Monday, March 25, 2013

Gold Coast Morib


Percutian yang sangat menarik bersama keluarga dan kawan2. Taman tema taklah besar sangat tapi bagi kai sangat OK. Itu pun kai tak main pun gelongsor hehe ,mandi n main2 dengan anak je. Sempatlah pulak nak bergelongsor kan haha.

Seronok tak? seronok tak? Soalan yang biasa orang akan tanya hehe. Bagi kai yup,seronok. Berapa harga bilik dia? Kalau tak silap kai dalam website GOLD COAST dah campur cukai 190.00 untuk weekdays. Tapi lagi untung kalau beli Voucher. Macam kai,  pertengahan bulan 12 dah beli Voucher dekat Streetdeal.my. Time tu promosi RM150 termasuk sarapan dan dinner serta tiket ke taman tema untuk 2 orang. Anak2 kai free lagi sebab bawah umur 3 tahun. Kai memang sengaja pilih bulan 2 baru ke Gold Coast sebab time tu Alee dah 5 bulan. Perancangan awal kononnya nak celebrate Anniversary kat Gold Coast tapi memandangkan Alee kecil lagi kitaorang postpone.

RM150.00 satu malam memang berbaloi. Kai plak dapat bilik view Taman Tema. Bilik kat sini mmg best,besar n setiap bilik ada jakuzzi. Best berendam dengan anak2. Anak2 pun seronok je main  air termasuklah Alee. Kai pakaikan dia neck float so dia happy je terapung dalam jakuzzi.

Tiket masuk untuk ke Taman Tema Gold Coast Morib ni untuk kanak-kanak RM20, dewasa pula RM35.00. Bufet Dinner kat sini RM40 seorang n kalau Bufet Breakfast tak silap kai RM25. So sangat untung kalau beli voucher yang siap pakej makan. Lagipun makanan kat sini sedap tau,mmg puas hati,makan la sepuasnya. So tak perlu nak keluar dari sini pergi cari makanan. Kai pergi weekdays so taklah ramai sangat orang. Tak perlu berebut nak makan. Ada kawan yang pergi weekend, katanya orang terlalu ramai n makanan cepat habis.

Satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah ATV ride, RM20 untuk 10 minit kalau tak silap kai. Kai tak naik pun, suami dan kawan2 dia jer.

So Kesimpulannya enjoy untuk percutian beramai2 n kalau nak puas hati bergembira pergilah  hari biasa hehe. CU olls next entri. Pic n video di bawah :).









VIDEO AKYDALEE


3 comments:

Kuazue Mohamad said...

seronot nyer..bila budak dah school mana mau nyer dapat bercoti time bukan weekend n coti sekul..huhuhu..enjoys selagi mampu k!

KAK RAINBOW said...

bestnya main air. rumah family kita dah dekat sgt dgn gold coast morib ni tp tak pernah lagi main air kat situ. hehehehe

Miss Moon said...

best gaks GC morib neh

ari tew ai bawak anak anak n dia org suka sangat

mak lagi la suka sebab dpt beli hok murah hahahahh voucher kat streetdeal