Alhamdulillah Syukur anak kai Akyd Kharamy & Alee Khaeyr sudahpun melangkah ke usia baru. Semoga mereka menjadi anak yang soleh. Kai meraikan majlis hari lahir mereka di Yukid The Curve pada 22hb iaitu pada hari Ahad bersama ahli keluarga dan teman rapat. Kai sengaja memilih Yukid sebab Akyd pun dah besar jadi biar dia enjoy di hari lahirnya hehe.
Segala persiapan majlis diuruskan sendiri dari segi design dan dekorasi. Kek birthday akydalee kai tempah dan makanan pula kai ambil katering. Tak sempat rasanya kalau kai yang memasak sebab banyak kerja nak kena bawa makanan & minuman ke Curve jadi lebih baik upah orang sahaja.
Tema birthday akydalee, 'Thomas & Friends". Kenapa?? Sebabnya kyd mmg suka dengan Thomas lately ni. Kalau ikutkan cars pun dia suka cuma kalau tema cars macam dah biasa hehe. Alee kecil lagi rasanya dia pun tak kisah hahahaa.
2 tahun lepas dah buat birthday Akyd time umur dia 1 tahun, so adik kenalah buat juga baru adil. Tapi nak buat macam mana birthday abang dengan adik dah sama tarikh, kenalah buat sekali kekekekeke.
Insyaallah nanti update lagi ye. Salam
2 comments:
Happy birthday Akyd! Happy birthday Alee! Semoga menjadi anak yang soleh. Aminnn :)
alhamdulillah tq
Post a Comment