Baru minggu lepas terfikir nak beli stroller yang kecil tapi selesa untuk cik Ribon. Stroller yang senang nak lipat dan paling penting jimat sikit ruang bonet kereta memandangkan anak dah bertambah ni hehe.
Bila tanya kawan dekat FB dan kawan terdekat, wah rupanya ada bermacam pilihan dan pelbagai harga. So kita pilih ikut budget. Dari berjenama hingga takde nama. Even takde jenama pun kualiti pun ok. Kita ikut kemampuan jangan ikut orang.
Dekat bawah ni antara stoller yang Khay berkenan :
1. Tavo Stroller
Stroller ni dari Korea dan harga paling murah jumpa RM599 ke RM700. Smart kan stroller ni, berkenan sungguh dihati.
2. Aldo Stroller
Stroller ni katanya memang copy BabyzenYoyo. Harga paling murah Khay jumpa RM399 (limited edition). So sangat berbaloi juga kan. Boleh tengok dekat Lazada. Cun jugak kan yang ni.
3. Joie Stroller
Stroller ni pun ok jugak tapi harga dia mahal sikit RM999. Tapi still ok harga bawah RM1k.
4. Pockit Stroller
Stroller ni pun cun jugak, boleh lipat kecil dan paling ringan hanya 4.5kg je. Ada 2 jenis yang boleh baring dengan tak boleh. Harga RM999 ke RM1199.
So mana satu pilihan korang plak? Pening juga ye nak pilih stroller ni?