos 'whole chicken'. Lapar tau hahaha sebab menunggu n tak sabar nak bagi suami terkejut.
Bila dengar sahaja suami buka pintu rumah, akyd terus menyorok bawah meja hahaha. Khay terus sambut suami macam biasa tapi kali ni minta suami tutup mata n pakaikan dia penutup mata hahahah.
Bawakan suami ke arah meja makan dan pakaikan dia topi hehe. Nampak comel sikit kan. Lepas tu baru minta suami buka penutup matanya n akydalee jerit surpise!!!!! Hahaha sweet akydalee ni.
Alhamdulillah suami happy. Semua berjalan dengan baik n akydalee paling tak sabar nak makan kek sebab dah lama diaorg tunggu hahaha.
Selamat hari lahir suami tersayang, semoga apa yang dicitakan menjadi kenyataan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.Saya, Akyd Kharamy, Alee Khaeyr dan Amna Kamyla sangat sayang awak.
No comments:
Post a Comment