Thursday, March 21, 2013

Makanan untuk Baby 6 Bulan

Xsabarnya nak bagi Alee Khaeyr makan. Kalau kai baca kat  babycenter.com, Alee memang dah menunjukkan minat nak makan. Esok dah masuk 6 bulan wehuwwwwwwwwwwww

Tanda2 anak sudah bersedia hendak makan (sumber babycenter)
- Dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang.
- Dia akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya.

(Sumber Sarakids)

Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)

Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar.

Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifatlikat dan melekitnya.

Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu

** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**

Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)

Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. ( Ni fav Akyd Kharamy, memang dia nak makan kentang je)

Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu

Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat).
Bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan.  Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya.a

Apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan!

Tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:
Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella
susu lembu/dairy products
makanan laut
kekacang
citrus food
yeast, cheese (keju)
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)

 // Yey!!!! xsabar

2 comments:

Nurdalila Mahadzir said...

dila pon x sabar nk bg rania makan...lg 2 bulan..hahah..lambat lagi haaaa....

Unknown said...

Mana satu nak stat? Bg buvur nasi cair ka puri buah?