Sebut kahwin.. Apakah yang terlintas dalam fikiran kita? Baju pengantin warna apa? Fesyen nak macam Erra Fazira punya wedding la :p EH! warna tema? pelamin nak konsep english style la.. wang hantaran? barang hantaran? mak andam? pak andam? rumah sewa?
Tapi tidak kah kita sedar perkahwinan bukanlah sekadar perkara2 yang diatas sahaja. Perkahwinan merupakan persediaan kita dari segi ilmu fardu ain/kifayah,emosi,ekonomi dan sosial. Matlamat perkahwinan ialah untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekakalan dan mendapat rahmat serta keredaan Allah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syara'. Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang kita boleh anggap mudah.
Berkahwin tidak susah,janji kita cukup duit insyaallah. Apa yang sukar ialah untuk mengekalkan hubungan itu hingga ke akhir hayat. Kepada bakal2 raja sehari tingkatkan pemahaman mengenai perkahwinan dan banyakkan membaca untuk rujukan di masa akan datang. Kai pun sedang membaca buku2 yang dihadiahkan oleh ma saya :)
PERKAHWINAN MERUPAKAN SATU IBADAH.
RUMAHTANGGA MERUPAKAN SATU AMANAH.
RUMAHTANGGA MERUPAKAN SATU JIHAD.
RUMAHTANGGA MERUPAKAN SATU UJIAN.
RUMAHTANGGA MERUPAKAN SATU NIKMAH.
PETUA2 KAHWIN UNTUK BAKAL SUAMI <----- KLIK SINI
renung2 kan dan selamat membaca :D

0 comments:
Post a Comment