Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya

ayeye! esok raya. yeye esok raya! best best2.
dikesempatan ini kai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kai mohon maaf zahir dan batin. Raya ni jangan lupa ambil pic banyak2 yek. hehehehe :D

~first time kasi duit raya tahun ni. hehehe~

Monday, September 22, 2008

Berbuka Puasa di Upin Ipin ;p






bersama mas,nus,ekin dan oto berbuka puasa pada hari jumaat yang lalu.dah lama tak jmpa,best gilak!! ehhehe nanti akan update laghik pic.kena amek dari oto. huhu
selepas berbuka lepak di rafi bistro :D
nice edit la oto

Tuesday, September 16, 2008

Penat nya rasa

Hari ini masuk ofis,settle keje sket then keluar pegi Jabatan Imigresen buat passport. Nasib baik tak ramai orang. Then pergi Lembaga Hasil dalam Negeri settlekan hal office. Sebelum balik office singgah Pejabat Pos pergi pos barang. aaaaaaa banyak barang kena pos. hehehehe
kepada pelanggan2 anc,bersabar yer. ehhehe


tenkiu :D

Monday, September 15, 2008

Soping Raya

yeye. dah nak raya. yeye bestnya. kekekekekeke hari sabtu baru2 nieh, kai dah pun membeli sepasang baju kurung dah siap. ehehehehe bukan apa wisau kalaw beli lambat size tak de pulak.
warna apa? rahsia. rahsia. kekekekekeke tak taw la kenapa boleh jatuh hati kat warna nie plak. neih bukanlah baju di pagi raya. Baju dipagi raya ma kai dah tempahkan siap2 tuk kai.
heheeh neih baju tuk beraya2 di umah kawan2. cewah! kata raya sakan. kekekekeee

urm,tunang kai pun dah beli baju melayu. so dah settle. hehehehe cuma tinggal baju jalan,sandal jek. ngada2 sungguh. weekend neih nak serbu di sunway pyramid. hehehehe
macam2 dalam kepala nieh. :D

jalan tar???? aaaaaaaa tak sanggup. parking jek dah RM10. gilak. ntah le pegi ke tak. tgk ler. maybe gie gak beli songkok n amek mood raya.huhuhuh

Friday, September 12, 2008

Wanita yang kau pilih

lagu ini ditujukan khas untuk my tunang ; kanda azmar. I LOVE U SO MUCH



Malam selalu panjang
Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh

Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karena kita tak mampu
untuk selalu pergi menjauh

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu

Dan kau pun telah aku minta
Setia sepertiku
Hingga waktunya tiba

Aku percaya penuh
Kau kan buatku bahagia
Karena cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku


-wit luv dinda khayrany-

Tuesday, September 9, 2008

Persiapan Perkahwinan-update

Dalam keghairahan hendak beraya, tidak dilupakan persiapan perkahwinan.Even kadang2 cuba untuk tidak fikir,tapi tak boleh laa.. hehehee hm.. kawan2 selalu tanya, dah prepare ke apa yang patut. kadang2 risau ngan soklan2 tueh. Ada jugak yang tanya nak hadiah apa kawen. kekeke kang mintak yang grand2 kang. wakakakakaak nanti kai update hadiah perkahwinan idaman kalbu. kekekekkee ok. nieh yang kai dah settle untuk my wedding...

Baju : Sudah hantar untuk dijahit ; nikah & sanding. tp lum siap uwa sibuk jahit baju raya katanya

Barang hantaran : Lelaki ; cincin & .... je yang belum beli lagi,then barang2 biasa
Perempuan ; handbag,cincin & barang2 biasa

Acara Majlis : Kuantan Pahang,rumah family

Make up Artist,Pelamin : Fyzah ; KFSeriAndaman

Photog : Sudah lama kai booking,xsabar nak bergambar. ekekeke

Videographer : my best friend.

Kad kawen : dalam proses design

Door gift : lepas raya baru beli

Tempat Tinggal : Dalam proses tukar nama :D

Honeymoon : Pulau. huhuhu

yang lain2 khemah,katering,kompang,Karaoke = my mom uruskan. kekekeke

ada apa2 laghik ke kai tertinggal eh.. nanti kai update laghik. :D




Friday, September 5, 2008

hari ini hari jumaat laa..

hari ini rasa letih sangatla. maybe sebab tak bersahur kot. yelah malam tadik lepas isyak terus tido tak sedar2 diri sampailah pukul 6 pagi. aaaaaaaaaa terlepas sahur. lapar lapar. hehehe nak bangun pagi tadi pergi keje malasnya la. ala macamla rajin sangat ;p pergi opis tak pakai make up pun. eye liner pun malas nak pakai. ntah rasa malas. huhuhuhuh hurm masuk opis,2 orang mc hari nieh. lagila buhsan. uhukk!! then tak lama lepas tu abang ray call,mintak ambil document di First Tax di jalan ipoh. Apa yang kai bayangkan..aaaaaaa tidak jem jem.. jumaat memang jem teruk di kl. ekceli agak pelik,apasal hari jumaat jek,orang bawak kete jadik kelam kabut.maybe tak sabar balik rumah kot. huh! nak dijadikan cite,perjalanan ke first tax berjalan lancar mulanya.yelah baru kul 2.30 petang. ada lah jem sket2. tapi time nak balik.. uwaaaaaaaaaaaaaaaa memang tak sanggup.. takmo gie kl dah hari jumaat. hukhukhuk. tapi kalaw bos dah suh,terpaksalah ;p

rasa tak sihat la hari nieh. taktaw la nak makan apa neih. aaaaaaaa tak taw2. bungkus jek la kat restoran santai.
alamak dah nak balik la. nanti jumpa laghik... hari isnin. hehehee


esok nak dating. gagagagagaga

da~~

Thursday, September 4, 2008

chedet.com

Kebebasan Media

1.Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

2.Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

3.Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan.


4.Ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, saya jawab yang ini ada kaitan dengan Permatang Pauh. Kita patut ada lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

5.Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja.

6.Saya juga ditanya tentang apakah perancangan saya selepas Permatang Pauh. Apakah saya akan kembali ke UMNO?

7.Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

8.Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12.

9.Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13.

10.Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah???

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Berbuka Puasa

selamat. selamat. selamat. lepas habis keje neih ada appointment mau buat treatment di Spa. aaaaa tak taw la nak makan apa? uhukk! bungkus mcd jek la hari nih. uhukk!


selamat berbuka yeap. rendu la nak makan masakan ma. :(

Tarikh keramat :D

Syukur alhamdulillah, tarikh perkahwinan sudah ditetapkan oleh kedua2 belah pihak keluarga. Insyaallah bulan Disember kai akan bertukar status. Tarikh keramat akan diberitahu kemudian setelah kad siap :D

doakan kebahagiaan kai. amin

3 bulan laghik ;p