Wednesday, September 3, 2014

Pengalaman bersalin Cik Baby Amna Kamyla

Sepatutnya 02/09/2014  jam 5 petang khay checkup dgn doc dan jika semuanya ok, doc akan induce. Jangkaan doc khay akan bersalin tgh malam. Doc induce sebab khay belum rasa sakit dan jalan dah buka 3 cm dan khay juga sebelum ini ada turun darah. Tapi perancangan Allah hebat dan mungkin cik baby pun memang dah bersedia nak keluar, Khay tiba-tiba rasa sakit jam 1 pagi. Awalnya khay ingat braxton hicks. Sebab sebelum ini cik baby dah banyak kali main-main. 

Awalnya sakit masih tidak kuat, khay ingat mengeras mcm biasa. Sebab mmg dari pagi lagi cik baby mengeras tapi lama kelamaan ok balik. Bila tengok jam, 5 minit sekali datang kontraksi. Rasanya memang kontraksi sebab memang sakit dan tak senang duduk dibuatnya. Memang khay ada ke jamban membuang, khay terfikir mungkin disebabkan petang tadi makan rambutan dengan langsat dalam kuantiti banyak juga. Ma khay pun sempat bergurau, katanya senanglah khay nak beranak nanti sebab makan buah-buahan ni lawas. 

Sakit makin menjadi-jadi dan suami urut belakang pinggang. Padahal sebelum khay masuk tidur tadi memang dah satu badan suami urutkan dengan harapan khay akan lena untuk tidur sebab esok nak kena induce. Sakit induce 2 kali ganda dari sakit bersalin semulajadi, itu yang khay baca. 

Untuk menahan sakit, khay pergi mandi dulu. Sebab asyik ulang alik ke toilet nak membuang sampai tiada apa nak buang. Masa tgh mandi terfikir nak ke pusrawi ke tidak. Apa yang khay buat bila datang sahaja kontraksi, khay akan bernafas dengan betul yang khay pelajari dari hasil google. Alhamdulillah bila bernafas dengan betul, sakit itu akan kurang sikit.
Satu lagi apa yang khay buat,berjalan-jalan dalam rumah. Bila kontraksi datang berhenti dan bernafas dgn betul. 

Teringat pengalaman masa alee dulu, terberak terkencing tidak lama kemudian bersalin. Risau pula bersalin dekat rumah. Suami terus call doc beritahu yang khay sakit 5 minit sekali masa tu jam pukul 3 pagi.

Doc minta khay admit, senang jururawat nak pantau. Khay pun siap-siap walaupun dalam hati macam tak nak pergi lagi. Kejutkan ma khay cakap nak ke pusrawi. Terkejut ma khay!!  

Masa sakit itu memang khay kerap minum air akar fatimah dengan harapan bukaan itu cepat supaya sampai pusrawi tinggal nak teran je. 

Sebelum keluar rumah, alee terjaga. Ya allah sedihnya nak tinggalkan akydalee dekat rumah. Khay peluk alee dengan erat dan dukong sambil menahan kontraksi dan khay masukkan alee dalam buai. Alee memang tak boleh tidur kalau takde khay. Masa nak keluar bilik memang alee tak tidur. Nampak alee tengok jer khay. Sedih sangat!! Abang akyd memang tidur lena, khay bagi ciuman dkt pipi dia. Khay memang minta sangat semoga dipercepatkan dan dipermudahkan urusan khay memandangkan ada dua anak bujang yang manja dekat rumah. 

Khay sampai pusrawi pukul 3.30pagi, rupanya doc zul dah ada dkt pusrawi. Sampai sahaja jururawat suruh masuk bilik untuk tengok kontraksi dan bukaan.

Ya allah alhamdulillah syukur sangat rupanya bukaan dah 8cm. Jururawat terus minta rakannya sediakan barang. Suami khay sempat bagi khay makan sebiji kurma dengan harapan khay ada tenaga untuk push nanti dan minum air akar fatimah. 5minit kemudian doc datang dan check bukaan dah 9cm dan doc terus pecahkan air ketuban. 

Semua berlaku sangat pantas, doc minta jika rasa hendak teran terus teran sekuat hati. Dalam 3 minit juga tidak ada rasa apa-apa tapi doc ada usap-usap perut dan memang tiba-tiba rasa sakit nak meneran yang sangat-sangat. Jururawat suruh pegang kaki dan tarik sekuat hati. Khay tarik nafas kuat-kuat dan teran macam nak meneran membuang dan alhamdulillah cik baby keluar dengan sekali push sahaja.

Terpinga-pinga khay dibuatnya. Suami dekat sebelah memang tak sangka semua berlaku dengan pantas. Kali ini memang takde ambil apa-apa ubat pun. Semua berlaku secara semulajadi dan syukur kali ini khay tak berjahit. Doc pun tak sangka mudah betul khay bersalin. Ya allah!!! Khay sangat bersyukur!! Berkat doa dari orang yang tersayang. Alhamdulillah alhamdulillah. 

Mungkin juga ada kaitan dengan cara pernafasan yang betul ketika datang kontraksi jadi sakit tu kurang dan tenaga dapat disimpan. Serta minum air akar fatimah ketika sedang kontraksi dpt membantu menpercepatkan bukaan. Semua berlaku dengan izin dari Allah. Walau apa pun khay sangat bersyukur, Allah permudahkan urusan khay.

Cik baby keluar pukul 3.47pagi dengan sekali push dan khay memang tak sempat salin baju pun. Pakai baju masa khay datang tu. Selepas bersalin baru tukar baju hospital. Suami terus telefon Ma khay yang sedang berada di rumah menjaga akyd dan alee yang sedah tidur. Alhamdulillah Ma khay pun tak sangka. Syukur Ya Allah. 

Walaupun sebelum ini dah 3 kali cik baby main-main nak keluar, rupanya dia nak keluar sendiri tanpa dipaksa pada 02/09/2014 sama bulan birthday dengan abangnya Akyd dan Alee. Abang-abangnya 22/09/2010 dan 22/09/2012. Sampai sekarang pun bila teringat apa yang berlaku macam tak percaya. Nasib lah khay cepat ke hospital ,kalau tak memang terberanak dekat rumah.

Alhamdulillah syukur. Insyaallah nanti khay akan berkongsi cara pernafasan yang betul mana tahu akan dapat membantu kawan-kawan pula nanti.




No comments: