Cara pernafasan ketika kontraksi
1. Awal kontraksi / mula rasa sakit
Tarik nafas, bernafas dengan panjang melalui hidung kemudian lepas melalui mulut dengan panjang.
Saat ini paling khay ingat ketika kontraksi mula datang khay tengah tidur. Sambil mengiring ke kiri khay menahan kontraksi dan bernafas seperti cara di atas. Sesekali ketika kontraksi suami tolong urutkan pinggang khay.
2. Kontraksi semakin kerap
Bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut, semakin kerap kontraksi datang ambil nafas pendek dan lepas.
Apabila kontraksi hilang, bernafas dengan panjang melalui hidung kemudian lepas melalui mulut. Jika kontraksi datang ulang cara bernafas pendek dan cepat. Insyaallah ia dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Lagi bagus bila kontraksi semakin kerap kita berjalan-jalan supaya bukaan lebih cepat.
Apabila kontraksi semakin kuat, khay terus bangun dari katil dan berjalan-jalan. Apabila kita banyak berjalan bukaan akan lebih cepat insyaallah. Jika ada air selusuh atau air akar fatimah boleh diminum sambil berjalan-jalan dan berhenti ketika kontraksi sambil bernafas dengan betul.
3. Kepala bayi sudah berada dilaluan / ketika bersedia untuk push
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut dengan banyak, dekatkan dagu ke dada dan baru teran sambil lepas nafas secara perlahan-lahan supaya bayi dapat keluar dengan mudah insyaallah. Pastikan teran tanpa mengeluarkan suara, jika kehabisan nafas semasa meneran pastikan jangan buang semuanya. Terus tarik nafas semula untuk mengelakkan bayi masuk ke dalam semula.
Kalau nak diingatkan saat ini memang kelakar. Masa itu bukaan dah 9cm, doc pecahkan air ketuban. Khay sempat tanya suami 'sayang lupalah mcm mana nak bernafas masa nak meneran'. Suami bersungguh-sungguh ajar. Khay cuba buat mcm suami ajar, tapi mcm tak boleh je. Doc tegur dia cakap awak tarik je nafas ikut yang awak boleh, kalau tak berjaya teran nanti kita akan ajar. Agaknya doc nak khay bertenang dan fokus untuk teran bukan sibuk berborak dgn suami cara utk meneran. Kelakar sangat! Tapi alhamdulillah pernafasan dari mulut memang sangat membantu kita mengumpul nafas yg banyak insyaallah boleh dengan sekali teran tapi dengan syarat jangan menjerit atau keluarkan suara. Terima kasih suami. Semuanya dengan izin dari Allah. Syukur alhamdulillah.
Kat sini khay nak kongsikan cara untuk mempercepatkan bukaan rahim ketika sedang berbaring
1. Pastikan baring mengiring ke kiri
2. Kaki kiri luruskan
3. Kaki kanan bengkokkan
4. Apabila kontraksi datang, tarik punggung sekuat hati menggunakan tangan kanan dan teran ia dapat menurunkan kepala bayi ke bawah.
Khay memang buat cara yang di atas ketika awal kontraksi. Tapi khay tak berani nak buat ketika kontraksi semakin kuat. Sekali teran, keluar pula bayi dekat rumah melainkan kalau memang dekat atas katil hospital. Memang nasib khay tak meneran dekat rumah sebab masa dekat rumah rasanya dah buka 8cm. Sebab khay memang ada rasa nak meneran tapi khay tahan dengan cara pernafasan. Alhamdulillah semuanya dah selamat.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment